Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU

RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU - ( BHGN 1 ) )

Pengertian kebanyakan orang tentang perkataan diatas ialah diwaktu mendapat kesulitan yang mana dia tidak dapat menyelesaikannya maka dilahirkanlah perkataan tersebut diatas “ rumah nampak jalan tak tentu atau tidak tahu “

Kemana tujuannya yang sebenar perkataan itu ? Biasa tiap tiap orang akan mendirikan rumah sudah tersedia lapangan untuk itu. Dan se...belum rumuah dibuat selamanya ada jalan untuk kelapangan itu dan seterusnya sampai rumah itu selesai jalan selamanya ada dan perlu ada dan dalam hal ini kejadian lain ( pula ) Rumah nampak jalan tentu.

Pastilah ini bukan rumah yang sebenarnya. Rumah yang dimaksudkan yang penuh mengandung rahsia itu ialah BADAN diri kita.

Bukanlah didalamnya ada aliran atau jalan dan berbataskan bulu dan kulit kita ? Jadi adalah yang dimaksudkan orang yang tahu meninggalkan pepatah itu untuk menjadi buah pemikiran bagi orang dibelakang hari.

Jadi adalah untuk memecahkan Rahsia rumah itu, kita mesti cari jalan untuk memasukkinya. Kita harus mengenal segala sesuatunya yang ada pada kita serta kegunaanya sampai kita dapat mengenal DIRI sendiri. Dan DIRI itulah yang mengandung Rahsia.

Bagaimana ( kah ) jalan atau cara untuk MENGENAL DIRI itu apalagi menguasainya ? Dengan alam fikirankah ? Sanggupkah tenaga alam fikiran kita menemui DIRI itu secara positif ? Kuatkah saraf saraf kita untuk itu ? Tenaga alam fikiran kesanggupannya ialah menghayal, menggambarkan barang yang tidak ada, tapi ada.

Ada dalam angan angan dalam cita cita dalam idea, jadi tetap dalam keadaan negatif, sedangkan ilmu pengetahuan mengkehendakki positif, kenyataan atau realiti.
JALAN untuk mengetahui itu letaknya di RASA kerana Rasa itulah yang amat banyak mengandung Rahsia. Dan kalau Rasa yang sebenarnya telah kita perdapat, dengan sendirinya mudah kita memecahkan Rahsianya.

Untuk mendapat RASA yang sebenarnya secara positif kita harus MENEMBUS DINDING yang menutup aliran dari dalam itu.

Pada huraian yang sudah ( lalu ) telah diterangkan bahawa didalam batang tubuh kita kita mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan isinya iaitu ALIRAN LAHIR dan ALIRAN BATIN.

Kedua-duanya berdindingkan BULU dan KULIT. Untuk mengetahui ISI tentu kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam.

Kedua aliran ini berisi DAYA TENAGA iaitu yang satu berisikan TENAGA HIDUP dan yang satu lagi berisikan DAYA TENAGA KEHIDUPAN disebab-keranakan adanya YANG MENGHIDUPKAN berada besertanya.

Tenaga Hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya dan tidak dapat kita menguasainya sebelum kita dapat mengenalnya dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang kita pergunakan setiap hari.

Kehidupan kita didalam penuh berisi dengan pergerakan pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mngetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklah kita cuba mencarinya pada badan kita umpama DENGAN MENGADAKAN LATIHAN LATIHAN sampai kita dapat menemuinya.

Yang akan dicari ialah TENAGA YANG TERSEMBUNYI iaitu tenaga yang tidak sanggup kita menguasainya. Kita latih diri kita iaitu DENGAN MEMATIKAN BADAN SEBELUM MATI.

CARANYA ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak geri kita diluar dan juga gerakan fikiran sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah GERAK YANG KITA TIDAK SANGGUP KUASAI iaitu GERAK JALAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita.
Latihan ini lakukan dan bawalah dengan BERULANG-ULANG sampai kita dapat MENURUTKAN JALAN GERAK PERNAFASAN kita DARI DALAM.

Bagi kita adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui HENDAKNYA bahawa ADA SESUATU yang terkandung dalam batang tubuh kita.

Sudahkah kita dapat mengetahui sampai merasakan dan mengakui kepastian bahawa adalah YANG KITA KANDUNG itu ialah yang dinamakan RUH – JIWA – NYAWA dan sebagainya

Pelajarilah keadaan badan diri kita semenjak dari luar sampai kedalam sampai kita menemui apa yang dinamakan orang NYAWA – JIWA – RUH itu. Dan setelah mendapat kepastian baru kita akui akan kebenaran kata kata orang yang berilmu itu. Janganlah hendaknya kita menjadi Pak Turut sahaja.

Kita ingat pada kita sendiri sewaktu dalam kandungan iaitu dalam kejadian dibumi dan alam sempit yang bagi ibu yang mengandung yang hanya merasakan pergerakan didalam sebagai pembawaannya dan untuk ini siibu harus melahirkan supaya kandungan itu menjadi KENYATAAN.

Kita yang tadinya DIKANDUNG setelah terlahir maka kembalikan pula yang terjadi iaitu MENGANDUNG.

Sebagaimana ibu kita mengandung sewaktu kita dikandung maka setelah terlahir sebelumnya kita melahirkan kandungan kita, kita senantiasa sahaja akan MENANGGUNG. Rahsia kandungan ibu kita dilahirkan telah terbuka dengan adanya KITA. Akan tetapi sudahkah kita mengetahui akan RAHSIA KANDUNGAN kita ? Untuk mengetahui tentu kita harus melahirkan kandungan kita itu.

Sama-sama mengandung berlainan kandungan dan penanggungan. Rahsia yang pertama yang dilahirkan ANAK dan apa kiranya Rahsia kandungan yang kedua itu ?

Sewaktu kita dalam kandungan tinggal dialam sempit kita tidak pernah mengeluh, tidak tahu apa apa, tidak tahu lapar, tidak tahu menagis tidak tahu kekeurangan, akan tetapi setelah kita berada dialam yang lapang dan luas yang dinamakan DUNIA kita merintih, kita menangis, kita lapar kita dahaga dan sebagainya.

Kenapa kita berasa kekurangan dan sentiasa tidak puas ? Renungkan dalam dalam, cuba balik balikkan fikiran kita kepada sewaktu kita didalam kandungan dan kepada sewaktu diluar kandungan.

Kita telah kehilangan sesuatu iaitu tali penggantungan, tali yang berisikan serba ada untuk kebahagiaan kita. Kita telah kehilangan BAHAGIA dengan terputusnya tali penggantungan kita. Siibu yang mengandung dan menanggung tadi, setelah mendengar akan suara yang dilahirkan tidak dapat melahirkan kegembiraannya sebaliknya sianak yang tidak tahu apa apa setelah lahir berontak mengeluarkan suaranya kerana tali pergantungannya telah putus semenjak tali pusatnya diputuskan.
Putus sudah tali hubungan yang dikandung dengan yang mengandung. Kalau tadinya sibudak dapat makan langsung dari ibunya, maka semenjak itu dia harus menantikan segala sesuatunya dari luar.

Dia harus belajar untuk hidup dan menarik pelajaran dari kehidupannya yang telah dijalaninya. Dan semenjak telah putus tali penggantungan kehidupannya itu, maka terbataslah sudah kehidupannya. Dia harus hidup dengan apa yang ada padanya dan untuk kelanjutan kehidupannya dia harus pelajari itu HIDUP yang ada padanya.

TUMPUKAN pd YANG ini : - CARANYA ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak geri kita diluar dan juga gerakan fikiran sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah GERAK YANG KITA TIDAK SANGGUP KUASAI iaitu GERAK JALAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita.
Latihan ini lakukan dan bawalah dengan BERULANG-ULANG sampai kita dapat MENURUTKAN JALAN GERAK PERNAFASAN kita DARI DALAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.