Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

AKIDATUL TAUHIDUL FIL HAQIQOTIL MUHAMMADIAH

AKIDATUL TAUHIDUL FIL HAQIQOTIL MUHAMMADIAH.

Ketahuilah akidah tauhid pada Hakikat Muhammad itu adalah ia mengisyratkan padanya bagi kita membawa makna akan ia tentang kejadian dan Martabat Insan. Disini kita perlu tahu akan hakikat kejadian Muhammad itu dia adalah Tajalli Nur dari Nurullah dan ia merupakan martabat kehambaan.

Sebagaimana firman ALLAH yang berbunyi.......

Alastu birobikum,qoolu bala syahidna ya rabbi"
Kata Tuhan"adakah AKU ini Tuhanmu, maka jawab Nur Muhammad "ya bahkan Engkaulah Tuhanku"

Maka di sinilah titik tolaknya Sifat Ketuhanan dan Kehambaan bermula. Nur Muhammad adalah Nur yang suci, ia merupakan Tajalli yang pertama dari Nurullah dan padanya lah Tuhan meletakkan Martabat Hamba dan Nurullah Martabat Ketuhanan.

Oleh itu kita ini adalah tetap hamba walaupun kita ini datangnya dari Tuhan.
Sebagai contoh "kita dan ayah atau bapak kita.....kita ini asal dari ayah kita dan ayah kita yang menyatakan kita namun adakah kita ini ayah kita ? tentunya tidak bukan? Kalau kita dan ayah kita satu benda yang sama tidak ada perbezaan martabat dan kedudukan maka kita dan ayah kita sama pada segala hal dan keadaan,,,,

Maka begitulah jua antara kita dan Tuhan . Tuhan tetap Tuhan dan hamba tetap hamba

...al-abdi huwa abdi,ar-robbu huwa robbu'
Hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan.

Maka kita perlu faham akan kedudukan martabat hamba dan Tuhan. Walaupun kita ini berasal dari Tuhan namun kita tidaklah lahir menjadi Tuhan. Sebab itulah Tuhan kiaskan pada ayah dan ibu walau lahir dari mereka namun kita bukan mereka.

Segala warisan tenaga adalah Hak Insan namun asal dibalik asal itu datang nya dari Allah jua. Dan apabila nyatanya engkau wahai Muhammad maka engkaulah gantikan AKU di-alam dunia ini . Hendaklah kau memerintah alam ini seadilnya dengan panduan dan pedomanKU iaitu Kalamullah.

Apabila kita telah menerima badan maka kita atau Nur Muhammad telah sah menjadi hamba dan ia duduki tempat yang terasing dan tersembunyi iaitu didalam DIRI.
Muhammad itu bukan Tuhan tapi menyatakan Tuhan ianya tetap kejadian namun ia diqadimkan oleh Tuhan kerana datangnya ia dari Yang Maha Qadim tanpa wasithah akan kehadiran nya,

Allah Zat
Muhammad Sifat Penyata
Adam Jasad Nyata
Insan Nama Bagi Penyata
Hawa Batin Bagi Adam

Dan sesungguhnya Tuhan telah menyatakan Nur Muhammad dengan AnugerahNya. Kita sebagai hambaNya wajib mengikuti akan SarananNya,, Setelah kita berbadan maka Tuhan mengajari kita pula dengan hukum-hukum agama (syariat) demi menjaga keamanan dalam kehidupan beragama.

Kita yang telah ternyata dengan sifat hamba bukanlah kita terputus dari Tuhan akan tetapi ia membawa makna Tuhan memberi amanah kepada kita untuk memerintah alam ini.

AKU yang diciptakan dari tiada kepada ada ini semata-mata untuk menyatakan bakti untuk Tuhan. Ketahuilah....segala syuhud kita bolehlah kita nyatakan bahawa segala sesuatu itu Tuhanlah yang berbuat.

Ini dalam syuhud pada Sifat Al - Qodir nya. Akan tetapi pada Sifat Kezahiran pula kita perlu ittiqodkan dengan kalam zahir bahawa aku yang berbuat dan Tuhan mengizinkan,,,Sebagai contoh..kalau kita makan tapi tuhan tidak izin kenyang maka kita tidak akan kenyang.

Dalam faham syariat ahlil sunnah wal jamaah "kita adalah kita dan Tuhan adalah Tuhan namun Tuhan dan kita jauhnya tiada antara dekatnya tiada berbatas. Af'alku serta izinmu itulah maksudnya. Itulah faham yang bersih bagi tingkat awam.

Saya tidak mahu ahli-ahli kita yang baru belajar dalam bidang ini akan hanyut dalam Laut Hakikat semata-mata...jahat pun Tuhan baik pun Tuhan ini adalah salah,,Kita kena faham dalam hal ini...Tuhan yang menjadikan baik dan buruk atas kita ini demi membuka mata hatiku, dimanakah tempat pergantunganmu itu,

Kalau mencuri kerana terdesak atau darurat itu bukan takrif Ilmu Hakikat. Itu dalam bab darurah hukum syariat..

Kalau hakikat semua yang ada ini Hak Allah, dan apabila Hak Allah adakah kita boleh ambilnya...tentunya boleh kan,,,namun saya mengatakan tidak boleh ini kerana dengan alasan HAK ALLAH maka jika Hak Allah kita tidaklah boleh ambil, kalau hak kamu barulah boleh ambil kerana hak kamu.

Dengan ini Hak Allah itu memberi wakil penjagaan akan amanah nya pada Sifat Kamalatnya iaitu insan lainnya.maka berlakulah hukum hakam,

waman yakmal misqoolazarrotin syarran yaroh-
barang siapa buat kejahatan besar zarah aku balas besar zarah

waman yakmal misqoolazarrin khoiran yaroh-
jika kamu buat baik besar zarah aku balas besa zarah.

Nah inilah dalil bagi kita tentang Penyataan Af'al yang Tuhan ciptakan untuk kita bagi menurut Kekuasaan Tuhan

Namun asalnya kita perlu tahu..

hayat asal dari hayyun
ilmu asal dari alimun
qudrat asalnya qodirun
irodhat asalnya dari muriidun
sama' asalnya dari sami'un
basar asalnya dari basirun
kalam asalnya dari mutakallimun

Sifat yang ada inilah kita perlu faham siapa yang kuasa dan siapa yang lebih berkuasa. Maka sifat yang lebih berkuasa itu akan memerintah yang kuasa sehingga lenyapnya pandangan mata hati kita pada kuasa kita ini maka timbullah Kekuasaan Ujudullah semata-mata.

waman arofa napsahu faqod arofa robbahu-
siapa yang mengenal diri kenal lah tuhannya,

faqod arofa robbahu fasada jasada-
siapa yang mengenal tuhannya binasalah diri.

Binasalah kesedaranmu didalam minda dan hatimu pada kekuasaanmu maka nyatalah kesedaranmu pada minda dan hatimu pada Kebesaran dan UjudNya.

AKU ada dalam tiada, dia tiada didalam ada, maknanya...kita ada tetapi lemah pada menentukan sesuatu hak, dan dia kuasa menentukan akan hak, pada maqom fana hilang lah AKU nyatalah kamu..ALLAHU MAUJUD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.