Pages

Isnin, 28 Oktober 2013

TIADA YANG MEMPERBAIKI HANYA ALLAH

PERBAIKILAH KEADAAN MU.....TIADA YANG MEMPERBAIKI HANYA ALLAH

"Perbaikilah keadaanmu terutama badan dirimu sendiri dengan apa yang telah ada padamu sekarang ini"

Lakukan segala sesuatunya terhadap keluar dari badan dirimu sendiri, pun juga dengan apa yang telah ada padamu sekarang ini.

Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu

Perbaikilah keadaan yang diluar dari badan dirimu sendiri pun juga dengan apa yang telah ada pada dirimu sendiri.

InsyaAllah !!!

- Semuga tercipta segala yang dicitakan

- Terlaksana dengan mudah segala yang dilakukan.

- Sebagai tugas kita umpama tugas suci terhadap tuhan dan terhadap diri sendiri.

- Dan jadikanlah apa yang ada padamu itu menjadi suatu amalan dengan kenyataan. Ertinya berbuat dan sampai pula hendaknya turun temurun sampai ke anak cucu dibelakang hari ....insyaAllah

Apa itu yang telah ada padamu sendiri sekarang ini ?

Apa itu rahsia yang kami katakan telah kami pecahkan ?

Dimanakah letaknya rahsia itu setelah pecah itu ?

Itu dapat dijawab

Rahsianya terletak pada rasa-rasa yang terasa pada hujung-hujung jari kita.

Sehingga kita dapat mengatakan rasa yang mengandungi rahsia.

Titik berat dalam pengetahuan yang kami latih sehingga terlatih sampai lincah diseluruh pergerakkan kaki tangan badan keseluruhannya.

Gunakannya sewaktu bila perlu, dia automatik jalan

Ini gerak Qudratullah

Mengenal bukan memikirkannya. Ini soal mengingat.

Kita berlatih memperlancarkan jalannya. Seluruh gerak dengan pergerakkan badan diri kita keluar dan kedalam

Sekaligus banyak yang telah kita perbuat keluar dan kedalam
-memperbaiki diri kita kalau sakit
- menolak bala yang akan datang kalau ada

Ini bukan macam ilmu orang, diingat apa yang akan dibaca kalau menghadapi bahaya supaya tunduk

INGAT SAJA PADANYA

Kenalilah dirimu sendiri, Tanya, cari sampai dapat jawapannya,

Tanya yang mana AKU ? Siapa AKU, Siapa AKU, Siapa AKU......... Siapa AKU?, Aku siapa?

Bukannya kepalaku, mataku, telingaku, badanku, suaraku.
Tetapi AKUNYA

20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 255)
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan, Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di
hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

38.Surah Şād (Verse 72)
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

" Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".

6.Surah Al-'An`ām (Verse 98)
وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَفْقَهُونَ

Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu, maka disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya
Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).

Kata Saidina Ali Abi Thalib

"Wafi fanaa-i fanaa-u fanaa-i * Wafi fanaa-i wajadtu anta"

Maksudnya:-
"Dan di dalam kebinasaanku leburlah kelenyapanku, dan di dalam kebinasaanku itulah aku mendapatkan Engkau (Al-Haqqu Ta'aala )

Dapat mengenalnya dan sebagainya. Mana Aku, mahu apa Aku ? Kitalah yang dapat menentukan diri kita masing-masing.

Yang dikehendaki ialah pengalaman, keberanian dalam mencari pengalaman, dan jauhi sifat takabur dan sombong dan buktikanlah kepada orang kebanyakkan akan kebenaran ilmu pengetahuan ini, dengan amalan-amalan yang kita perbuat..

PADANYA TIDAK ADA APA YANG TIDAK ADA

Pengertian pengalaman yang dikehendaki.

Ibarat pisau kalau dalam kocek saja tak akan jadi apa-apa dia, walaupun tajam, tak akan jadi apa-apa.

Dan harus kita berani menghadapi

Jangan terlampau berhitung @ bertanya, yang berhitung orang awam yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan kita ini

YANG INI TIDAK

Pada kita ada kekasih dari yang maha pengasih, dari yang maha kaya

Kita tenang kedalam saja, macam mana sekarang ini

Sebab bagi kita dengan cara bawaan gerak menggerakkan itu berlaku pula ayat :

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 27)
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan
Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dengan tiada hitungan hisabnya".

Selama ini memang dua keadaan, dua kejadian, tetapi satu pasif, satu aktif, ye tak?

Bahkan satu sama lain tidak kenal mengenal.

- yang didalam tak mengenal yang diluar

- yang diluar tak mengenal yang didalam

Itu maknanya waktu bergerak, tangan bergerak terus, sampai kehujung jari kaki, terus, terus, terus.

Ini ertinya yang diluar itu diajar mengenal akan badan dirinya sendiri.

Berjalanlah pada jalannya,

MANA JALANNYA ?

- Itu yang dihujung-hujung jari yang terasa

- Jalan telunjuk itulah, sebab telunjuk yang paling lurus, itu yang akan diturutkan

- ikhdinas sirotol mustakhim kata orang

Ingat saja kepadanya, Turut saja

Keluar dari garis-garis jalan pancaran ini bererti kita tergelincir pula, keluar dari garis kebenaran.

Ada pula masanya nanti bila sudah meningkat
Tempuh-tempuh ini tidak ada erti

Perubahan akan terjadi di badan diri kita

Sehingga KITA BUKAN KITA Lagi

Kalau kita bukan kita, siapa pula kita?

Itu pulalah letaknya rahsia pula dibalik rahsia.

Tapi kita bergerak dibidang rahsianya,

oleh yang maha kuasa tadi.

Amalkan dengan apa yang ada, Jangan ragu-ragu. Selagi masih ada terasa itu, katakanlah apa yang dapat dikatakan. Buatlah apa yang dibuat selagi "DIA" masih ada. InsyaAllah ! Tak akan terjadi apa-apa

Sebab "DIA" benar

Dan berilah contoh yang sebaik-baiknya kepada sesama manusia.

"Perbaikilah keadaan badan dirimu sendiri masing-masing dengan apa yang telah ada padamu."

Melalui badan diri kami, melalui wakil-wakil kami, yang terahsia tadi kami pecahkan rahsianya, sehingga engkau yang terkurung dan terkongkong tadinya, sudah boleh bebas bergerak, keluar untuk melakukan sesuatu dengan sesuatu, dengan apa yang telah ada padamu.

Surah 'Āli `Imrān (Verse 27)
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan
Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dengan tiada hitungan hisabnya".

Mari kita cuba memahami makna ayat diatas :-

Waktu malam = benda yang mati = badan...

Waktu siang = sesuatu yang hidup = roh.

Didalam pertukaran siang dan malam, Allah telah memberitahu kepada kita semua Allahlah yang memasukkan waktu malam kedalam siang, dan Allah juga yang memasukkan waktu siang kedalam waktu malam,

Sambungan dari ayat diatas Allah juga memberitahu kepada kita Allahlah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allahlah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.

Cuba kita lihat dimanakah berlakunya ayat diatas pada badan diri kita?,

Badan kita yang mati juga diistilahkan dengan waktu malam, diri atau roh pula dilambangkan dengan sesuatu yang hidup juga diistilahkan dengan waktu siang..

Kita tahu bahawa nafas kita aDalah pekerjaan roh, dimana roh sentiasa berhubung dengan jasad melalui nafas,

Semasa menarik nafas, badan terhubung dengan roh, melalui ayat diatas Allah berfirman perlakuan ini membawa maksud Allah sedang memasukkan waktu malam kedalam waktu siang, Perlakuan menarik nafas ini juga telah diberitahu oleh Allah kepada kita Allahlah yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati....

Semasa menghembuskan nafas roh terhubung dengan badan, melalui ayat diatas Allah memberitahu kepada kita perlakuan ini membawa makna Allahlah yang memasukkan waktu siang kedalam waktu malam, perlakuan menghembuskan nafas ini telah diberitahu oleh Allah membawa makna Allahlah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup..

Keluar masuk nya nafas adalah pekerjaan Allah, kerana Allah telah memberitahu kepada kita didalam firmannya dengan mengatakan Allahlah yang memasukkan.............. Allahlah yang mengeluarkan......................

Perbuatan menarik nafas membawa makna, jasad sedang terhubung dengan roh, jasad sedang menyerahkan apa yang asa padanya kepada roh... Sedangkan perbuatan menghembuskan nafas membawa makna roh terhubung dengan jasad dan roh sedang menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad.. Kesemua ini adalah pekerjaan Allah...

Arifbillah berkata semasa bergerak berlaku pula ayat

تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maknanya semasa bergerak kesedaran kita hendaklah menyedari bahawa segala gerak yang berlaku keatas badan diri masing-masing adalah gerak Allah sendiri,

Keluar masuknya nafas semasa bergerak adalah membawa makna berlakunya pekerjaan Allah ( memasukkan waktu malam kedalam waktu siang dan sebaliknya, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup dan sebaliknya)..

Kesedaran kita hendaklah hanya terrumpu kepada Allah sahaja.. Semua perlakuan, semua gerak yang terjadi keatas badan diri adalah perlakuan dan gerak Allah sendiri, Allah yang menggerakkan gerak dan Allahlah yang melakukan segala perlakuan yang terjadi keatas badan diri masing-masing....

Penumpuan kesedaran kepada Allah ini lama kelamaan akan menghilangkan kesedaran kita kepada badan diri sendiri sebaliknya menimbulkan kesedaran dan ingat hanya kepada Allah sahaja...

Sebab itulah kita hendaklah sentiasa berlatih dengan melakukan gerak sambil memahami dan menerapkan kepada badan diri sendiri bahawa gerak itu adalah gerak Allah sehingga badan diri tidak sedar kepada badan diri sendiri kerana telah tenggelam didalam kesedaran Allah..

Gerak yang dilakukan melalui badan diri kita hendaklah dilakukan melalui jalanNya,

Manakah jalanNya, jalanNya ialah penuh kesedaran kepada Allah ( Allah menyedari akan wujud Allah )

Arifbillah telah memecahkan kesedaran ini kedalam rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari..

- Itu yang dihujung-hujung jari yang terasa

- Jalan telunjuk itulah, sebab telunjuk yang paling lurus, itu yang akan diturutkan

- ikhdinas sirotol mustakhim kata orang

Ingat saja kepadanya, Turut saja

Keluar dari garis-garis jalan pancaran ini bererti kita tergelincir pula, keluar dari garis kebenaran.

Ada pula masanya nanti bila sudah meningkat

Tempuh-tempuh ini tidak ada erti

Perubahan akan terjadi di badan diri kita

Sehingga KITA BUKAN KITA Lagi

Kalau kita bukan kita, siapa pula kita?

Itu pulalah letaknya rahsia pula dibalik rahsia.

Tapi kita bergerak dibidang rahsiaNya,

oleh yang maha kuasa tadi.

Tumpukan kesadaran kita kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ( rahsia wujud Allah yang terasa oleh badan diri kita),

Mengakulah rasa-rasa yang terasa yang sedang dirasai oleh kesedaran kita itu sebagai " laa maujudun, laa khodirun, laa muridun, laa 'alimun, laa haiyun, laa basirun, laa sami'un, laa mutakallimun bil hakikati il lallah"

Pada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu terkandung rahsia wujud, kudrat, irodat, ilmu, hayat, basor, samak dan kalam Allah,

Tumpukanlah kesedaran kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari dan mengakulah bahawa rasa-rasa yang terasa itu terkandung rahsia wujud, kudrat, irodat, ilmu, hayat, basor, samak dan kalam Allah,

Tumpukanlah kesedaran kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari sambil mengadakan pengakuan kepada badan diri itu adalah rahsia wujud, kudrat, irodat, ilmu, hayat, basor, samak dan kalam Allah yang sedang dipamerkan kepada badan diri kita sehingga bukan kita lagi yang sedang menyedari akan kesedaran itu tetapi Allah lah yang sedang menyedari akan kesedaran itu (kita yang bukan kita lagi).

Bagaimana nak menumpukan kesedaran kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu... ?

Mengucapkan dua kalimah syahadah 3 kali, cara mengucapkan duakalimah syahadah itu hendaklah disambungkan kedua-dua kalimah itu, jangan diceraikan, zat dan sifat tidak bercerai, kalimah tauhid adalah zat, kalimah rasul itu sifat,

Jadi untuk mengucapkan kalimah syahadah tidak boleh diputuskan, tidak boleh diceraikan dengan kalimah rasul,

Caranya ucapkan kalimah tauhid " laa ilaha il lallah tarik nafas dalam-dalam, sebutkan Muhammadar rasullullah sambil melepaskan nafas.....

Hadirkan kesedaran kita tentang laa maujudun, laa khodirun, laa muridun, laa 'Alimun, laa haiyun, laa basirun, laa sami'un, laa mutakallimun bil hakikati il lallah,

Tunggu kehadiran rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari sambil mengucapkan Allah, Allah, Allah .... Seberapa banyak .....

Apabila sudah tertumpu kepada rasa-easa yang terasa dihujung-hujung jari sambil kesedaran kita sedar kepada tiada yang maujud, tiada yang berkuasa, tiada yang berkehendak, tiada yang berilmu, tiada yang hidup, tiada yang melihat, tiada yang mendengar, tiada yang berkata-kata melainkan Allah lah yang maujud, Allahlah yang berkuasa, Allahlah yang berkehendak, Allahlah yang berilmu, Allahlah yang hidup, Allahlah lah yang melihat, Allahlah yang mendengar, Allahlah yang berkata-kata semasa kesedaran kita tertumpu kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari lahir lagi kesedaran kepada Allahlah yang berkuasa, Allahlah yang berkehendak, Allahlah yang berilmu, Allahlah yang hidup, Allahlah lah yang melihat, Allahlah yang mendengar, Allahlah yang berkata-kata...

Semasa kesedaran telah penuh tertumpu kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari kita dan kita sedang sedar Allahlah yang berkuasa, Allahlah yang berkehendak, Allahlah yang berilmu, Allahlah yang hidup, Allahlah lah yang melihat, Allahlah yang mendengar, Allahlah yang berkata-kata sebutlah Allah didalam kesedaran itu...

Pada masa menyebut Allah...Allah... Allah.... Kesedaran kita tertumpu kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari sambil menyedari Allahlah yang berkuasa, Allahlah yang berkehendak, Allahlah yang berilmu, Allahlah yang hidup, Allahlah lah yang melihat, Allahlah yang mendengar, Allahlah yang berkata-kata... Kesedaran kita yang disedari itu Allah yang sedang menyedari akan Allahlah yang berkuasa, Allahlah yang berkehendak, Allahlah yang berilmu, Allahlah yang hidup, Allahlah lah yang melihat, Allahlah yang mendengar, Allahlah yang berkata-kata.

Inilah jalannya yg sebenar2. ..hanya sedikit dari yg sedikit yg duduk d jalan ni.. hanya yg merasa yg tahu... juga nak kongsi pengalaman.. setelah merasa dan terasa diseluruh anggota badan.. tarik dan tahan selama yg boleh dan angkat "sesuatu" yg bergetar di pusat ikut yg terasa hingga ke pangkal halkum.. dan telan semula... kenal Allah itu apabila tidak lagi kenal akan diri makhluk.. kasih akan Allah itu apabila tidak lagi kasih akan diri makhluk.. sayang akan Allah itu apabila tidak lagi sayang akan diri makhluk... kerana kasih sayang Allah meliputi... memang dalam pandangan kasih sayang Nya jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.