40 WASIAT SAIDINA ALI R.A
"Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali .a
sebagaimana yang terdapatdi dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen
.a.
1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik
daripada tenaga seorang muda
2.Menyokong kesalahan adalah menindas
kebenaran
3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan
qalbunya yang mana adalah sekeping daging
4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam
semua hal tidak akan menjadi miskin
5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan
menjagai kamu
6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah
tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah
7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada
ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang
bakhil
8.Seorang arif adalah lebih baik daripada
arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9.Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan
kerana kekayaan harus dijagai ,sedangkan ilmu menjaga kamu
10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan
zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih
mulia daripada membalas dendam
12.Mengajar adalah belajar
13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan
janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin
14.Insan terbahagi kepada 3 :
i) mereka yang mengenal Allah
ii) mereka yang mencari kebenaran
iii) mereka yang tidak berpengetahuan dan
tidak mencari kebenaran.Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak
baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti
kambing
15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang
yang bersifat tawadhu' dan lemah
16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa
melainkan dosamu terhadap Allah
17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya
sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain
18.Harga diri seseorang itu adalah
berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya
19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi
akan bangun bila ia mati
20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan
akan Al-Haq dan kebenaran,nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun
terbuka rahsia2 kebenaran itu.
21.Allah merahmati mereka yang kenal akan
dirinya dan tidak melampaui batas
22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik
lidahnya
23.Seorang yang membantu adalah sayapnya
seorang yang meminta
24.Insan tidur di atas kematian anaknya
tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya
25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak
mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya
26.Mereka yang mendengar orang yang
mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari
kesabaran
28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya
adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
29.Orang yang dengki, marah kepada orang
tidak berdosa
30.Putus harapan adalah satu kebebasan ,
mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan
31.Sangkaan seorang yang berakal adalah
suatu ramalan
32.Seorang akan mendapat tauladan di atas
apa yang dilihat
33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah
kejahilan yang paling besar
34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang
memalukan
35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah
dengan bersedekah
36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata
tetapi lihat apa yang dikatakannya
37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang
berpura2
38.Tidak ada pakaian yang lebih indah
daripada keselamatan
39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah
dibiasakannya
40.Jika kamu telah menguasai musuhmu,
maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah
kamu perolehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.