Pages

Sabtu, 30 November 2013

Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud



Sesungguhnya mencari kesalahan, mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa), dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang dilarang di dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara." (Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.