Pages

Sabtu, 30 November 2013

AL-QURAN MEWAJIBKAN MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA

AL-QURAN MEWAJIBKAN MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA

"Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah. Mereka itu dalam keadaan sesat yang nyata"(Al-Zumar:22)

- Sila baca didalam bahasa arab dan fahamkan maksudnya.(Dimaksudkan disini ialah hatinya)

Bolehkah sekejap kita zikir..sekejap lagi kita dicelakai oleh Allah, kemudian berzikir lagi. Kemudian dicelaka lagi? Itu tanda wajib ingat Allah setiap masa. Kalau lupa kita istighfar. Kerana bukan disengajakan. Tetapi kalau menghukum sunat, atau sengaja tidak mahu buat itu yang bahaya.

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan” ( Muzammil : 8)

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (di Dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang”(Al-Insan:25)

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan petang (Al-Ahzab:41-42)

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad :28)

“Wahai Orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka teguhlah hati mu dan zikrullah (sebutlah dan ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (Al-Anfaal : 45)

“Iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata : “Wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Al-Imran:191)

“kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)”.(al-Jumaah:10)

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu berzikrullah (menyebut dan mengingati) Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” (An-Nisa:103)Bermakna ingat pada Allah sentiasa. Berdiri, duduk dan berbaring.
Berdiri – jual beli, solat, berjalan, bekerja, bersalaman, sedekah, dan berbagai lagi.
Duduk – Solat, bekerja, membaca, menaiki kenderaan, menggunakan computer, mesyuarat, didalam tandas, menunggu dan sebagainya.
Baring – Ketika hendak tidur, tidur, rehat, sakit dan sebagainya.

Ayat –ayat diatas sudah cukup untuk memberitahu betapa pentingnya mengingati Allah pada setiap masa dihati, dan ditambah dengan bertasbih pula dengan namanya diwaktu pagi dan petang. MengingatiNya, Allah janji akan dilindungai dari bisikan syaitan, akan pelihara dari musuh, kita akan ikhlas kan hati ibadah semata-mata kerana Allah. Dan dengan mengingati Allah, kalbu akan memerintah seluruh anggota supaya tunduk dengan syariat Allah kerana itulah perlu dilakukan setiap masa.

Ingatlah..arak itu haram kerana membuatkan si peminum itu lalai dari mengingati Allah. Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah? Bagaimana pula lalai ketika mengerjakan solat? Sama sahaja, hukumnya haram sebab itu ingat pada Allah setiap saat itu wajib bukan sunat.

"janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah "(Al-munafiqun :9)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.