Pages

Sabtu, 30 November 2013

SOLAT KAUM MUNAFIK

SOLAT KAUM MUNAFIK
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri solat, mereka berdiri Dengan malas. Mereka bertujuan riak (memperlihatkan solat) kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah (didalam solat) melainkan sedikit sekali.”(An-Nisaa:142)

Kalau solat mengingati makna atau maksud ayat, munafiklah. Solat itu hati ingat Allah bukan makna. kerana makna ayat al-quran itu mcm-mcm ada cerita pasal firaun..ada cerita pasal kaum nabi luth..kalau ingat makna ingat firaun le..

Perbanyakkan menyebut nama Allah dihati ketika solat supaya tidak lalai. Ingatlah kusyuk itu bukan didalam solat sahaja..tetapi sebelum solat sudah kusyuk..

“Sesungguhnya berjayalah orang Yang berusaha membersihkan dirinya, dan menyebut-nyebut nama Tuhannya ketika solat (kusyuk).” (al_A’ala 14-15)

Jadi orang mukmin selamat. selamat dunia dan akhirat. Orang yang ingat pada Allah itu selamat dari syaitan.

“Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman dengan ikhlas*) tiadalah engkau (iblis) mempunyai kuasa terhadap mereka. Cukuplah tuhanmu menjadi pelindung (al-Isra:65)

*Beriman dengan ikhlas –Bermaksud pekerjaan yang dilakukan dengan mengingati Allah setiap masa itulah ikhlas kerana Allah. Sesaat lupa pada Allah berkemungkinan ibadah itu kerana selainnya samada datangnya sifat riak, bangga, merasakan diri berdaya melakukan ibadah dan lainnya kerana iblislah yang membisikkan arahannya.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang dan wanita islam dan beriman dan taat dan benar dan sabar dan merendah diri dan bersedekah dan berpuasa dan memelihara kehormatannya dan menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.”(Al-ahzab:35)

Tidak cukup sekadar seorang yang taat, benar, sabar, merendah diri, dan sebagainya tetapi wajiblah dia seorang yang tergolong dalam golongan orang-orang yang banyak menyebut nama Allah.

“Allah menjadikan iman itu kecintaan mu serta di perhiaskannya Dalam hati kamu”(Al-Hujarat:7)

Ketahuilah orang yang beriman itu ada tanda perhiasan yang cantik iaitu tanda kalimah didalam hatinya yang nampak dipandangan mata hati dan orang beriman itu sentiasa mendengar hatinya berzikrullah setiap saat tidak seperti orang kufur;

“(Iaitu) orang-orang Yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda Yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.”(Al-Kahfi:101)

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku ingat padamu; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.”(Al-Baqarah:152)

Maka kalau ingin tahu kedudukan kita disisi Allah, rasullullah pesan lihatlah dihati mu. Kalau hati itu banyak mengingati Allah, itu tanda Allah sayang pada kamu. Marilah kita banyak-banyak mengingati Allah agar kita terdiri dari orang yang beriman. Dapat hidup bahagia dunia akhirat. Seperti janji allah kepada orang beriman apabila tiba hari kiamat;

"muka (orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri,tertawa, lagi bersuka ria (Abasa : 38-39)

Beza antara orang beriman dan orang mukmin itu nafsunya. Agar kita mencapai nafsu mutmainnah iaitu yang sentiasa cintakan kebaikan setiap masa.

"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (Mutmainnah). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.