Pages

Sabtu, 30 November 2013

Apa Makna Dan Apa Gunanya Kita Naik Saksi, Jikalau Tidak Mengenal Siapa Saksi Dan Siapa Yang Meyaksi?

Sekiranya tuan-tuan masih tidak faham apa itu maksud saksi dan apa itu maksud yang menyaksi, mari ikut saya. Saya bawa anda masuk sekejap ke dalam mahkamah!. Saya mahu tuan-tuan menjadi seorang saksi dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan kematian. Secara kebetulan, tuan-tuan melihat dan menyaksikan rompakan tersebut dengan mata kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta tuan-tuan mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan.
Hakim mengumpulkan beberapa orang suspek untuk tuan-tuan kenal pasti, yang mana satukah perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut. Cuba tuan-tuan jawab soalan saya, bagaimana sekiranya tuan-tuan tidak dapat cam atau tidak dapat untuk mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan tersebut. Bolehkan tuan-tuan disebut atau dipanggil sebagai seorang saksi?. Sebagai seorang saksi itu, hendaklah mengenal orang yang disaksikannya!.
Begitu juga halnya dalam soal kita berkalimah syahadah. Kita mengaku untuk naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah!. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, bila masanya tuan-tuan mengenali Allah s.w.t?. Bila masanya tuan-tuan pernah melihat Allah s.w.t?. Sekiranya tuan-tuan belum pernah melihat Allah dan belum pun pernah mengenal Allah, bagaimana tuan-tuan hendak menjadikan diri tuan-tuan itu sebagai seorang saksi, sekiranya tuan-tuan sendiri belum pernah menyaksikannya.
Seorang saksi yang belum pernah dipersaksikan (belum pernah diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi saksi bagi menyaksikan suatu kesaksian?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab dengan hati yang jujur?. Boleh atau tidak?. Jika jawapannya memihak kepada tidak, bagaimana kesaksian tuan-tuan terhadap kalimah syahadah yang tuan-tuan sendiri sebut dan yang anda sendiri lafazkan?. Tidakkah itu satu pembohongan atau satu penipuan?. Tuan-tuan adalah seorang makhluk pendusta!.
Dusta pada Allah s.w.t, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta juga kepada diri sendiri!. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan sebagai hamba Allah s.w.t yang berpaksi kepada kalimah syahadah?. Cuba jawab kepada diri sendiri!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.