Pages

Sabtu, 30 November 2013

JALAN MENUJU MUKMIN

JALAN MENUJU MUKMIN
Jalan menuju mukmin itu 4 perkara. Iaitu Al-Quran, zikrullah(ingat Allah setiap masa), Hidayah (Al-Furqan) dan kitab-kitab.

Jadi yang pertama perbanyakkan membaca Al-Quran(belajarlah kefahaman bukan hanya belajar tajwid dan lagu) Dalilnya :

“…Sungguh telah datang padamu dari Allah, nuur (cahaya) dan kitab yang jelas dan menjelaskan” – (Al-Maidah :15)

Dia lah Yang memasukkan ketenangan ke Dalam hati orang-orang Yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin”(Al-Fath:4)

Yang kedua ialah Zikrullah. Iaitu mengingati Allah (setiap masa). Bila hati sentiasa berzikrullah, Barulah Allah berikan hidayah;
“dan sesiapa Yang beriman(sentiasa mengingati) kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (Memberi hidayah); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui. (At-Taghaabun:11)Dan Yang ketiga sampailah hidayah Allah atau Al-Furqan dan Dialah yang mengajar manusia menerusi hambanya yang dilantik untuk menyampaikan (iaitu Rasullullah) Dalilnya :

“dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang Yang lain dari mereka, Yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Jumaah:3)
“Dan tiada lah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman)” (Surah Al-Anbiyaa : 107)Dan yang keempat adalah kitab-kitab pengajian tulisan ulama-ulama dan lain-lainnya.
Sampai-sampaikan dan Luruskan kembali jalan kita selama ini..insyaallah. Perbetulkan kembali saudara-saudara islam kita supaya sama-sama menjadi orang beriman. Kerana sekiranya tiada iman tidak bergunalah solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah yang lainnya. Ibadah-ibadah itu Allah wajibkan ketas orang-orang beriman, bukan orang islam kerana kalau ktia pandukan ayat Al-Quran suruhan beribadah kebanyakannya dimulakan dengan “Wahai orang-orang beriman” bukan “Wahai orang-orang islam”.

Sebab itulah Rasullullah mengajak sahabat-sahabat beriman dahulu selama 13 tahun, setelah itu barulah turun ayat-ayat menyuruh melakukan ibadah iaitu setelah sahabat-sahabat telah beriman. Tetapi kita hari ini tidak mahu melatih diri kita untuk beriman tetapi terus melakukan ibadah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.