Pages

Selasa, 5 November 2013

Kenapa ilmu makrifat tidak bertujuan untuk mengenal Allah dan apakah alasannya?.

Kerana apa dan sebab apa saya berkata ilmu makrifat itu bukan bertujuan untuk mengenal Allah?. Sebab saya berkata sedemikian itu, adalah kerana Allah itu bukan ain (bukan benda atau bukan sesuatu). Allah itu bukan sesuatu, jika Allah itu bukan sesuatu, mana mungkin makhluk yang bersifat dengan sifat sesuatu dan yang bersifat dengan sifat jirim dan berjisim dapat mengenal Allah yang bukan merupakan sesuatu?.
 
Allah tidak bersifat zahir dan tidak bersifat batin!. Mana mungkin kita makhluk boleh mengenal Allah!. Zahir hanya boleh mengenal zahir, adapun hanya batin sahaja yang boleh mengenal batin. Apa lagi diri kita selaku makhluk manusia zahir yang bukan bersifat batin, sudah tentu tidak akan dapat untuk mengenal batin. Sedangkan untuk mengenal yang sesama zahir pun belum tentu, apalagi untuk mengenal yang batin!.
 
Kita sebagai makhluk manusia, hanya bersifat dengan sifat zahir, mana mungkin zahir dapat mengenal yang batin, apa lagi mengenal Allah yang tidak zahir dan tidak batin. Allah bukan ain (benda) dan Allah tidak berjisim dan tidak berjirim?. Mana mungkin dapat dikenal oleh sekalian manusia!. Allah tidak boleh dikenal oleh benda atau perkara yang bersifat makhluk!. Hanya Allah yang mengenal Allah!……..………………………
 
Itu sebabnya pada suatu ketika bertanya para sahabat kepada Baginda Rasulullah, “bagaimanakah ya Rasulullah untuk kita mengenal Allah?”. Jawab baginda Rasulullah, “ Aku mengenal Allah dengan Allah (Ana Araftu rabbi birabbi).
 
Baginda Rasulullah mengenal Allah bukan dengan guru, bukan dengan malaikat, bukan dengan Al-Quraan, bukan dengan akal dan bukan dengan daya usaha sendiri!. Baginda mengenal Allah itu, adalah dengan Allah, bukannya dengan dirinya sendiri!. Ingat itu……………………………
 
Itulah sebabnya saya katakan disini, bahawa Allah itu tidak akan dapat dikenal oleh yang bernama makhluk manusia!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.