Sebab atau alasannya adalah kerana Allah itu maha hampir, maha dekat, maha rapat, maha terang, maha jelas dan maha tak terselindung (tak terhijab). Kerana terlalu hampir, terlalu dekat dan terlalu terangnya Allah itu, sehinggakan Allah itu tidak kelihatan oleh pandangan makhluk manusia.
Saya bagi contoh disini dengan perumpamaan bulu mata!. Tidak adalah benda atau perkara yang paling dekat dengan mata, adalah bulu mata. Kenapa mata kita tidak nampak bulu mata?.
Sebab, kerana atau alasannya, adalah kerana bulu mata kita itu, duduknya telalu hampir, terlalu dekat dan terlalu terang. Begitu juga dengan Allah Taala. Kenapa makhluk manusia tidak dapat memandang Allah Taala?.
Kerana dan sebabnya kita tidak boleh untuk memandang Allah Taala itu, adalah kerana Allah Taala itu terlalu dan teramat hampir dan dekat dengan kita!. Itulah diantara sebabnya kita tidak terlihat atau tidak boleh untuk memandang Allah.
Janganlah Allah itu hendak dikenal, selagi bernama dan selagi bersifat makhluk!. Sekiranya tuan-tuan berniat untuk mengenal Allah dengan nyata senyata-nyatanya, hendaklah tuan-tuan buang sifat nama dan buang sifat yang bersifat, buang sifat afaal dan buang sifatzat diri tuan-tuan sendiri, barulah Allah yang Esa itu dapat dikenal dengan Esa seEsa-Esanya!. Selagi ada makhluk (selagi bersifat dengan sifat makhkluk), selagi itulah Allah tidak akan dapat diadakan!.
Nasihat saya, bagi sesiapa yang hendak mengenal Allah (makrifatullah) itu, haruslah dan wajiblah membinasakan terlebih dahulu diri zahir (hari raya puasa) dan diri batin (hari raya korban), barulah yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara itu akan sendirinya terzahir terang , jelas dan nyata senyata-nyatanya!.
Buat apa bersusah payah menyuluh disiang hari?. Buat apa nak mencari Allah, sedangkan Allah itu teramat-amat nyata dan teramat-amat terang!. Terang dan nyatanya cahaya matahari diwaktu panas terik matahari (waktu tengah hari) itu, adalah terlebih terang Allah berbanding cahaya matahari!. Dekatnya mata putih dengan mata hitam, adalah terlebih dekat Allah berbanding mata hitam dan mata putih kita!. Hampirnya Allah itu, terlebih hampit dari urat leher kita sendiri!, Oleh itu dan sebab itu, kenapa masih hendak mencari Allah?……………………
Yang hendak dicari itu, sepatutnya adalah perkara yang hilang. Yang hendak disuluh itu, sepatutnya adalah perkara yanng gelap, yang hendak diambil itu, sepatutnya adalah perkara yang tiada, yang hendak dipikul itu, sepatutnya adalah perkara yang dibawah, yang hendak dicari itu, sepatutnya adalah perkara yang hilang!. Buat apa nak disuluh, nak diambil, nak dipikul dan buat apa nak dicari perkara yang tidak hilang!.
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, mana yang berkesempatan membaca tulisan saya ini dengan satu pertanyaan. Apakah tuan-tuan masih nak mencari cincin yang sudah terlekat dijari?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, apakah masih lagi nak mencari cincing yang sudah sedia terlekat dijari?…………………….
Satu soalan lagi, apakah tidak cukup terangnya cahaya matahari, sehingga tuan-tuan masih menggunakan lampu suluh untuk menyuluh benda yang terletak dipanas terik matahari yang telahpun ternyata terang dan jelas?. Cuba jawab………………….
Seterang-terang cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah. Sebesar-besar alam semesta (bumi dan langit), sesungguhnya besar lagi Allah, kenapa sehingga tidak tertilik?. Kenapa Allah masih hendak dicari oleh sakalian makhluk manusia?………………………………….
Allah tak hilang, buat apa nak dicari perkara yang tidak hilang?. Allah tak jauh, buat apa nak dipanggil perkara yang sudah hampir?. Allah tidak terselindung, buat apa nak menilik?. Kenapa masih mahu mencari perkara yang tidak hilang?. Cuba jawab pertanyan saya…………………………….
Hilangkah Allah itu?. Jauhkah Allah itu?. Bertabirkah (terhijabkah) Allah itu?. Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas……………………
Jika Allah tidak bertabir (tidak terhijab), Allah tidak hilang dan Allah tidak jauh, kenapa tuan-tuan sidang pembaca sekalian sehingga tidak terlihat, tidak terpandang dan sehinggkan sampai tidak tertilik Allah?…………………………………
Itu sebabnya saya nyatakan disini bahawa Allah itu tidak perlu dikenal dan tidak perlu dicari. Sememangnya Allah itu sudah ada diatas bahu tuan-tuan, kenapa masih mahu mencari untuk dipikul?, kenapa, kenapa dan kenapa?…………………………………. Cuba jawab pertanyaan saya!
Maksud makrifatullah atau maksud perkataan mengenal Allah itu, adalah semata-mata usul, semata-mata istilah dan semata-mata kaedah bagi mempermudahkan faham!. Pada hakikat sebenarnya, Allah itu tidak perlu dikenal, kerana sudah terang lagi bersuluh.
“Awaluddin makrifatullah” (awal beragama itu, adalah mengenal Allah). Maksud perkataan “awaluddin makrifatullah” itu, adalah semata-mata istilah atau dari sudut bahasa ilmu untuk memberi faham (bagi tujuan mempermudah faham). Pada hakikat sebenarnya, mengenal Allah (makrifatullah) itu, sebenarnya tidak perlu!. Seumpama tidak perlunya kita mengarahkan jantung kita supaya megepam darah. Samaada kita arah atau tidak, sememang ianya sudah sedia terarah. Mahu atau tidak untuk kita melihat bulu mata, sememangnya sudah sedia ada dan sudah sedia terlilhat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.