Pages

Khamis, 21 November 2013

Menebang pokok biarlah “Di Dalam” Biji?

Mari kita sama-sama megembara bersama saya dengan menaiki bahtera usang, yang tiada layar dan tiada kemudi lagi bernahkhoda kepada seorang nahkhoda yang telah lama mati!. Nahkhoda yang selalu menerima kritikan, cacian, cemohan dan kejian dari segenap penjuru!.
 
Namun sebagaimana amanat ayahnda, “patah sayap,paroh akan ku tonggkat jua”. Perjuangan ini, akan tetap ku tempoh jua, biar rintangan badai yang melanda diri, biar sekalipun dihujung mata pedang!. Liku-liku perjalanan orang makrifat itu, sudah sememanngnya begitu. Lagikan Nabi Besar Junjungan kita Muhamad Rasulullah, lagikan dikeji, dimaki, dihina, dibaling dengan batu dan najis, namun perjuanganya tetap tidak membeku!.
 
Orang selalunya berkata menebang pokok diatas permukaan bumi, namun ilmu makrifat itu, mengejar kita menebang pokok “didalam benih”!. Bagaimana mungkin menebang dahan, ranting, batang dan akar didalam benih?. Yang kedua, membaling batu didalam sungai, sehingga kembali timbul dipermukaan air?. Ilmu ini seumpama mata mencari kening?. Sebagaimana pantun Tok Kenali;
 
Pucuk paku sayurpun paku,
Dimasak oleh ulamak seberang.
Tengoklah aku, tiliklah aku
Aku berada ditempat terang.
 
Bahasa-bahasa sebegini, jarang tedengar dan jarang tergambar dalam fikiran. Namun sesungguhnya, inilah keunikkan, kehalusan dan ketinggian ilmu makrifat!, yang tidak ramai orang yang memahaminya. Bahasa makrifat itu, adalah bahasa seni lagi halus!. Bahasa-bahasa sebeginilah selalu dipandang serong oleh golonag feqah!. Dikeranakan tidak faham untuk menyelami, maka dituduhnya ilmu ini sesat atau salah!.
 
Mencari nama Allah yang tersembunyi itu, bukannya suruh kita meletak nama yang baru!. Nama Allah yang tersembunyi itu, tidak akan dapat dilihat melalui mata zahir mahupun mata batin. Tidak akan sama-sekali terpanggil melalui bibir mulut seorang pendusta besar (yang hanya tahu sebut)!.
 
Carilah nama yang tidak perlu dipanggil melalui mulut, tidak terlihat melalui mata, tidak terdengar melalui telinga dan tidak tersentuh melalui tangan!. Apakah itu?. Inilah bahasa-bahasa ayahanda saya dahulu, dalam mengajar ilmu makrifat kepada murid-muridnya!. Menebang pokok itu, biarlah didalam benih!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.