Segala-galanya Telah Tersedia Ada!
Didalam sebiji benih, memang sudah tersedia akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah!. Kenapa tuan-tuan tidak nampak?. Cuba tuan-tuan ambil biji benih dan tolong belahkan!. Sila belah biji benih dan lihat dan lihat dan lihatlah, apakah ada nama, apakah ada nama akar, apakah ada nama batang itu, apakah ada nama dahan dan apakah ada nama……………………………..
Disitulah tersembunyinya nama yang satu, disebalik 99 nama!. Untuk itu, kenalilah diri rata-rata, moga-moga mengenal Allah nama yang nyata!.
Untuk mengenal diri, mari kita pakai ilmu Tok Kenali. Ilmu Tok kenali dalam mengenal Allah itu, beliau megambil dalil, iktibar atau kiasan dari menebang dahan, menebang batang dan mengenal buah yang didalam biji!. Setelah yang didalam biji roh dapat ditebang, barulah mengenal ia akan Allah dengan terang lagi nyata!.
Mana yang dikatakan benih?. Yang dikatakan benih itu, adalah diri kita yang batin!. Mana yang dikatakan batu yang dilempar kedalam sungai, kembali timbul dipermukaan air. Batu yang kembali timbul dipermukaan air itu, adalah batu diri kita yang batin.
Tengelamnya batu “diri zahir”, maka timbullah kembali batu diri yang sebenar-benar diri dipermukaan air!. Bukan batu itu, bermaksud kerikir atau batu bukit. Yang dimaksudkan batu yang timbul itu, adalah batu diri batin kita sendiri!. Itulah makanya belajar ilmu makrifat itu, jangan tebang batang yang diatas tanah, tetapi tebanglah “batang yang didalam benih!”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.