PENGERTIAN HIDUP SEBENAR
HIDUP ialah mempunyai alam sendiri. Dia memberi kehidupan kepada Yang Ada. Yang diberikannya ialah ISI. Alirannya Hidup ertinya tiada mati atau tiada beku. Kebanyakan orang tidak pandai membawa Hidup kerana membawakan sendiri kehidupan sendiri tanpa ada pengertian tentang hidup itu.
Apakah ertinya HIDUP yang sebenarnya ?
Dan dimanakah letaknya Hidup itu ?
Pada kesengsaraankah, pada sukakah, pada dukakah, pada pangkat atau kekayaankah ? Atau pada apa ?
Letaknya HIDUP bukan pada kaya, pada miskin, pada mulia, pada hina, pada sengsara, pada suka, pada duka, pada harta atau wang, pada pangkat dan lain sebagainya.
Kesemuanya itu adalah AKIBAT dari perjalanan hidup yang telah kita lalui yang sedang dan yang akan kita lalui. Kambing, lembu, kerbau dan lain lain binatang tidak kaya bahkan tidak punya apa apa JUGA HIDUP.
Sebelum kita dapat mengerti apa itu HIDUP YANG SEBENARNYA hendaklah kita ketahui lebih dahulu bahawa HIDUP itu ada diDIRI kita dan DIRI itu ada didalam batang tubuh kita. Dan DIA meisi kehidupan kita.
Diwaktu kita menjalankan kehidupan kita diluar untuk memenuhi keperluan lahir, adakah DIA kita bawa serta ? Tentu orang akan mengatakan ADA kerana DIA telah berada bersama kita sejak kita diadakan.
Aku akan mengatakan TIDAK kerana sungguhpun kemana saudara pergi DIA ada bersama saudara tetapi untuk melancarkan usaha saudara DIA tidak saudara bawa serta dengan ertinya yang sebenar.
Pembawaan saudara itu, walaupun DIA ada, tetapi tidak ikut berjasa pada usaha saudara diluar, hanya didalam sahaja. Jadi adalah untuk usaha saudara disegala bidang, ke-ada-an nya passif, tidak aktif. Dan untuk mengaktifkannya perlu DIA selain diketahui ke-ada-an nya juga kita harus mengerti caranya dan kita usahakan supaya DIA selain meisi kehidupan kita didalam juga meisi kehidupan kita diluar. Beruntunglah orang yang dapat mengetahui, menemui dan mengerti cara dan keadaannya :

Surah Ar Rum : Ayat
08
Tidakkah mereka memikirkan apa yang didalam DIRInya sendiri !!!
Ada apa diadalam diri kita itu ?
Kita telah menemui DIRI kita dan telah mengetahui pula. Dan sudahkah kita mengetahui terdiri dari apa itu DIRI dan ada apa didalamnya ?
Untuk ini hendaklah kita ambil pelajaran pada kenyataannya itu DIRI yang telah kita ketemui. Semenjak kita telah menemui itu DIRI bererti DIA telah ada. Keadaannya bersama kita. Kita pelajari DIA untuk mengetahui dan mendapat ISINYA. Kita menemuinya setelah kita mendapat jejaknya iaitu JALANNYA.
Jalannya itu berisi, kerana DIA meisi kehidupan kita didalam. Adalah keadaannya tidak ubah sebagai butir butir darah melalui pembuluh darah. Hanya beza keadaannya berlainan satu nyata dan yang satu lagi tidak nyata.
Dan adalah yang dinamakan DIRI itu, kumpulan umpulan dari ISI ISI atau butir butir HIDUP yang berasal dari HIDUP yang didatangkan oleh YANG MAHA ESA. DIA hidup lagi menjaga. Dan adalah kandungan DIRI itu ZAT serba ZAT. ZAT tersebut meisi dan mealiri jalannya kehidupan didalam dan seluruh alirannya menimbulkan RUHANI yang berupakan gambaran dari JASMANI.
Dapat diketahu bahawa pada kita ada DUA TENAGA HIDUP.
Yang pertama TENAGA LAHIR dan yang kedua TENAGA BATIN atau TENAGA GHAIB. Tenaga Lahir berasal dari TENAGA HIDUP yang dihidupkan yang menjadi TENAGA JASMANI. Tenaga Jasmani ini datangnya dari Zat makanan yang kita makan dan minum.

TENAGA BATIN
atau TENAGA GHAIB pula berasal dari Tenaga Hidup Yang Sebenarnya Hidup yang ada
didalam dan diluar batang tubuh kita ( udara ) Keadaannya didalam batang tubuh
kita menjadi Pokok Kehidupan kita seumpama setitis air embun didaun talas atau
daun keladi, hening, jernih tetapi lekat pada daun.
Untuk Kebahagiaan hidup kita, hendaklah kita hidupkan Yang Hidup itu, seperti kata pepatah : Yang setitis minta digunungkan. Perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu menghasilkan sekepal dan untuk kehidupan selanjutnya hendaklah yang sekepal itu kita lautkan kerana kita akan mengharungi lautan hidup.
Dalam Ilmu Kejiwaan, perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu bererti membesarkan jiwa, kerana lautan hidup yang kita tempuh atau lalui beralun dan bergelombang, jalannya panjang dan berliku-liku berlurah dan berbukit, berduri dan dibalik itulah yang dinamakan BAHAGIA.
Untuk itu kita harus pandai membawakan Hidup, pandai membawakan DIRI dengan pengertian yang didalam kita mesti kenal betul betul terlebih dahulu iaitu yang mana itu HIDUP dan yang mana itu DIRI.
HIDUP itu letaknya pada Ketenangan dan pada Ketabahan yang keluarnya menyatakan Kebesaran Jiwa, bukan sombong, takbur dan angkuh. Dari itu ketahuilah DIRI dan HARGANYA DIRI. Orang yang tahu Harga Diri tidak akan menjual Dirinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.