RAHSIA KAABAH
15 Rahsia
Kaabah di Mekah Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di
Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah
haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum
ini.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai
graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah
berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh
telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan
langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada
segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif
yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat
gema atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema
yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron
menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan
kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh
meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat
membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang
tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan
gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang
banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat
yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat
persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti,
zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah
secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang
dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah
lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta.
semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan
hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam
tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut
lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya
akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah
simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak
terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita
mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau
menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk
menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah
selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru
kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau
cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah
bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang
dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau
reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan
diterima oleh tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.