WASIAT AKHIR IMAM SYAFIE
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah,
beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam
seluruhnya.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
1: HAK KEPADA
DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang
ada.
2: HAK KEPADA
MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang
tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan
untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3 : HAK KEPADA
KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah,
membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.
4: HAK KEPADA
MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar,
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5 : HAK KEPADA
MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir,
mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6: HAK KEPADA
SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat,
bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7: HAK KEPADA
MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah
SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta
sembunyi dan memperelok akhlak.
8: HAK KEPADA
RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah,
bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari
melakukan maksiat.
9: HAK KEPADA NABI
SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda,
berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para
sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10: HAK KEPADA
ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci
kemaksiatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.