Pages

Khamis, 7 November 2013

RUMAH SUDAH TUKANG DIBUNUH

RUMAH SUDAH TUKANG DIBUNUH

Rahsia yang terkandung didalam rumah ini ialah sebab makanya tukang dibunuh oleh yang punya rumah setelah rumah siap. Tujuanya supaya jangan ada orang lain yang bisa ( boleh ) membikin rumah seperti itu kerana dia tidak mahu ada rumah yang lain yang serupa dengan rumahnya.

Mengenai JALAN ada pula ceritanya iaitu : Dimuka kita terentang jalan panjang tidak habis-habisnya. Mahu kemana kita ?

Banyak sudah orang menuruti jalan terentang itu akan tetapi tidak ramai yang sampai kepada tujuannya semula dan banyak pula yang tersesat dengan tidak tentu jalan pulang atau kembali dan tidak kurang pula banyaknya yang tidak puas pada jalan yang ditempuhinya itu. Kalau begitu tentu ada jalan yang dilalui orang banyak itu bukan jalan yang sebenarnya atau kekurangan syarat dalam perjalanan.

Sebagai seorang Islam pada tiap tiap rakaat sembahyang kita sentiasa memohon kepada Tuhan iaitu agar Tuhan menunjukkan kepada kita JALAN YANG LURUS iaitu jalan nikmat yang telah diberikan Allah kepada mereka yang tiada dimurkai dan tiada disesatkan.

Sudahkah kita perdapat itu jalan ? Kalau belum adakah pernah kita usahakan mencarinya sampai kita dapat PetunjukNYA ?

Berdasarkan keterangan diatas jalan yang dimaksudkan tentu telah ditunjukkan kepada orang orang yang sebelum kita iaitu jalan yang diberi nikmat yang tiada dimurkai dan tiada sesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.