Pages

Khamis, 7 November 2013

RAHSIA HIDUP

RAHSIA HIDUP

Anak anakku,

Telah engkau ketahui bahawa yang dinamakan AKU bagimu itu letaknya ialah ditempatnya dan tempatnya ialah padamu jua iaitu didalam batang tubuhmu.

Dan buat AKUmu itu, aku memanggilkan engkau padanya, kerana AKUku dan AKUmu walaupun asalnya sama, tapi letaknya berlainan tempatnya, iaitu padamu dan padaku.

AKU yang dimaksudkan DIA yang bila saatnya telah tiba nanti akan meninggalkan kita. DIA akan kembali keasalnya iaitu kepada TUHAN Yang Maha Esa.

Jadi adalah bagi kita manusia yang akan menjadi pegangan ialah AKU. Dan DIAlah yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Suatu ANUGERAH AGUNG dari Yang Maha Esa kepada kita.

Saya belum dapat kata kata lain sebagai penilaian dan penghargaan yang lebih tinggi dan dalam ertinya untuk menamakan pemberian dari TUHAN yang dikatakan AKU itu. Mungkin orang lain akan menamakannya lain pula, tetapi saya mengatakan adalah itu ANUGERAH yang SEBESAR-BESARnya dari Yang Memberi untuk kita ( manusia ). Betapa tidak ! bukankah DIA pokok pangkalnya dari kehidupan kita ? Bayangkanlah kalau DIA tidak ada, adakah yang kita manusia hidup namanya ? Tidak bukan, dengan kepergiannya maka matilah kita dinamakan orang. Jadi adalah seluruh kegiatan hidup kita bergantung padanya.

Bila HIDUP telah meninggalkan kita namanya kita telah MATI. Dan adalah yang dikatakan telah mati itu tidak layak tinggal diatas dunia. Ada yang dikubur dan ada pula yang dibakar.


Ada orang yang memberi nama ANUGERAH AGUNG kepada OTAK, kerana dari sanalah keluar sesuatunya yang menghasilkan segala sesuatunya.

Kami mengatakan itu adalah hasil kejadian dari Yanag Maha Menjadikan, kejadian yang berat dan teratur oleh Yang Maha Menciptakan iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Biasakah yang dijadikan itu berbuat atau menghasilkan sesuatu kalau itu tenaga HIDUP yang berasalkan dan berisi DAYA HIDUP, tidak mengalir dalam otak tersebut ? Tentu tidak bukan ? Jadi pastilah ada sesuatu yang dinamakan HIDUP dibatang tubuh kita yang berisikan DAYA DAYA mealiri kehidupan kita.

Berdasarkan keterangan diatas adalah kita terdiri dari YANG DIJADIKAN dan YANG DIANUGERAHKAN. Yang Menjadikan dan Yang Menganugerahkan ialah Yang Tunggal Esa iaitu ALLAH SWT.

Kita mendapati barang sudah dengan sempurnanya. Kejadian kita dijadikannya dengan AnugerahNYA yang sangat berharga dan berguna untuk kesempurnaan kita. Dan adalah kewajipan kita untuk menjalankan kehidupan kita menurut Yang Kehendak. Manusia sedar selamanya ingin kesenangan kekayaan - kejayaan kesimpulannya BAHAGIA.

Tiak ada yang mahu sakit – hina – miskin. Kesimpulannya menderita atau sengsara. Tetapi mengapa manusia tidak banyak mengecap nikmat hidup yang dinamakan sampai ketingkatan Bahagia apa lagi diidamkan dunia dan akhirat ?

Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalankan kehidupan tidak berpegang pada jalannnya HIDUP yang sebenarnya.

Dan adalah kesalahan itu letaknya tidaklah diluar atau pada orang lain melainkan pada kita sendiri. Dimanakah letaknya kesalahan kita itu ?

JALAN yang manakah yang akan dilalui untuk kebahagiaan hidup kita itu ? Untuk ini hendaklah kita pelajari ke – ada – an badan diri kita semenjak dari luar sampai kedalam dan sampai kita menemui AKU kita.

Telah kita ketahui bahawa adalah kelengkapan kita ini terdiri dari :-

1 YANG DIJADIKAN iaitu TUBUH kita ( BADAN )

2 YANG DIANUGERAHKAN iaitu yang dinamakan HIDUP ( NYAWA )

Yang pertama iaitu Yang Dijadikan merupakan LAHIR ( zahir ) bagi kita dan yang kedua iaitu yang dinamakan HIDUP berupa BATIN iaitu tidak nyata, akan tetapi tidak dapat dimungkiri akan KE – ADA – AN nya. Jadi adalah DIA terkandung dalam badan kita.

Kemanusiaan kita tidak akan sempurna, kalau tidak berpaduan diantara kedua itu. Badan tidak akan bererti kalau HIDUP tidak ada. Hidup pun tanpa ada badan tidak pula manusia namanya.

Jadi adalah satu sama lain perlu memerlukan. Oleh kerana itulah maka adalah kita manusia dengan perlengkapan yang ada diperbandingkan dengan makhluk makhluk lain, sebaik kejadian oleh Yang Menjadikan.

Didalam batang tubuh kita didapati DUA ALIRAN iaitu ALIRAN ZAHIR dan ALIRAN BATIN. Aliran zahir iaitu aliran yang bertitik tolak dari hasil bekerjanya jantung kita mealiri jalan jalan saluran saluran yang telah tersedia mealiri seluruh batang tubuh atau yang dinamakan orang JASMANI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.