Pages

Selasa, 17 Disember 2013

Apakah sebenarnya Syirik itu ?

Apakah sebenarnya Syirik itu ?

Syirik ialah menduakan (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah, atau mengadakan tuhan yang lain selain dari Allah... Asas syirik ialah meletakkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah..

Cuba kita mengambil faham dari asalnya...

Asal mulanya hanya Allah sahaja yang ada, semasa ia bersendirian dia tidak bernama, ketika ini tiada tuhan tiada hamba.... Hanya kewujudannya sahaja... Tiada yang lain...

Dalam keadaan ini Ia dikatakan berada didalam keadaan perbendaharaan yang tersembunyi, Kasih ia kepada diriNya sendiri, dia suka untuk memperkenalkan diriNya sendiri, maka dizahirkan diriNya didalam bentuk sifatNya, namaNya dan perbuatanNya sendiri...

Apabila terzahirnya penzahiran yang pertama yang dinamakan Nur Muhammad, maka ia pun menamakan dirinya sebagai Allah..

Ketika terzahirnya Nur Muhammad disini juga telah berlakunya perebutan jawatan Tuhan ( maksudnya Allah mengatakan Dia tuhan dan Nur Muhammad juga mengakui dia adalah Tuhan (sebab Nur Muhammad telah merasai sifat-sifat yang wajib bagi Allah adalah Miliknya)....

Disini diceritakan satu cerita untuk membawa kepada Faham juga, berlakulah dialog diantara Allah dengan Nur Muhammad...

Allah mengatakan dia tuhan begitu juga Nur Muhammad mengatakan ia Tuhan...

Disini berlaku satu permainan sorok-sorok... (Menghampirkan kepada faham jua)

Perjanjian telah dibuat diantara Allah dengan Nur Muhammad, siapa yang jumpa siapa dialah Tuhan....

Mula-mula giliran Nur Muhammad menyembunyikan dirinya, dengan senang Allah menjumpainya...

Sampai masanya Allah menyembunyikan dirinya, maka Nur Muhammad tidak dapat menemui Allah...

Maka mengakulah Nur Muhammad akan ketuhanan Allah dengan kalimah Laa ilaha illallah...
Setelah Nur Muhammad mengakui akan ketuhanan Allah maka Allah pun mengakui akan kerasulan Muhammad dengan Kalimah Muhammadar Rasulullah...

Inilah asal dua kalimah syahadah...

Kenapa Nur Muhammad tidak dapat mencari Allah ?

Sebab Allah telah menyembunyikan dirinya di dalam Nur Muhammad.....

Allah telah menzahirkan diriNya dari satu penzahiran kesatu penzahiran, Allah telah menyatakan dirinNa dari satu kenyataan ke satu kenyataan.

Pada satu penzahiran dan kenyataan dinamakan dengan satu nama lain...

Penzahiran dan kenyataan Allah inilah yang dipanggil sebagai makhlok... Makhlok sebenarnya adalah merupakan penzahiran atau kenyataan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah dan dinamakan dengan pelbagai nama....

Ada makhlok atau selain dari Allah itu sebenarnya merupakan penzahiran atau kenyataan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri, yang dinamakan dengan makhlok....

Sebenarnya makhlok itu menyatakan penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah, makhlok tidak mempunyai ujud sendiri, kenyataan (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah dikatakan ujud makhlok...

Dengan ini menunjukkan kepada kita bahawa makhlok tidak pernah ada kerana adanya makhlok sebenarnya kenyataan dan penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri..

Jadi ada makhlok hanya ada pada sebutan, tidak pernah ada pada hakikatnya...
Ini adalah satu cerita kiasan untuk kita renungi... Para Rasul, Nabi, Aulia, Ulamak terdahulu tinggi dengan kiasan.. Allah juga menggunakan bahasa kiasan didalam firmannya, sebab itu didalam ayat Quran ada ayat-ayat yang tidak dapat difahami secara terus oleh para sahabat dan memerlukan kepada pentafsiran melalui Nabi Muhammad yang dipanggil sebagai hadis...

Bukan semua orang boleh memahami bahasa Al-quran ini, bahasa Al-quran ialah Kalam Allah sendiri, iaitu kata-kata Allah sendiri...

Oleh kerana Nabi Muhammad berbangsa Arab maka Allah telah memberikan dan mengilhamkan al-quran iaitu kata-kata Allah kedalam bahasa Arab ...

Sebenarnya kata-kata Allah itu adalah bahasa Allah sendiri, Allah tahu semua bahasa, orang yang hampir dengan Allah akan diberi faham melalui kalamullah...

Carilah Al-Quran yang terpelihara, yang tidak makan dek api, tak basah dek hujan, yang Allah pelihara sehingga ke hari Akhirat.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.