Pages

Selasa, 17 Disember 2013

Pentajalian Allah didalam tiga peringkat iaitu dari Allah, Muhammad dan Adam

Cuba kita lihat pentajalian Allah didalam tiga peringkat iaitu dari Allah, Muhammad dan Adam..

Allah kita semua tahu, Dialah yang menjadikan makhlok yang zahir dan batin.. Allah berfirman huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru, huwal batinu.. Dari sini cubalah sama-sama kita cari apakah makna tersirat dari perkataan menjadikan itu...

Muhammad - Nabi pernah bersabda " Ana abu ar-ruh, wa adam abu basyar "
Dari Makna sabda Nabi ini dapatlah kita tafsirkan bahawa Muhammad itu adalah asal kejadian roh, Allah beritahu bahawa dia meniupkan ruhNya ( Rohullah ) kedalam jasad Adam, maka disini pecahkanlah rahsia ruh ini... Firman Allah " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".dan sabda nabi Muhammad s.a.w " Ana abu ar-ruh, " Aku bapa atau asal kejadian Ruh.... Bertanyalah kepada guru mursyid....

Dari sabda Nabi juga telah menerangkan kepada kita " adam abu basyar " Adam bapa atau asal kejadian Jasad...
Asal kejadian jasad kita adalah dari Adam, Asal kejadian ruh kita dari Muhammad, asal kejadian Muhammad dari Allah.
Kalau mengikut pentajalian dari permulaan bahawa Dari Allah ditajallikan Muhammad (asal kejadian roh), dari Muhammad ditajallikan Adam...
Allah memberitahu kepada kita dia menjadikan Muhammad kerana dia, hanya Muhammad yang mengenal Allah sebab Hanya Muhammad yang dizahirkan dari zat Allah, penzahiran yang terkemudian adalah dari Muhammad ( iaitu sifattullah ) sebab itulah Allah ada berfirman kejadikan keseluruhan alam kerana Muhammad, maksudnya dari segi penzahiran, kesemuanya terzahirnya dari zat Allah ( yang dinamakan Muhammad ), hanya sifat Allah yang terzahir dari Zatnya....

Boleh juga disebut dari Allah ditajallikan zat Allah, dari zat Allah ditajalikan sifat Allah, dari sifat Allah ditajallikan nama Allah, dari nama Allah ditajallikan perbuatan Allah ( ianya berlaku secara tertib yang selalu disebut dengan fitratullah)

Cuba kita lihat firman Allah didalam hadis Qudsi " Insan itu rahsia aku, Aku rahsia insan, rahsia itu sifat Aku, sifat itu tidak lain daripada Aku"
Seperti yang diketahui seperti diatas bahawa zat Allah ialah Muhammad, dapatlah diertikan insan itu rahsia Allah, Allah itu rahsia insan, rahsia itu ialah Muhammad, Muhammad itu tidak lain dari Allah..

Muhammad pula adalah asal kejadian roh. Carilah rahsia muhammad pada roh....
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.