Sebelum menjadi masjid, Hagia Sofia
adalah sebuah gereja Kristian Timur yang dibina oleh Constantius, putera Kaisar
Constantine Agung. Gereja ini kerap rosak dilanda gempa.
Walaupun bangunannya dibina berbentuk
kubah tahan gempa, tapi tetap runtuh. Pada tahun 7 Mei 558 M, semasa Kaisar
Justinianus, kubah sebelah timur runtuh akibat gempa.
Pada 26 Oktober 986, semasa
pemerintahan Kaisar Basil II (± 958-1025), sekali lagi masjid ini dilanda
gempa.
Dari Gereja Byzantium dijadikan
Masjid kemudian dijadikan Muzeum semasa pemerintahan Kamal
Ataturk |
Ketika Konstantinopel jatuh ke tangan
tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Murad II Turki Usmani
(yang terkenal dengan julukan ‘al-Fatih’/sang penakluk) pada tanggal 27 Mei
1453. Semasa memasuki kota
itu, al-Fatih turun dari kudanya dan membuat sujud syukur kepada Allah SWT. Lalu
beliau pergi ke Gereja Hagia Sofia dan memerintahkan untuk mengubahnya menjadi
Masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia.
Nama Konstantinopel juga ditukar
menjadi Islam Pol (Kota Islam) dan akhirnya berubah menjadi
Istanbul.
Setelah kekhilafahan Turki Usmani kalah
pada Perang Dunia I, pasukan sekutu menguasai Istanbul pada tahun 1922 M.
Bangunan kuno Aya Sofia yang hampir lima abad dijadikan masjid, diubah menjadi
muzeum oleh penguasa baru Turki, Mustafa Kamal Ataturk (Bapa Republik Sekular
Turki) dan memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara.
Sejak itu, masjid Aya Sofia dijadikan
salah satu tarikan pelancongan terkenal oleh pemerintah Turki di kota Istanbul.
Nilai sejarahnya dilitupi oleh gaya arkitektur Byzantium yang indah
mempesona.
Inilah salah satu usaha musuh-musuh
Islam untuk menghilangkan jejak kejayaan Islam. Padahal, dulu Sultan Muhammad
al-Fatih hanya didukung oleh 265 orang untuk menaklukan kota Byzantium /
Konstantinopel / Istanbul yang menjadi pusat kerajaan Rom Timur.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam
dari sumber islampos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.