Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman
Apa itu sistem
Dajjal?
Sistem Dajjal adalah sistem kepalsuan, seperti yang
berlaku sekarang ini. Orang menyebutnya The New World Order, meskipun kenyataannya
malah tidak ada susunan. Yang disebut pejuang hak asasi manusia tetapi yang
sebenarnya adalah pengganas. Sedangkan mereka yang dituduh pengganas justeru
sebenarnya orang yang mulia di hadapan Allah.
Apakah sistem Dajjal itu adalah
aturan kehidupan yang kini atur AS?
Ya. Itu tercermin dalam lembaran wang
satu dollar
AS. Bahagian depan itu bergambar Presiden AS pertama, George Washington, dan bahagian
belakangnya bergambar piramid yang terpotong. Letak gambar piramid ada di
belakang, sebagai isyarat bahawa di belakang AS ada kekuatan lain. Pada piramid
tersebut ada segitiga bergambar mata satu. Di atasnya ada tulisan "annuis
coeptis" (semoga dia senang dengan projek ini). "Dia" yang dimaksudkan adalah Si
Mata Satu. Di bawahnya ada tulisan "Novus Ordo Seclorum" ( perintah dunia baru). Ertinya, umat seluruh
dunia diharapkan masuk projek perintah dunia baru dan menerima kepimpinan Si
Mata Satu. Orang yang familiar dengan hadis-hadis Rasulullah shallallaahu
'alaihi wasallam akan paham bahawa yang dimaksudkan Si Mata Satu adalah
Dajjal.
Bila Dajjal akan
muncul?
Dajjal sudah ada sejak zaman Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wasallam. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang
panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fatimah binti
Qais.
Ada seorang pengembara Nasrani yang
terdampar di suatu pantai. Ia turun dari kapalnya dan kemudian bertemu
binatang aneh. Binantang itu menghantarkannya ke sebuah biara. Di biara tersebut
ada seorang lelaki terpasung. Dia bertanya, "Apakah Sungai Tiberia sudah kering?
Apakah muncul seorang lelaki yang bernama Muhammad yang disebut sebagai nabi
akhir zaman? Apakah lelaki itu sudah diusir oleh penduduk di negaranya sendiri?
"
Pengembara Nasrani itu penasaran. Dia
kemudian menelusuri jazirah Arab untuk mencari lelaki yang dimaksudkan. Dia
kemudian bertemu Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam. Dia bertanya pada
beliau, "Siapa orang yang dipasung itu?" Rasulullah shallallaahu 'alaihi
wasallam menyatakan bahawa lelaki itu adalah Dajjal. Namun Dajjal tidak akan
muncul sebelum Imam Mahdi keluar.
Bila Imam Mahdi
keluar?
Menurut Rasulullah shallallaahu 'alaihi
wasallam, salah satu tandanya adalah kematian atau pembunuhan seorang khalifah.
Namun sekarang sudah tidak ada khalifah. Menurut saya, khalifah yang dimaksudkan
adalah seorang pemimpin negeri Muslim yang sangat nyata. Amin Muhammad
Jamaluddin, seorang penulis asal Mesir yang menulis buku "Umur Umat Islam",
menafsirkannya sebagai pemimpin Kerajaan Arab Saudi. Kalau memang benar seperti
itu, bererti sudah dekat.
Menurut hadis tersebut, kelak Al-Mahdi
akan muncul lalu di-baiat oleh sekumpulan pemuda di Kaabah. Penguasa semenanjung
Arab akan terus menghantar pasukan untuk menangkap para pemuda itu. Tetapi
pasukan itu akan dibenamkan ke bumi oleh Allah, kecuali dua orang
saja.
Dua orang tersebut sengaja diselamatkan
agar mereka boleh menceritakan kepada awam bahawa rakan-rakan mereka telah
tenggelam ditelan Bumi. Begitu khabar ini tersiar, semua Mukmin yang faham hadis-hadis
sahih tentang kemunculan Al-Mahdi akan sedar bahawa Imam Mahdi telah muncul.
Mereka akan berbondong-bondong untuk ber-baiat.
Bagaimana bila dihubungkan dengan
umur umat Islam?
Menurut Amin Muhammad Jamaluddin,
ketika dia menafsirkan beberapa hadis mengenai umur umat Yahudi, Kristian, dan
Islam, diisyaratkan bahawa umur umat Islam ialah 1500 tahun. Sekarang sudah 1424
Hijriah [tulisan ini dibuat pada 2003], jadi tinggal 76 tahun lagi. Itu belum
dipotong waktu perjuangan Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam ketika di
Mekah, yang memakan masa 13 tahun. Jadi umur ummat Islam tinggal sekitar 63
tahun. [Bererti sekarang tinggal sekitar 54 tahun]
Bila masa kekhalifahan di akhir zaman
yang menurut hadis akan berlangsung selama 40 tahun terjadi pada masa damai,
maka huru-hara besar itu akan terjadi dalam kurun waktu kurang dari 23 tahun ke
depan ini [sekarang bererti kurang dari 14 tahun ke depan]. Kemunculan khilafah
akan didahului oleh terjadinya huru-hara dan kaum Muslim akan di bawah pimpinan
Imam Mahdi.
Kemunculan Imam Mahdi juga akan
ditandai dengan munculnya komet. Menurut yang saya tahu dari para astronomi,
komet akan muncul pada 2022. Jadi kalau saat itu Imam Mahdi muncul, maka
perhitungan itu menjadi sangat mungkin. Atau boleh jadi kemunculan Imam Mahdi
justeru akan lebih cepat dari itu.
Apa ciri-ciri khusus Imam
Mahdi?
Menurut Rasulullah shallallaahu 'alaihi
wasallam, namanya seperti nama Rasulullah shallallaahu' alaihi wasallam dan nama
ayahnya pun sama dengan nama ayah Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam.
Bicaranya kurang lancar, sehingga kalau bicara harus menepuk pahanya dulu.
Apakah itu bererti dia gagap? Wallahu'alam.
Berapa usia Imam Mahdi ketika
muncul?
Usia Imam Mahdi adalah seusia ketika
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam pertama kali berperang. Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wasallam pertama kali berperang di Perang Badar di usia 55
tahun.
Apakah itu bererti sebenarnya Imam
Mahdi sudah ada?
Ya, sudah ada, tapi oleh Allah belum
dimunculkan. Sekarang kita tidak tahu Imam Mahdi itu siapa. Dan hal itu bukan
hal aneh, kerana memang ia akan muncul mendadak.
Bukankah sudah ada beberapa orang
yang mengaku sebagai Imam Mahdi?
Tidak boleh. Imam Mahdi di-baiat oleh
313 pemuda di Kaabah. Jumlah itu sama dengan jumlah pasukan ketika Perang Badar.
Baiatnya terbuka meskipun sebenarnya Imam Mahdi enggan dijadikan pemimpin. Bila
ada yang mengaku-ngaku Imam Mahdi, maka itu adalah penipuan.
Apakah kelak Imam Mahdi akan
memimpin kekhalifahan Islam?
Ya. Sebelum itu ia akan memimpin
beberapa peperangan untuk meruntuhkan The New World Order ini. Perang
meruntuhkan maalikan jabariyan ini bertujuan untuk mewujudkan The Next World
Order.
Bagaimana dengan perang Akhir
zaman?
Ada empat perang besar. Pertama, perang
melawan penguasa semenanjung Arab. Kaum Muslim menang. Kedua adalah perang
melawan penguasa zalim parsi, Muslim juga menang. Perang selanjutnya adalah
melawan Rome atau Eropah, dan menang juga. Ke empat adalah perang melawan Dajjal
dan 70,000 tentera Yahudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.