Golongan manusia yang disukai oleh Dajjal laknatullah
Golongan
manusia yang disukai oleh Dajjal laknatullah
Diriwayatkan oleh An-Nawwas ibn Sam'an:
"Dia, yang hidup dan melihatnya (Dajjal) harus membacakan di hadapan ayat-ayat
pembukaan Surat Al Kahfi," (HR Muslim).
Diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili:
"Barangsiapa memasuki nerakanya (Dajjal), mintalah pertolongan Allah dan bacakan
ayat pembukaan Surat Al Kahfi, dan hal ini akan menyejukkan dan mendamaikannya,
seperti api menjadi sejuk terhadap Ibrahim," (HR Ibnu Katsir).
Tanda-tanda dan rahsia Hari
Akhir
Satu alasan mengapa Rasulullah SAW
menganjurkan orang-orang beriman membaca Surah Al Kahfi saat Dajjal
mencuba memujuk rayu
adalah kerana surah ini mengandungi isyarat penting mengenai Hari Akhir, seperti
pelbagai hal yang diperlukan untuk bertahan dan memerangi Dajjal, dan
gerakan-gerakan anti-agama yang menimbulkan pelbagai kejahatan atas kemanusiaan,
yang ingin disebarkan oleh Dajjal ke seluruh dunia.
Surah Al Kahfi ini juga mengandungi
pelbagai pelajaran bagi kaum Muslimin.
Anjuran Rasulullah SAW untuk menghafal
dan membaca surat ini dengan penuh perhatian adalah suatu isyarat kuat tentang
hal ini. Seperti kita akan lihat di seluruh bab ini, pengalaman Ashabul Kahfi
yang tinggal di sebuah masyarakat yang kafir, pelajaran bahawa Musa AS belajar
daripada Khidr, dan pemerintahan di atas dunia yang ditubuhkan oleh Dzulkarnain
AS agar dapat menyebarkan nilai-nilai Islam, adalah perkara-perkara yang perlu
direnungkan oleh orang-orang beriman.
Lalu orang seperti apa yang sangat
disukai oleh Dajjal? dan tanpa disedari ia sudah ditandai oleh Dajjal di
hati-nya?
1. Orang yang apabila kumandang azan
terdengar, ia mengendahkannya.
2. Orang yang apabila dinasihati
atau dimaklumkan mengenai rencana-rencana Dajjal di dunia sebelum dia datang,
dia tidak peduli.
Dajjal tidak langsung datang
secara tiba-tiba. Atas Izin Allah SWT dia mempersiapkan
semuanya dengan bantuan para pengikutnya (Freemasonry - illuminati) agar semakin
banyak manusia yang akan menjadi pengikutnya. Dan jika seseorang sudah tahu
mengenai rancangan Dajjal ini, Dajjal sudah melihat-nya dan menandakan
hatinya.
Ini sesuai dengan doa Dajjal kepada
allah swt yang kelak akan di kabulkan:
"Ya rabb berikanlah aku kemampuan
untuk menurunkan hujan, menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan
penyakit yang ada di dunia, menyuburkan tanaman dan memperlihatkan syurga dan
neraka kepada manusia kelak,,, yang sesungguhnya syurga ku adalah neraka-mu dan
nerakaku adalah syurga-mu ya Rabb agar aku bisa menguji keimanan manusia kelak
....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.