Kenapa orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin?
Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar iaitu
Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30000 orang
Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang melaungkan
anti- Zionis!
Isfahan yang terletak di tengah-tengah Iran dan
dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah seakan dengan jelas orang-orang
Syiah melindungi mereka.
Kita harus tahu mengapakah orang-orang Yahudi di Iran
menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?
Kerana sebahagian Yahudi, Iran adalah
tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.
Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi Daneil
adalah salah seorang nabi yang sudah meramalkan kejadian- kejadian sebelum
kiamat dan beliau dikenali di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel,
ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar dan Nabi Hajayy .
Di Iran juga ada makam Bunyamin iaitu saudara Nabi
Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci.
Mereka menganggap Isfahan sebagai bandar yang lebih spesifik lagi. Bandar ini
merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya selepas
kemusnahan Jerusalem oleh Novukhodonsur .
Sejarah sudah merekodkan hal ini dan kemudian setelah
70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di
Isfahan.
Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak-
anak Yahudi tentang pelbagai kuil Yahudi.
Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis
Nabi yang tertera dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034 : " Anas Bin Malik berkata bahawa
Rasulullah saw berkata: ' Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan
mengenakan selendang Parsi. "
*Diterjemahkan oleh Detik Islam
dari sumber islampos.com petikan dari (Yahudi di Iran; Sebuah Fakta
Mencengangkan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.