Pages

Ahad, 1 Disember 2013

Kitab rahsia To’ Ku Paloh al-Aidrus

Kitab rahsia To’ Ku Paloh al-Aidrus
 
Nama penuh beliau ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu.

BismillahHirrohmaaNirRohim.
~ Adapun syariat itu kenyataan Af’al Allah.
~Adapun Thariqah itu kenyataan Asma’ Allah.
~Adapun Hakikat itu kenyataan Sifat Allah.
~Adapun Makrifat itu kenyataan Zat Allah.

 Soalan-
Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat itu dimana tempat pada diri kita ?
Jawab:
~Adapun syariat itu nyata pada tubuh kita.
~Adapun tarikat itu nyata pada hati kita.
~Adapun hakikat itu nyata pada nyawa kita.
~Adapun makrifat itu nyata pada rahsia kita dan bahawasanya:-
~Tubuh itu kenyataan Af’al Allah.
~Hati itu jadi kenyataan Asma Allah.
~Nyawa itu jadi kenyataan Sifat Allah.
~Rahsia itu jadi kenyataan Zat Allah.

 Soalan-
Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat itu kejadian daripada apa ?

Jawab:-
~Adapun kejadian syariat itu daripada air.
~Adapun kejadian tarikat itu daripada angin.
~Adapun kejadian hakikat itu daripada bumi ( Tanah )
~Adapun kejadian Makrifat itu kejadian daripada terang api.

 Soal-
Syariat itu kejadian daripada air, adakah air sungai, air hujan, laut telaga atau lain lain lagi ?
Jawab:-
Adapun yang dikatakan syariat itu daripada air bukan seperti air yang tersebut
itu, sebenarnya ialah Nur Muhammad.

 Soal-
Tarikat itu kejadian daripada angin, adakah angin bertiup-tiup atau angin utara, selatan, timur, barat atau sebagainya ?.
Jawab:-
Adapun Tarikat itu dikatakan daripada angin tidak sebagaimana angin yang tersebut diatas itu, Sebenarnya ialah Nafas Muhammad.
Soal-
Hakikat itu kejadian daripada tanah. Adakah tanah seperti tanah liat, tanah bukit, kuning Pasir dan lain lain lagi ?

Jawab:-
Adapun hakikat itu dikatakan tanah,bukan seperti tanah yang tersebut,sebenarnya ialah Tubuh Muhammad.

 Soal-
Makrifat itu kejadiaan daripada terang api, adakah seperti matahari, bulan, api biasa atau lampu atau api elektrik ?

Jawab:-
Sebenarnya bukan seperti api yang tersebut, Sebenarnya ialah darah Muhammad.
~Adapun kejadian diri kita yang zahir ialah asalnya 4 anasir iaitu tanah, air, api dan umpama angin, maka keempat empat itu asalnya satu jua iaitu asal tanah, air, asal air angin, asal angin api dan asal api itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu pula Nur Allah.

 Adapun diri yang zahir itu kepada kita seperti berikut dibawah ini:-
~Bermula tanah itu menjadi daging pada kita.
~Air itu menjadi tulang pada kita.
~Angin itu menjadi urat pada kita.
~Api itu menjadi darah pada kita.
Maka masing masing ini kerjanya didalam sembahyang.

 Soal-
Tanah, air, api dan angin itu apa kerjanya di dalam sembahyang ?

Jawab:-
~Adapun Af’al api itu berdiri didalam sembahyang.
~Adapun af’al angin itu rukuk didalam sembahyang.
~Adapun af’al air itu sujud didalam sembahyang.
~Adapun tanah itu duduk di dalam sembahyang.
Maka keempat empat itu dinamakan dia jasmani ertinya tubuh yang zahir. Adapun nyawa jasmani itu rohani, maka yang bernama rohani itu tubuh Muahammad hakikat, kerana tubuh Muhammad itu tiada bercampur dengan keempat empat anasir itu, hanya semata mata tubuh Muhammad itu rohani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.