Malaikat turut berperang bersama Mujahidin melawan rejim Syiah Assad
Kisah
diceritakan oleh mujahiddin Malaikat turut berperang bersama Mujahidin melawan
rejim Syiah Assad
"(Ingatlah), ketika kamu memohon
pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan
mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang
berturut-turut". (Surah Al-Anfal 10)
Ada kisah menarik daripada sukarelawan
Hilal Ahmar Society Indonesia(Hasi) yang baru sahaja tiba di Syria dan membuat
laporan di bangunan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia(DDII) pada hari Selasa
(11/12/2012). Abu Yahya, penyelaras sukarelawan Hasi menceritakan kisah seorang
bekas tentera Bashar Assad yang bertaubat lalu bergabung dengan
mujahidin.
Kepada bekas tentera itu, para
mujahidin sempat bertanya kenapa para tentera Assad yang berjumlah 1500 orang di
Jabal Akhrod tidak berani melakukan serangan terhadap mujahidin Syria yang hanya
berjumlah 150 orang. Dari segi kekuatan (jumlah) dan persenjataan, mujahidin
sangat lemah dari tentera rejim syiah Assad.
Mendengar soalan itu, bekas tentera
Bashar Assad ini berasa hairan dan bertanya. "Siapa kata jumlah mereka sedikit?
Kami setiap malam melihat kamu dengan berpakaian putih bergerak dari satu lembah
ke lembah lain sehingga kami berfikir dulu untuk menyerang, "kata bekas rejim
syiah Assad tersebut.
Kisah yang berlaku di atas bukan
terjadi sekali itu. Cerita lain muncul ketika mujahidin hendak melakukan
serangan terhadap konvoi 50 trak yang dinaiki tentera rejim Bashar Assad. Hingga
pada satu tempat berlaku tembak menembak di antara mujahidin dengan tentera
rejim Assad. Oleh kerana mujahidin memang sudah merancang serangan tersebut
menyebabkan tentera Bashar Assad berundur.
Namun ketika serangan berlaku,
tiba-tiba muncul kejadian di luar jangkaan mereka. Helikopter dan pesawat
pejuang datang seperti hendak menyerang pihak mujahidin. Tentu mujahidin membuat
kesimpulan bahawa ini bantuan dari pihak Bashar Assad untuk menyerang mereka.
Kita ketahui bahawa sehingga kini mujahidin Syria langsung tidak mempunyai
kelengkapan perang seperti pesawat. Mereka bertempur hanya melalut darat dengan
persenjataan yang mundur jika dibandingkan dengan senjata milik rejim
Assad.
Mengukur jumlah mujahid dan
persenjataan yang terhad, komando mujahidin mengarahkan untuk segera
mengosongkan tempat pertempuran dan masuk ke gunung-gunung untuk mengatur
strategi. Satu keajaiban berlaku, ketika mujahidin sudah berundur, bunyi
tembakan masih terus berlaku. Muncung dan desingan peluru seperti tidak berhenti
walaupun tidak ada satu mujahidin pun berada di lokasi pertempuran tersebut.
Komando mujahidin bertanya dalam hati, siapakah sebenarnya yang sedang berperang
melawan tentera Bashar Assad. Dia kemudian memeriksa jumlah mujahid yang ada
untuk memastikan jika ada mujahidin yang tertinggal dan melakukan serangan
terhadap tentera Assad. Namun dari perkiraan tersebut seluruh mujahidin sudah
masuk ke dalam gunung.
Hingga matahari terbit dan mereka yakin
keadaan telah selamat, barisan mujahidin turun dari gunung dan terkejutnya
apabila mereka melihat sebahagian tentera Assad telah terbunuh. Sebahagian yang
lain mengalami luka parah akibat pertempuran hebat tersebut. Tentu kejadian ini
menjadi seribu tanya bagi Abu Yahya, sukarelawan Hasi yang menghabiskan masa
selama satu bulan di Desa Salma, daerah Jabal Akhrod, Syria dan mendengar kisah
ini langsung dari mujahidin.
"Siapa pula yang berada di dalam
pesawat dan helikopter untuk melawan tentera Syria?" diam Abu Yahya dengan
seribu tanda tanya di depan para awak media yang juga diliputi
kehairanan.
Subhanallah, inilah ayaturrahman yang
muncul dalam Jihad di bumi Syam. Fakta yang menjadi bukti bahawa mujahidin tidak
berseorangan. Mereka bersama Allah untuk berperang menegakkan Islam di Syria dan
melawan kezaliman regim Syiah Nushairiyyah terhadap umat Islam. Semoga ini
menjadi khabar baik bagi kemenangan mujahidin dan tegaknya Islam di Syria. Tentu
jika kita mendengar kisah dari mujahidin, kita akan sangat faham siapakah bala
tentera yang tiba-tiba datang membantu para mujahidin melawan tentera
Assad.
"(Ingatlah), ketika kamu memohon
pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan
mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang
berturut-turut". (Surah Al-Anfal 10)
Diterjemahkan dari sumber
Islampos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.