Keistimewaan Dajjal
Allah memberikan dajjal banyak
keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu
telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh
menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan.
Antaranya:
Pertama, ada bersamaan syurga dan
neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam.
Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang
diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.
Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang
kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan
hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu
akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang
penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam
kebuluran dan kesusahan.
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan
oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”
Rasulullah menjawab, “Mereka akan
menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu
yang akan menjadi makanan mereka.”
Ketiga, boleh menjelajahi seluruh
pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai
Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab:
“Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang
dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh
dajjal iaitu Mekah dan Madinah.
Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang
yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah nabi
bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal.
Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh
oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata
tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan
bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu
tetapi telah diselamatkan oleh Allah.
*Sumber dari
ustaznaim.blogspot.com dan (Dipetik dari dari Al-Islam keluaran November 2010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.