Pages

Ahad, 22 Disember 2013

Penjelasan Sains dan Islam tentang keajaiban hujan

Penjelasan Sains dan Islam tentang keajaiban hujan
 
Hujan merupakan salah satu perkara terpenting bagi kehidupan di muka bumi. Ia merupakan sebuah prasyarat bagi kelanjutan aktiviti di suatu tempat. Hujan-yang memiliki peranan penting bagi semua makhluk hidup, termasuk manusia-disebutkan pada beberapa ayat dalam Al-Qur'an mengenai maklumat penting tentang hujan, kadar dan pengaruh-pengaruhnya.

Maklumat ini, yang tidak mungkin diketahui manusia di zamannya, menunjukkan kepada kita bahawa Al-Qur'an merupakan kalam Allah. Sekarang, mari kita kaji maklumat-maklumat tentang hujan yang termaktub di dalam Al-Qur'an.

 
Kadar Hujan
Di dalam ayat kesebelas Surat Az-Zukhruf, hujan dinyatakan sebagai air yang diturunkan dalam "ukuran tertentu". Sebagaimana ayat di bawah ini:

"Dan yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur)." (QS. Az-Zukhruf, (43): 11)

"Kadar" yang disebutkan dalam ayat ini merupakan salah satu ciri-ciri hujan. Secara umum, jumlah hujan yang turun ke bumi selalu sama. Dianggarkan sebanyak 16 tan air di Bumi mengewap setiap saat.

Jumlah ini sama dengan jumlah air yang turun ke bumi setiap detiknya. Hal ini menunjukkan bahawa hujan secara terus-menerus bersirkulasi dalam sebuah kitaran seimbang menurut "saiz" tertentu.

Pengukuran lain yang berkaitan dengan hujan adalah mengenai kelajuan turunnya hujan. Ketinggian minimum awan adalah sekitar 12,000 meter. Ketika turun dari ketinggian ini, sebuah benda yang yang mempunyai berat dan saiz sebesar titisan hujan akan terus melaju dan jatuh menimpa tanah dengan kelajuan 558km/jam.

Tentunya, objek apapun yang jatuh dengan kelajuan tersebut akan mengakibatkan kerosakan. Dan apabila hujan turun dengan cara demikian, maka seluruh lahan tanaman akan hancur, penempatan, perumahan, kenderaan akan mengalami kerosakan, dan orang-orang pun tidak boleh pergi keluar tanpa mengenakan alat perlindungan tambahan.

Lebih-lebih lagi, perhitungan ini dibuat untuk ketinggian 12.000 meter, faktanya terdapat awan yang mempunyai ketinggian hanya sekitar 10.000 meter. Sebuah titisan hujan yang jatuh pada ketinggian ini tentu saja akan jatuh pada kelajuan yang mampu merosakkan apa saja.

Namun tidak demikian terjadinya, dari ketinggian berapapun hujan itu turun, kelajuan rata-ratanya hanya sekitar 8-10 km / jam ketika mencapai tanah. Hal ini disebabkan kerana bentuk titisan hujan yang sangat istimewa.

Keistimewaan bentuk titisan hujan ini meningkatkan kesan gesekan atmosfera dan mempertahankan kelajuan titisan-titisan hujan krtika mencapai "batas" kecepatan tertentu. (Saat ini, parasut direka dengan menggunakan teknik ini).

Tak setakat itu saja "pengukuran" tentang hujan. Contoh lain misalnya, pada lapisan atmosferis tempat berlakunya hujan, suhu boleh saja turun hingga 400oC di bawah sifar. Meskipun demikian, titisan-titisan hujan tidak berubah menjadi partikel ais. (Hal ini tentunya merupakan ancaman mematikan bagi semua makhluk hidup di muka bumi.)

Alasan tidak membekunya titisan-titisan hujan tersebut adalah kerana air yang terkandung dalam atmosfera merupakan air murni. Sebagaimana kita ketahui, bahawa air murni hampir tidak membeku pada suhu yang sangat rendah sekalipun.

Pembentukan Hujan
Bagaimana hujan terbentuk tetap menjadi misteri bagi manusia dalam kurun waktu yang lama. Hanya setelah ditemukannya radar cuaca, barulah dapat difahami tahap-tahap pembentukan hujan.

Pembentukan hujan terjadi dalam tiga tahap. Pertama, "bahan mentah" hujan naik ke udara. Kemudian terkumpul menjadi awan. Akhirnya, titisan-titisan hujan pun muncul.

Tahap-tahap ini secara terperinci telah tertulis dalam Al-Qur'an berabad-abad tahun lalu sebelum maklumat mengenai pembentukan hujan disampaikan:

"Allah, dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang di kehendakinya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambanya yang di kehendakinya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. "(QS. Ar-Rum, (40): 48)

Sekarang, mari kita lihat pada tiga peringkat yang disebutkan dalam Al-Qur'an:

Tahap Pertama: "Allah, dialah yang menghantar angin ....."

Gelembung-gelembung udara yang tidak terhitung jumlahnya dibentuk oleh buih-buih di lautan yang secara terus-menerus pecah dan mengakibatkan zarah-zarah air tersembur ke udara menuju ke langit. Zarah-zarah ini-yang kaya dengan garam-kemudian terbawa angin dan bergerak ke atas menuju atmosfera. Zarah-zarah ini (disebut aerosol) membentuk awan dengan mengumpulkan wap air (yang naik dari lautan sebagai titisan-titisan oleh sebuah proses yang dikenali dengan "Jebakan Air") di sekelilingnya.

Tahap Kedua: "..... lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang di kehendakinya, dan menjadi bergumpal-gumpal ....."

Awan terbentuk dari wap air yang mengembun di sekitar kristal-kristal garam atau zarah-zarah debu di udara. Kerana titisan-titisan air di sini sangat kecil (dengan diameter antara 0,01-0,02 mm), awan terapung di udara dan menyebar di angkasa. Sehingga langit tertutup oleh awan.

Tahap Ketiga: ".... lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun."

Zarah-zarah air yang mengelilingi kristal-kristal garam dan zarah-zarah debu dan membentuk titisan-titisan hujan. Sehingga, titisan-titisan tersebut, yang menjadi lebih berat dari udara, meninggalkan awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

Setiap tahap dalam pembentukan hujan disampaikan dalam Al-Qur'an. Lebih-lebih lagi, tahap-tahap tersebut dijelaskan dalam runtutan yang benar. Seperti halnya fenomena alam lain di dunia, lagi-lagi Al-Qur'an lah yang memberikan maklumat yang paling tepat tentang fenomena ini.

Selain itu, Al-Qur'an telah memberitahu fakta-fakta ini kepada manusia berabad-abad sebelum sains sanggup mendedahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.