Surah Al-Fatihah Dan Keajaiban Angka Tujuh
Apa rahsia yang ada diseebalik penamaan surah al-Fatihah? dengan nama as-Sab'ul Matsani (tujuh
ayat yang dibaca berulang-ulang)? Pembahasan berikut ini akan menjelaskan kepada
anda sebahagian di antara keajaiban angka
tujuh yang terdapat dalam
surat al-Fatihah.
Allah Subhaanahu Wata'ala
berfirman,
"Dan sesungguhnya Kami telah
berikan kepadamu tujuh
ayat yang dibaca berulang -ulang dan Al Quran yang agung. " (al - Hijr :
87)
Rasulullah shallallahu ' alaihi
wasallam pernah bersabda,
"Alhamdulillahi rabbil ' alamin"
(Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam) (surah al-Fatihah) adalah as-Sab'ul
Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan al-Quran yang Agung yang
diberikan kepadaku." (Hadith Riyawat al-Bukhari)
Keajaiban Pertama
Jumlah ayat dalam surah al - Fatihah
ada tujuh ayat. Jumlah langit ada tujuh. Jumlah bumi ada tujuh. Jumlah hari
dalam seminggu ada tujuh hari. Jumlah pusingan yang dilakukan oleh seseorang
yang melakukan tawaf mengelilingi kaabah adalah tujuh pusingan. Sa'i
(berlari-lari kecil) antara Shafa dan Marwa dilakukan sebanyak tujuh kali. Melempar jumrah
dilakukan oleh orang yang sedang melaksanakan ibadah haji sebanyak tujuh kali.
Anggota badan yang diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam
untuk sentuh ke tanah (lantai) ketika sujud ada tujuh anggota badan. Jumlah
pintu jahannam ada tujuh buah. Kata "jahannam" disebutkan dalam al-Quran
sebanyak 77 kali ( 77 = 7x11).
Keajaiban ke Dua
Jumlah huruf hijahiyah yang ada dalam
surah al-Fatihah ada 21 huruf (21 = 7x3). Huruf tersebut adalah :
ا ب ت ح د ذ رس ص ض ط ع غ ق ك ل م ن و
ه ي
Keajaiban ke Tiga
Jumlah huruf yang terputus-putus yang
ada dalam al-Quran ada 14 huruf (14 = 7x2). Huruf-huruf itu termasuk dalam
huruf-huruf yang ada dalam surah al-Fatihah. Huruf-huruf tersebut
adalah:
ا ل م ن ه ك س ي ع ص ر ق ح
ط
Keajaiban ke Empat
Jumlah huruf dari kalimat الله iaitu ا
, ل , dan ه yang ada dalam surah al - Fatihah ada 49 huruf (49 =
7x7)
Keajaiban ke Lima
Huruf yang terputus-putus yang pertama
kali disebutkan dalam al-Quran adalah firman Allah الم yang merupakan ayat
pertama dalam surat al-Baqarah. Jika kita mengira jumlah ketiga huruf tersebut ( ا , ل , dan
م ) dalam surah al-Fatihah, akan kita dapati bahawa huruf ada 22 buah, huruf ل
ada 22 buah dan huruf م ada 15 buah. Apabila kita menggandingkan jumlah ketiga
huruf di atas maka akan terbentuk bilangan 222215 atau kalau kita membalik
susunannya akan terbentuk bilangan 152222 dan 221522. Dan ajaibnya, ketiga
bilangan tersebut merupakan kelipatan dari angka tujuh. ( 222215 = 7x31745 ,
152222 = 21746 , 221522 = 7x31646 )
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari
sumber jurnalhajiumroh.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.