Ni lah Qol3ah Ajlon berteke teki lah ye ni bahagian depan ke belakang . 
Kami lepas je selesai ngintai2 Qol3ah Jerash yg penuh dgn tiang tu . Huh ! Penat tgk tiang je !..
Dan dari Jerash tu trus je menuju ke Ajlon sekitar sebelom zuhur gtu lah. Dalam Jam 11.00 kut, Dikeranakan kenderaan yg kami guna ni kul 3.00 mesti dh terpacak di depan mat3am. Jd nye terkejar-kejar kecil la. Yg paling penting Allhmdllh sampai jugak lah kami di Ajlon tu,ingatkan terkejar-kejar tu boleh jadi ke arah kelam kabut,hasilnye tenang parah ! Hihi..
Qol3ah Ajloun.
Di sebelah utara timur Jarash terdapat satu negeri yang di beri name Ajloun yang dikatakan sangat cantik/indah. Indah tu mungkin dulu2 je kot, kalau ape yg aku tengok sendiri xdelah seindah yg dikate kan tu, xpon mungkin mate aku rabun kut x pandai nak menilai indah tu cm mane, tu kemungkinan jelah hihi…balik pada Ajlon !
Ajlon ianya merupakan salah sebuah tempat sejarah Islam yang terdapat di Jordan. Disekeliling jalan menuju ke Bandar Ajloun banyak terdapat pokok-pokok tin dan zaitun yang menjadi kebanggaan rakyat setempat dengan kehijauan dan kesuburan tanahnya. Ajloun ni jugak dikatakan hutan simpanan nagara Jordan. Kalau di rezekikan korang sampai di Ajlon ni, kite akan nampak tanam-tanaman yg subur di lereng2 bukit,memang dlm sejarah mengatakan di kawasan Qola3ah Ajlon tu tanah nye subur, antare kelebihan Qola3ah Ajlon ini lah..
Castle atau kubu atau nama arabnya di panggil Qala’ah.
Kubu atau Qala’ah Ajloun sangat terkenal dikalangan kaum Rom,byzantine dan Islam suatu ketika dulu.. Qala’ah ni dibina pada qurun 12m, dan yang membinanya ialah Izzuddin Usamah lupe pulak ape nme penuh die, dia sepupu kepada Salahuddin Al Ayyubi. Qala’ah Ajlon ni merupakan benteng utama bagi laluan di Negara-negara arab timur tengah pada zaman dulu. seni bina yang unik dan melambangkan ciri-ciri Islam. Dan Qala’ah ni,dijaga oleh orang-orang Islam.kini ia nya menjadi salah satu tempat pelancongan di Negara jorden.
Ade Kisah lain !
Kubu ini ia nya dianggap sebagai salah satu daripada beberapa kubu yang dibina untuk melindungi negara daripada serangan Crusader dari Karak di selatan dan Bisan di barat, kubu ini dikawal tiga laluan utama yang membawa kepada nya ( Wadi Kufranjah , Wadi Rajeb dan Wadi al- Yabes ), dan ianya dilindungi laluan komunikasi antara selatan Jordan dan Syria. Ia dibina untuk mengawal kemajuan Kingdom Latin Transjordan dan juga sebagai membantah kepada istana Belvoir yang terletak beberapa batu selatan tasik Tiberias. Satu lagi objektif utama kubu adalah untuk melindungi pembangunan dan kawalan lombong besi Ajlun .
Teras istana asal mempunyai empat menara sudut. Belahan Arrow digabungkan dalam dinding tebal dan ia dikelilingi oleh lekuk purata 16 meter ( kira-kira 52 kaki gtu lah kut ) lebarnya dan 12-15 meter (kira-kira 39-49 kaki) secara mendalam.
Dan Selepas kematian Usama , Istana itu telah diperbesarkan dan dikemaskan oleh Aibak ibn Abdullah, dia Gabenor Mamluk pde masa tu. Beliau menambahkan menara baru di sudut tenggara dan membina pintu gerbang kubu itu.
Istana yang hilang kepentingan ketenteraan selepas kejatuhan Karak kepada Salahuddin Al Ayyubi. Pada pertengahan abad ke-13, istana itu telah mengakui untuk Yousef ibn Ayoub, Raja Aleppo dan Damsyik , yang dipulihkan menara timur laut dan digunakan istana sebagai pusat pentadbiran.
Ni lah serba sedikit info untuk Qol3ah Ajlon. atau nk tahu lebih info tentang Qol3ah ni, blh la tonton TVikhwan nnt ye dalam Kembara Ikhwan siri 6..





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.