Pages

Rabu, 29 Januari 2014

Qolaah Balad






Dulu Amman terbangun diatas 7 anak bukit, dan sekarang ianya terbagi pada 19 anak bukit. Dan diantaranya: Jabal Amman, Jabal Qala’ah, Jabal Taj, Jabal Qusur, Jabal Husain, Jabal Marikh dan ada la yang lain-lain. lupa2 ingat pulak, pasni boleh rujuk en Hafiz .. ;)

Salah satu anak bukit di Amman ialah Jabal Qala’ah. Yang mana ade kesan-kesan peninggalan tiang-tiang dizaman Berunzi, dan ia bersambung kepada Nabatian, Rome, Bazentin dan Zaman Arabiah Islamiah.
Diatas bukit ini terdapat kesan tempat penyembahan Hercules, dan kesan istana Usmaniah yang kembali pada zamannya pada tahun 720M. Dan dibawah kaki bukit ini, terdapat Rom Theater yang boleh memuatkan 6000 orang , ianya masih dijaga dengan baik oleh kerajaan Jordan. Alhmdllh nmpk la terjage tu..kalau nk tau terjaga die tu cm mana, mai la kesini. hihi..
Daripada Rom Theater kita boleh berjalan melalui jalan utama Bandar Amman ( King Talal’s Street), menuju ke Masjid Al-Husaini. Masjid ni btul2 di tgh2 bandar Amman, Masjid ini dibina pada zaman pemerintahan Sayidina Omar Bin Khattab ketika mana pembukaan Negara Syam oleh Saidina Abu Ubaidah, dan ade la kesan ukiran dizaman Uthmani yang di perbaharui pada tahun 1924M, diatas arahan Raja Abdullah bin Hussin yang pertama,iaitu pengasas Negara Jordan. Di atas masjid ini ditinggalkan beberapa kesan seni bina oleh Khalifah Omar bin Khattab r.a. pada tahun 640M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.