Pages

Jumaat, 31 Januari 2014

Usuludin ertinya pokok agama.

Usuludin ertinya: pokok agama.
Ilmu usuludin ertinya: Ilmu pokok-pokok agama.

Didalam ilmu usuludin dibicarakan soal-soal I'tiqad yang menjadi pokok bagi agama, iaitu:
a.    Kepercayaan (i'tiqad) yang bertalian dengan Ketuhanan (Illahiyat).
b.    Kepercayaan yang bertalian dengan Kenabian (Nubuwaat).
c.    Kepercayaan yang bertalian dengan soal-soal yang Ghaib.
d.    Dan lain-lain soal kepercayaan.

Ilmu usuludin kadang-kadang dinamakan ilmu kalam, yakni kalam Tuhan kerana didalam ilmu ini banyak dibicarakan sifaf-sifat Tuhan, diantaranya sifat kala (berkata).

Ulama-ulama dan ahli-ahli ilmu kalam dinamakan mutakallimun atau mutakallimin.
Ada juga orang menamakan ilmu ini dengan ilmu tauhid , yakni ilmu ke-Esaan Tuhan kerana yang banyak dibicarakan dalam ilmu ini ialah tentang ke-Esaan Tuhan.

Ada juga yang menamainya dnegan ilmu 'Aqaid, yakni ilmu I'tiqad kerana yang banyak dibicarakan dalam ilmu ini ialah soal-soal I'tiqad (kepercayaan).

Di Indonesia ada orang-orang menamainya dengan ilmu sifat dua puluh, kerana didalam ilmu ini dibicarakan 20 sifat yang wajib (mesti ada) bagi Tuhan.

Pendeknya perkataan-perkataan ilmu usulidin, ilmu kalam, ilmu tauhid, ilmu 'aqaid, ilmu sifat dua puluh, sama artinya, yaitu ilmu yang didalamnya membicarakan soal-soal I'tiqad (kepercayaan tentang ketuhanan, kenabian, keakhiratan).

Kalau kita bercakap tentang usul (pokok) sudah tentu ada yang furu '(cabang).

Dalam istilah keagamaan, furu '(syari'at) bererti soal-soal ibadat yang dikerjakan setiap hari, umpamanya solat, puasa, zakat , haji, nikah, jual beli dan lain-lain.

Kesimpulannya dapat ditegaskan bahawa usulidin ialah I'tiqad-I'tiqad, dan furu 'syari'at ialah ibadah-ibadah yang lahir.

Sumber:
KH. Siradjuddin Abbas "I'tiqad Ahlussunnah Wal  Jamaah"; pustaka tarbiyah cetakan 15
Usuludin ertinya: pokok agama. Ilmu usuludin ertinya: Ilmu pokok-pokok agama. Didalam ilmu usuludin dibicarakan soal-soal I'tiqad yang menjadi pokok bagi agama, iaitu: 
a. Kepercayaan (i'tiqad) yang bertalian dengan Ketuhanan (Illahiyat). 
b. Kepercayaan yang bertalian dengan Kenabian (Nubuwaat). 
c. Kepercayaan yang bertalian dengan soal-soal yang Ghaib. 
d. Dan lain-lain soal kepercayaan. 
Ilmu usuludin kadang-kadang dinamakan ilmu kalam, yakni kalam Tuhan kerana didalam ilmu ini banyak dibicarakan sifaf-sifat Tuhan, diantaranya sifat kala (berkata). Ulama-ulama dan ahli-ahli ilmu kalam dinamakan mutakallimun atau mutakallimin. Ada juga orang menamakan ilmu ini dengan ilmu tauhid , yakni ilmu ke-Esaan Tuhan kerana yang banyak dibicarakan dalam ilmu ini ialah tentang ke-Esaan Tuhan. 

Ada juga yang menamainya dnegan ilmu 'Aqaid, yakni ilmu I'tiqad kerana yang banyak dibicarakan dalam ilmu ini ialah soal-soal I'tiqad (kepercayaan). Di Indonesia ada orang-orang menamainya dengan ilmu sifat dua puluh, kerana didalam ilmu ini dibicarakan 20 sifat yang wajib (mesti ada) bagi Tuhan. 

Pendeknya perkataan-perkataan ilmu usulidin, ilmu kalam, ilmu tauhid, ilmu 'aqaid, ilmu sifat dua puluh, sama artinya, yaitu ilmu yang didalamnya membicarakan soal-soal I'tiqad (kepercayaan tentang ketuhanan, kenabian, keakhiratan). Kalau kita bercakap tentang usul (pokok) sudah tentu ada yang furu '(cabang). 

Dalam istilah keagamaan, furu '(syari'at) bererti soal-soal ibadat yang dikerjakan setiap hari, umpamanya solat, puasa, zakat , haji, nikah, jual beli dan lain-lain. Kesimpulannya dapat ditegaskan bahawa usulidin ialah I'tiqad-I'tiqad, dan furu 'syari'at ialah ibadah-ibadah yang lahir. Sumber: KH. Siradjuddin Abbas "I'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah"; pustaka tarbiyah cetakan 15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.