Pages

Rabu, 26 Februari 2014

Janganlah Bersandar Kepada Amal

Janganlah Bersandar Kepada Amal

Sungguh....

kita selalu tidak mempunyai perasaan malu mengaku sesuatu yang bukan haq kita...
Kerana setiap daya dan kekuatan hatta untuk beribadah, hakikatnya dari Allah swt jua..
Bahkan rohani yang mengingat Allah swt itu jua rahmat dari-Nya...bukan atas qudrat kita...
rohani itu juga merupakan urusan Allah swt...

...Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja... (maksud surah Al-Isra' ayat 85)

Oleh yg demikian, janganlah bergantung kepada amal...tetapi bergantunglah kepada Allah...agar dihindarkan Allah dari ria', ujub dan takbur...

kerana Allah swt tempat semuanya bergantung..
Setiap perintah amal ibadah serta larangan-Nya tetap perlu kita taati...

Rasulullah saw sendiri yang ketika hidupnya sudah dijamin syurga oleh Allah swt namun baginda tetap patuh dan istiqamah menunaikan perintah Allah swt...
Bagaimana pula keadaannya bagi kita yang lemah, jahil dan hina... ?

Andai ganjaran pahala, syurga, keistimewaan dan kedudukan yang dikejar Rasulullah saw, nescaya baginda sudah mengurangkan amal ibadahnya pada saat baginda mengetahui bahawa Allah swt telah menjamin tempatnya di syurga....

Namun baginda tetap tekun dan tidak sedikitpun mengurangi ibadahnya.. 
Nyatalah, sesungguhnya bukan ganjaran pahala, syurga, keistimewaan dan kedudukan yang menjadi matlamat Rasulullah saw dalam beribadah....

Maka, janganlah kita tersilap langkah bermatlamatkan ganjaran dalam beribadah...
ikhlaskanlah ibadah kita dalam penyaksian tauhid akan Alllah swt...

Bukan amal yang memasukkan seseorang ke syurga Allah...
Tetapi masuknya seseorang ke syurga Allah swt adalah dengan rahmat-Nya jua...
bukahkah Allah swt itu maha adil dan maha mengetahui?
tetapkanlah keyakinan kita...

wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.