Pages

Khamis, 27 Februari 2014

Bangkitkanlah dan sedarkanlah ruhmu




bangkitkanlah dan sedarkanlah ruhmu...
bermakna matikan dirimu seblum kamu mati.....
diri zahir adalah kubur diri hakikimu
ad dunia pula penjara bagi diri sejatimu

diri jasadmu, nafsu rendahmu, tuntutan2 keduniaan
adalah hijab, dinding pemisah yang menghalangmu 
mendekati Dia Sang Kekasih, al Haqq, al Wajibul Wujud
ingatlah dari mana asalmu, apa unsur diri sejatimu

kembalilah, kembalilah...ingatlah kembali
akan sumpah janji, ketahui amanah yang ruhmu sanggupi
berjalanlah di pentas dunia melakunkan watakmu
dalam tunduk, tawaddhu', taat, ikhlas, redha....

sehari di kehidupan akhirat adalah seribu tahun hayat dunia
jangan dipersia2kan anugerah kehidupan ini
pohanlah taufiq hidayah dariNya, carilah kebenaran 
agar terbit keCintaan penuh kerinduan di hatimu

andai masih tersimpan di sanubarimu sekelumit hasrat
untuk memiliki nikmat dunia, harta mahupun tahta
malulah kerana semua yang ada tetap milikNya jua
rezekimu jua sudah tertulis dalam ketetapanNya

belumkah puas lagi hatimu mengingin dan berkhayal
memiliki dunia seolah-olah ia bernilai dan berharga
sedang di sisi Sang Khaliq dunia lebih rendah dan hina
dari bangkai kambing cacat atau sebelah sayap nyamuk

belumkah kau mengerti bahawa yang diseru adalah
agar kau berusaha mencari anugerah dan redhaNya
tetapi bukanlah ia ada di alam yang akan binasa ini
ia tersedia di kehidupan sebenar, yang kekal lagi abadi

tulisanku adalah untuk diriku jua
agar hidup dzikrullah dan tafakur di hati
biar jangan pernah tertipu dengan kepalsuan
biarlah sentiasa merasa cukup dengan Allah rabbul 'Izzati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.