Pages

Khamis, 6 Februari 2014

Pada saat roh orang2 mukmin di cabut


Pada saat roh orang2 mukmin di cabut, maka Jibril as memaparkan sayapnya yang kanan sehingga ia dapat melihat tempatnya di syurga serta merindukannya dan terus memerhatikannya dan tidak mengalih pandangannya walaupun ayahnya,ibunya atau anak2nya oleh kerana rindunya kepada tempat itu.

Aoabila di cabut pula roh2 orang munafik,Jibril memaparkan sayap kirinya sehingga orang2 munafik itu dapat melihat tempatnya di neraka Jahanam dan terus memperhatikannya dan tidak dapat melihatnya yang lain walaupun ayahnya,ibunya dan anak2nya sendiri di sebabkan takutnya memikirkan tempat itu.

Oleh yang demikian, kadang2 kubur itu menjadi salah satu dari taman2 syurga dan kadang2 pula menjadi salah satu liang2 neraka.

Di riwayatkan pula bahawa : "Apabila roh itu telah meninggalkan badan maka ada seruan 3 kali dari langit :

1. Hai anak cucu Adam, engkau meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?

2. Engkau mengumpulkan dunia atau dunia mengumpulkan kamu?

3. Engkau membunuh dunia atau dunia membunuh kamu?

Apabila dia di letakkan di atas tempat memandikannya maka ada 4 kali seruan :

1. Hai cucu Adam, dimanakah badanmu yang sihat, apa yang membuat engkau lemah?

2. Di mana ucapanmu yang fasih dan apa yang menyebabkan engkau diam?

3. Dimanakah telingamu yang mendengar, apa yang menyebabkan engkau pekak?

4. Di manakah para kekasihmu yang berseri seri dan apa yang menyebabkan engkau kesunyian.

Apabila di letakkan dalam kafannya, maka ada seruan 3 kali dari langit :

1. Hai anak cucu Adam, keuntungan untukmu apabila engkau ditemani keredhaan Allah, dan celakalah engkau apabila di iringi dengan kemurkaan Allah.

2. Hai anak cucu Adam, untung untukmu apabila tempat tinggal mu syurga, dan celaka bagimu apabila tempat tinggalmu neraka.

3. Hai anak cucu Adam, Engkau menempuh perjalanan yang jauh tanpa bekal, engkau keluar dari rumahmu tanpa kembali lagi, serta engkau akan menghuni rumah yang penuh dengan ketakutan(kubur).

Apabila diangkat ke atas pengusung maka ada 3 kali seruan dari langit :

1. Hai anak cucu Adam,
beruntunglah untukmu apabila amal perbuatanmu itu baik.

2. Beruntunglah sekiranya engkau telah bertaubat.

3. Beruntunglah engkau, kalau engkau telah berlaku taat kepada Allah.

Apabila dia di lepakkan untuk di sembahyangkan maka ada seruan dari langit sebanyak 3 kali :

1. Hai anak cucu Adam, semua amalmu, sekarang ini engkau akan melihatnya.

2. Apabila amalanmua baik, maka engkau melihatnya baik pula.

3. Apabila amalanmu jahat, jahatlah kamu lihat.

Apabila mayat di letakkan di tebiing kubur, maka ada seruan 3 kali dari langit :

1. Hai anak cucu Adam, alat keramaian apakah yang engkau bawa sebagai bekal, untuk tempat yang kosong dan sunyi.

2. Kekayaan apakah yang engkau bawa untuk tempat yang gelap.

3. Penerangan apakah yang engkau bawa untuk tempat yang gelap ini.

Apabila dia di letakkan di liang lahad, maka ada seruan 3 kali :

1. Hai anak cucu Adam, engkau diluar tertawa dan engkau sekarang menangis di liang lahad.

2. Engkau di luar bergembira ,engkau menjadi susah di dalam ku.

3. Engkau diluar berbicara dan engkau menjadi diam di dalam ku.

Apabila orang2 telah kembali meninggalkannya, maka seperti Allah berfirman :
Bermaksud;
"Hai hambaku, engkau sekarang seorang diri dan mereka telah meninggalkanmu, didalam kegelapan kubur, dan engkau telah menderhakai Aku hanya untuk keprluan mereka. Sekarang Aku berbelas kasihan padamu yang menjadi orang-orang sama kagum(apabila mereka mengetahui)
dan Aku lebih kasih sayang daripada seorang ibu bapa kepada anaknya."
(Daqa' qul Akhbar)

Wallahualam...
cukuplah untuk renungan diri saya dan sesiapa daripada rakan2 yang sudi membaca....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.