Pages

Jumaat, 28 Mac 2014

Apakah erti, makna atau maksud Taqrud


Soal: Apakah erti, makna atau maksud Taqrud
Jawab: Erti,makna atau maksud Taqrud itu, adalah menentukan anggota yang mana sunat dan anggota mana yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat.



Sebelum kita menunaikan fardhu sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita tentukan dengan faham dan tentukan dengan mengerti bahawa di dalam bersolat itu, mana satu anggota yang wajib dan mana satu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa Allah di dalam bersolat. Sebelum mengerjakan ibadah solat, hendaklah terlebih dahulu kita tentukan anggota yang mana satu yang sunnat dan anggota mana satu yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah.



Cuba tuan-tuan tanya dan soal diri tuan-tuan sendiri, selama hidup dan selama mengerjakan fardhu sembahyang (solat), apakah sudah kita hitung, sudahkah kita jumlah atau sudahkah kita kira, manakah anggota yang wajib dan manakah anggota yang sunat?. Sebab apa kita perlu tahu yang mana anggota sunat dan yang mana anggota wajib?. 


Sebab perlunya untuk kita megentahui yang mana satu anggota wajib dan yang mana satu anggota sunat itu, supaya kita boleh tentukan agar yang wajib itu, tidak sekali-kali ketinggalan atau tidak sekali-kali kita meninggalkan anggota yang wajib untuk berjumpa Allah Taala. Tujuannya juga adalah supaya kita sedar, supaya kita tahu dan supaya kita tidak keliru untuk tidak meningglkan yang wajib. Jika sekiranya kita tidak tahu perkara sunat, sudah barang tentu kita tidak sekali-kali akan tahu perkara wajib, Jika sekiranya kita tidak tahu perkara wajib, maka sudah barang tentu tentu, kita tidak akan tahu perkara sunat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.