Pages

Jumaat, 28 Mac 2014

Apakah erti, maksud atau makna Qosad?


Soal: Apakah erti, maksud atau makna Qosad?
Jawab: Kosad itu, adalah bererti, bermaksud dan bermakna “Menyatakan Niat”.
Soal: Apakah itu yang dikatakan niat?



Jawab: Niat itu, adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Sebenar-benar qosad dan sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak terlafas melalui mulut dan tidak ternyata melalui tasdek hati (membenarkan dengan hati). Sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara (bukan dari bibir mulut dan bukan dari hati).



Adapun niat yang dinyatakan melalui ucapan kedua bibir mulut itu, menurut pandangan melalui sudut ilmu makrifat, ianya tidak dikatakan niat. Suara yang terbit (yang keluar) dari kedua bibir mulut, yang dikatakan niat itu, adalah dikatakan lafaz niat dan bukannya niat. Yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah lafaz niat dan bukannya niat.



Ilmu feqah menyatakan bahawa suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengan hati itu, adalah niat. Adapun menurut pandangan dari sudut ilmu makrifat, suara atau tasdek (membenar) dengan hati itu, masih belum dikatakan niat. Suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan dibenarkan dengan hati itu, masih belum dikatakan niat.



Sekadar melafaskan niat untuk memberi tahu Allah yang kita hendak sembahyang, seumpama “ sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala”, menurut sudut pandang ilmu makrifat, itu belum dikatakan niat, itu adalah dikatakan “lafaz niat”. Jika kita melafazkan niat dengan berkata “sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala” itu, lafaz yang keluar dari kedua bibir mulut itu, sekadar untuk memberi tahu kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, jika niat itu adalah bertujuan untuk memberi tahu Allah atau bertujuan untuk memperkhabarkan kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, adapun sebelum kita berdiri solat itu, sesungguhnya Allah sudah tahu yang kita itu hendak sembahyang maghrib.



Tanpa diberi tahu atau tanpa diperkhabarkan kepada Allahpun, Allah sudah tahu yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat. Malahan sebelum kita buka pintu rumah atau sebelum kita turun dari tangga rumahpun, Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum yang kita itu hendak sembahyang maghrib. Bilamana kita melafazkan niat dengan bibir mulut itu, seoalah-olah kita hendak memberi tahu Allah. Persoalannya di sini, apakah Allah itu tidak tahu yang kita hendak sembahyang maghrib, sehingga kena lapor, kena bagi tahu dan kena diperingati?. Jika kita tdak bagi tahu, apakah Allah tidak tahu?. Malahan sebelum kita lahir keduania ini, sesungguhnya Allah itu sudah tahu dan sudah sedia maklum yang kita itu hendak bersembahyang maghrin pada sekian hari, sekian masa dan sekian rakaat (sebelum kita lahir kedunia lagi).



Allah telah berfirman: “Allah buat kamu dan apa-apa kamu perbuat”.

Sebelum kita lahir kedunia lagi, Allah sudah tahu apa yang akan kita buat setiap saat, setip detik, setiap jam dan setiap hari. Tidak perlu kita memperingatkan Allah pada setiap kali kita hendak bersolat. Sebelum kita berniat untuk berkahwin, sebelumnya Allah sudah tahu sebelumnya. Kita masih kanak-kanak seusia 10 tahun, yang belum ada cita-cita untuk berkahwin, sesungguhnya Allah sudah tahu, kita hendak kawin dengan siapa dan bila tarikh kita kahwin, hari kahwin, saat kahwin dan berkahwin dengan siapa, Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum, biarpun kita semasa itu masih belum melafaz niat. Begitu juga dengnan perkara bersolat, Allah sudah tahu yang kita itu, akan bersolat apa, di mana dan berapa rakaat, itu semua dalam ilmu Allah yang tidak payah diperingati, seolah-olah Allah tidak tahu sembayang apa yang hendak kita kerjakan.Oleh itu, apakah dan dimanakah yang dikatakan sebenar-benar niat?.


Ingat, ingat dan ingat pesanku bahawa “niat dengan lafaz niat” itu, adalah suatu perkara yang berbeda. Lafaz niat itu, adalah yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengnan hati. Adapun yang dikatakan sebenar-benar niat itu, adalah sesutu perkara yang tidak berhuruf dan sesuatu yang tidak bersuara (tidak ada bunyi dan tidak ada terlafaz dengan suara, mahupun dengan hati).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.