Kerosakan yang berlaku pada umat kini memerlukan kita mengimbas kembali sejarah silam. Umat sebelum ini pernah tertipu dan terpesong. Kaedah serangan fizikal dan akidah pernah berlaku. Cuma kita tidak mengkaji dan mengambil pelajaran darinya.
Kelalaian itu telah membuatkan kita menerima nasib yang sama sekali lagi. Islam yang dahulunya tegak berdiri kini rebah menyembah bumi.
Lihatlah sendiri mengapa Allah yang menjadikan syaitan ini berkata begini. Syaitan itu sengaja Allah ciptakan sebagai makhluk untuk menguji kita. Itu tugas yang Allah tetapkan untuk Syaitan yang asalnya malaikat juga. Jika syaitan tidak menguji dan menghasut kita, maknanya dia ingkar perintah tuhannya.
Lihat lah akhirnya SYAITAN SENDIRI MENGAKU IA TAKUT KEPADA ALLAH. Wajarkah kita tertipu???
59. Al Hasyr
14. Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti.
15. seperti orang-orang Yahudi yang belum lama sebelum mereka telah merasai akibat buruk dari perbuatan mereka, dan bagi mereka azab yang pedih.
16. seperti syaitan ketika dia berkata kepada manusia: "Kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, karena sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta Alam."
Tidur itu adalah 'mati' yang sementara,
Mati itu 'tidur' yang kekal selamanya.
Muhasabahlah diri sebelum tidur. Semuga kita dapat bangkit semula untuk mensyukuri hayat yang Allah izinkan buat kita melihat dunia yang penuh dugaan syaitan ini.
Selamat beradu bagi yang sudah selesai muhasabah diri hari ini.
KUDAP PAGI
SABTU 22 MAC 2014
Kredit buat Oh Media untuk gambar hiasan yang diguna.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.