Pages

Rabu, 19 Mac 2014

Kefahaman Mengenai Peyaksian Atau Kesaksian Semasa Bersyahadah Dua Kalimah Syahadah, Mengikut Suluhan Ilmu Makrifat

Kefahaman Mengenai Peyaksian Atau Kesaksian Semasa Bersyahadah Dua Kalimah Syahadah, Mengikut Suluhan Ilmu Makrifat
Bagi mereka-mereka yang sudah mengenal diri dan mengenal Allah, tidak ada lagi perkara saksi, perkara bersaksi atau perkara menyaksi.
Diri kita, adalah sifat yang bersifat dengan sifat lebur, sifat binasa dan sifat tidak ada!. Bilamana segalanya sudah lebur, sudah binasa dan sudah fana, apakah lagi yang tersisa atau terbaki pada kita?. Setelah tidak ada lagi yang tersisa, tidak ada yang berbaki dan tidak ada yang tertingggal, apa lagi dan siapa lagi yang hendak meyaksi atau bersaksi?.
Sebagai makhluk, kita adalah bersifat dengan sifat binasa. Setelah binasa segala sifat makhluk, mana adanya lagi kita?. Setelah diri kita semuanya tidak ada, siapa lagi yang hendak meyaksi dan siapa lagi yang hendak bersaksi?. Cuba jawab?……………….
Setelah kita tidak ada dan setelah sifat kita binasa, siapa lagi yang hendak menjadi saksi?. Seandainya tidak ada saksi, mana mungkin untuk menyaksikan kesaksian!. Saksi itu roh dan yang bersaksi itu tubuh badan (bibir mulut), manakala yang menyaksikan kesaksian kita itu, adalah Allah s.w.t. Setelah roh dan setelah segala anggta tubuh badan kita telah selamat kita kembalikan kepangkuan Allah (mati sebelum mati), apa lagi yang hendak Allah tageh dari kita dan apa lagi yang hendak Allah tuntut atas kita?.
Cuba jawab pertanyaan saya, setelah segalanya (jiwa dan raga) telah tidak ada (semua telah kembali menjadi milik Allah). Apakah lagi yang hendak Allah tuntut?…………………………………
Seandainya sifat tubuh badan dan roh kita binasa, kemana lagi hendak kita hadapkan penyaksian kita?.  Itulah makanya bagi mereka yang sudah sampai kepada tahap makrifat, tidak ada lagi yang menjadi saksi, tidak ada lagi yang bersaksi dan tidak ada lagi yang menyaksi!…………………………..
Melainkan yang ditilik itu, adalah juga yang menilik, yang dililhat itu, adalah yang yang melihat, yang dipanggil itu, adalah juga yang memanggil dan ya meyembah itu adalah juga yang disembah!……………………..
Seumpama sifat garam sudah kembali pulang kedalam sifat masin. Tidak ada lagi sifat garam melainkan segala-galanya masin belaka!. Setelah segala-galanya masin, maka hilanglah ketulan garam dan leburlah sifat garam kedalam masin!. Setelah hilangnya garam dan setelah segalanya masin, siapa lagi yang hendak menyaksi siapa?. Cuba jawab?………………………..
Inilah yang dikatakan tangga atau martabat pelajaran ilmu makrifat!. Bicara ilmu makrifat ini, nampaknya seperti kasar, biadap atau bahasa yang tidak bersopan, tetapi inilah kenyataan dan inilah sebenarnya ilmu makrifat dan inilah cara kita bersyahadah yang sebenar-benar syahadah!. Selagi tidak binasa, tidaklah ia bersyahadah, melainkan sekadar angan-angan atau melainkan hanya sekadar hayalan atau mainan akal atau dalam bahasa orang sekarang menyebut dengan perkataan “syok sendiri”.
Bersaksi itu, bilamana ada dua sifat wujud. Iaitu bilamana wujud aku dan wujud Dia!. Setelah wujud diri yang bersifat majazi itu lebur, mana ada lagi wujud yang lain selain wujud hakiki (iaituAllah s.w.t)!. Maka yang lain akan dengan sendirinya menjadi lebur musnah, bilamana penglihatan mata hati terpandang akan wujudnya Allah s.w.t!.
Erti wujud itu, bermaksud ada. Sifat ada itu, adalah hanya bagi Allah s.w.t. Makhluk itu, adalah bersifat dengan sifat binasa!.  Setelah makhluk bersifat binasa, mana ada lagi wujudnya makhluk. Setelah tidak wujudnya makhluk, di situlah baru timbulnya sebenar-benar yang dikatakan Allah s.w.t itu wujud dengan sendiri. Tidak berkongsi wujudnya Allah s.w.t itu, dengan wujud yang lain selain dari Dia.
Bilamana sampainya kita kepada tahap itu, barulah boleh dikatakan bahawa saksi itu Dia, yang bersaksi itu Dia dan yang menyaksi pun Dia. Dialah seDia-Dianya. Allahlah seAllah-Allahnya Allah!. Tidak adalah yang wujud, yang ujud dan yang maujud di alam ini, selain Allah. Allah itulah Allah, Allah, Allah……………..
Inilah syahadah yang sebenar-benar syahadah, pengakuan yang sebenar-benar pengakuan dan tauhid yang sebenar-benar tauhid!. Pengakuan yang bukan sahaja putus setakat di bibir mulut, tetapi pengakuan yang beserta dengan tasdik hati yang ikhlas, jujur dan benar!.  Yang boleh dikatakan tasdik hati (pengakuan hati) yang ikhlas, benar dan jujur itu, adalah setelah kita campakkan garam ke dalam sifat masin. Campakkan diri kedalam lautan fana’ dan baqa’ Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.