Pages

Rabu, 19 Mac 2014

Syahadah syariaat, torikat, hakikat dan makrifat

Soal: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang Feqah (syariaat) atau syahadah orang awam?
Jawab: Orang syariaat menyebut kalimah syahadah “aku bersaksi atau aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah”. Pada peringkat permulaan (peringkat syariaat), sebagaimana dinyatakan didalam kitab pertama  ( Kitab Mengenal Makrifat), pengarang telah meletakkan adanya   perkara bersaksi,  saksi dan meyaksikan. Iaitu roh itu bersaksi, Allah itu saksi dan tubuh badan sebagai meyaksi.

Soal: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang torikat?
Jawab: Adapun syahadah peringkat orang hakikat bilamana melafaz perkataan syahadah itu, adalah lafazan yang disertai dengan “mengetahui”. Bukan syahadah yang berpaksi kepada ikar mulut, bukan berpaksi kepada bersaksi, bukan berpaksi kepada meyaksi dan tidak berpaksi kepada disaksikan!, tetapi berpaksi kepada mengetahui!.
Bilamana tingkatan ilmu sudah sampai kepada tangga hakikat, sudah tentu lafaz syahadah kita memberi pengertian yang lebih tinggi, berbanding tahao syariaat. Orang syariaat berpaksi kepada “suara atau kepada bunyi”, manakala orang torikat melafas kalimah syahadah pula, adalah berpaksi kepada “megetahui”, aku mengetahui bahawa Allah itu, adalah Allah”.

Soal: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang hakikat dan makrifat?
 Tidak perlu kepada bersaksi, saksi dan tidak perlu lagi kepada peyaksian!. Tidak perlu lagi kepada apa-apa. Tidak perlu kepada perkara suara dan tidak perlu kepada perkara mengetahui. Syahadah makam orang hakikat dan orang makrifat itu, bukan lagi berhajat kepada niat “aku naik saksi” bahawa tiada Tuhan lain selain Allah tetapi lebih berhajat kepada “aku mengetahui” bahawa Allah itu, adalah Allah!.
Orang hakikat atau orang makrifat itu, makam syahadahnya bukan lagi duduk pada sebutan mulut atau niat hati tetapi duduk kepada daripada Allah kepada Allah sendiri. Syahadahnya mereka-mereka yang mengenal Allah itu, adalah syahadah yang disertai dengan perkara “rasa”. Mereka-mereka yang mengenal Allah (makrifatllah) itu, tidak lagi perlu saksi, bersaksi atau meyaksi lagi. Bagi mereka-mereka yang sudah tamat dan sudah khatam dalam bidang ilmu makrifat itu, tidak ada lagi berdalil dengan mulut, suara, saksi, bersaksi atau meyaksikan!.
Cukuplah Allah itu, adalah Allah. Allah bagi orang makrifat itu, teramat jelas, terang dan teramat nyata, yang tidak perlu lagi berdalil dengan yang lain selain Allah!. Apa yang hendak saksi meyaksikan lagi, bukankah Allah itu nyata!. Setelah nyatanya Allah itu senyata-nyatanya, apakah masih masih memerlukan kepada saksi dan yang memerlukan kepada peyaksian  lain?.
Mereka-merea yang belum nyata Allah sahaja, yang masih lagi nak diadakan dalil–dalil lain, yang masih nak disaksi atau yang terpaksa dibenar, terpaksa disah atau terpaksa diiakan oleh orang lain. Apakah tidak cukupkah Allah yang membenarkan ucapan kita?. Terjemahan sebenar kalimah La Ila haillah” itu, adalah bermaksud “Aku mengetahui  tiada lain melainkan hanya Allah”. Jika tidak kita faham dan tidak kita ketahui  makna di sebalik maksud, seberapa banyak sekalipun kita menyebut perkataan bersaksi atau  kita menyebut perkataan naik saksi, tidak bermakna kita sudah bersyahadah!. Lafaz syahadah kita itu, hanyalah sekadar lafaz di bibir yang berangan-angan atau khayalan akal semata-mata!.
Lafaz syahadah dalam keadaan tidak mengetahui, adalah lafaz yang tidak terlafaz atau ucap yang tidak terucap. Syahadah dari bibir mereka-mereka yang dalam berkeadaan hilang ingatan, hilang akal, khayal atau dalam berkeadaan mabuk. Lafaz syahadah dari bibir orang  yang “tidak megetahui” itu, seumpama  garam yang tiada masin!. Lafaz yang tidak diterima Allah s.w.t!.
Maksud atau makna perkataan “mengetahui” itu, adalah merujuk kepada “mengenal”. Sekiranya kita tidak mengenal Allah s.w.t, apa kesaksian yang hendak kita persaksikan atau yang hendak kita  persembahkan kepada Allah s.w.t?. Cuba anda jawab pertanyaan saya?.
Setiap yang bersaksi, hendaklah terlebih dahulu mengenal antara satu sama lain. Sepatutnya yang bersaksi itu, mengenal dengan yang menyaksikannya!.  Sekiranya saksi tidak kenal kepada yang menyaksi dan yang menyaksi pula tidak mengenal kepada yang bersaksi, apakah ertinya bersyahadah?. Di antara mereka saling tidak kenal-mengenal di antara satu sama lain, apa yang hendak kita persaksikan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.