Pages

Jumaat, 28 Mac 2014

RUKUN DAN HUKUM SEMBAHYANG

RUKUN DAN HUKUM SEMBAHYANG


Selain dari rukun 13, sembahyang itu ada hukumnya. Hukum sembahyang itu ada 3 perkara, iaitu seperti berikut:-
1) Hukum Feekli
2) Hukum Kauli
3) Hukum Qolbi


Di sini tidak bertujuan untuk kita membicarakan soal rukun 13, kerana rata-rata diantara kita kebanyakannya sudah maklum dan sudah mengerti perkara rukun 13.. Mari kita guna ruangan yang terhad ini, untuk memberi lorongan kepada “hukum sembahyang” dalam tafsiran ilmu makrifat.
1) Hukum Feekli
Soal: Apakah maksud hukum feekli?

Jawab: Makna, maksud atau eri hukum feekli itu, adalah perkara “perbuatan” dalam solat. Persoalan perbuatan atau gerak geri dalam sembahyang itu, semua orang tahu dan semua orang mengerti untuk melakukannya. Seumpama berdiri, takbir, rukud, sujud dan sebagainya itu, adalah dikenali sebagai perbuatan sembahyang. Apa yang kita lakukan di ketika bersolat itu, itulah yang dikatakan hukum feekli atau perbuatan sembahyang. Perbuatan sembahyang itu, adalah suatu perbuatan atau pekerjaan gerak tubuh yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja, tidak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, oleh bangsa lain atau yang boleh dilakukan oleh agama-agama lain. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua diantara kita lulus dengan markah 100 persen.


2) Hukum Kauli

Soal: Apakah maksud, makna atau erti hukum kauli?

Jawab: Hukum kauli itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti bacaan. Iaitu bacaan surah-surah atau ayat-ayat suci Al-Quraan. Barang siapa yang hafal surah Al-Fatihah, sekalipun surah-surah lazim, ianya sudah memadai untuk dibuat sembahyang. Dihafal bacaan rukud, iktidal, sujud, antara dua sujud, tahayat dan salam, ianya sudah memadai untuk dibaca diketika dalam bersolat. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua diantara kita lulus dengan markah 100 persen.


3) Hukum Qalbi
Soal: Apakah maksud, erti dan makna hukum qalbi?.

Jawab: Hukum qalbi itu, adalah bererti, bermakna dan bermaksud bahawa solat itu bukan sahaja tertakluk kepada perbuatan dari anggota tubuh atau bacaan dari anggota bibir sahaja. Bersolat (bersembahyang) dengan hukum qalbi itu, adalah bersembahyang yang berserta dengan perbuatan batin dan bacaan batin. Berniat dengan batin (rohani), berdiri dengan batin (rohani), bertakbir dengan batin (rohani), rukuk dan sujud dengan batin (rohani).

Perbuatan zahir itu, hendaklah juga dengan perbuatan batin (perbuatan rohani). Persoalannya di sini, manakah yang dikatakan mulut rohani, tangan rohani dan manakah yang dikatakan kaki rohani?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.