Pages

Memaparkan catatan dengan label sembahyang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sembahyang. Papar semua catatan

Rabu, 22 Mac 2017

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Kredit: ohmymedia.tv

Isnin, 27 Februari 2017

KHUSU’ DAN LALAI DALAM SOLAT / SEMBAHYANG.

KHUSU’ DAN LALAI
DALAM SOLAT / SEMBAHYANG.

Allah mewajibkan kita sembahyang atau solah lima waktu sehari semalam. Yang menentukan waktu itu ialah Allah, dan Bilal telah diarahkan untuk melaungkan Azan bagi menandakan masuknya waktu itu, dengan seruan Hai Ya Alas-solah yang bermaksud Marilah Sembahyang, Marilah Sembahyang.

Allah juga mengajar kita menjawab seruan itu dengan ucapan yang disebut sebagai HAUQALAH yaitu LA HAULAWALA QUWWATA-ILLAH-BILLAH yang bermaksud TIADA DAYA UPAYA dan KEHENDAK ( kita sebagai manusia ) MELAINKAN DENGAN DAYA UPAYA dan KEHENDAK ALLAH. ( untuk mendirikan sembahyang itu )

DAYA UPAYA bagi Allah ialah SIFAT QUDRATNYA manakala KEHENDAK pula ialah SIFAT IRADATNYA. Bila anda menjawab seruan Bilal itu anda sebenarnya MENGAKUI dan BERIMAN bahawa anda sebenarnya tiada langsung mempunyai Daya Upaya dan Kehendak. Daya Upaya dan Kehendak ini adalah SIFAT Allah bukannya Sifat anda.

Pengakuan ini hendaklah anda teruskan dan akui ketika anda berwudhu’ hinggalah keakhir sembahyang yaitu ketika memberi salam.

Yang terbaik ialah itulah Amalan dan Tauhid anda sepanjang hidup anda yaitu mengakui Yang Berkuasa dan Berkehendak itu ialah Allah semata-mata. Anda TIADA Kehendak dan Daya Upaya.

Jika ini ( pengakuan tadi ) anda tidak lakukan ketika anda berwudhu dan ketika anda sembahyang, maka anda pasti akan mengalami gangguan berupa lintasan fikiran didalam sembahyang anda.

Untuk menjiwai perkara ini maka anda perlulah memahami akan perkara Daya Upaya dan Kehendak ini Maka cubalah fahamkan dengan membaca huraian huraian berkaitannya didalam Risalah Kecil ini.

Isnin, 30 Januari 2017

DI SEBALIK FARDU SEMBAHYANG

Rukun dan Hukum Sembahyang

DI SEBALIK FARDU SEMBAHYANG

Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang?

Tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Semua orang boleh dan semua orang tahu menunaikan atau mengerjakan rukun sembahyang (rukun 13) dengan taat.

Sayangnya, tidak ramai di kalangan kita yang tahu mengerjakan sembahyang. Perkara mengerjakan sembahyang dengan perkara mengerjakan rukun 13 sembahyang itu, adalah suatu perkara yang berbeza dan suatu perkara yang berlainan (sembahyang dengan rukun sembahyang itu berbeza).

Perkara sembahyang dan perkara rukun sembahyang, akan kita bicarakan pada tajuk di bawah nanti. Dalam bab ini, mari kita tumpukan perhatian kepada perkara, siapakah yang sebenar-benar bersolat?

Perlu diingatkan di sini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang?

Untuk menentukan siapakah yang bersolat, hendaklah kita mempelajari terlebih dahulu perkara seperti berikut:

1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat atau fardu sebelum fardu)

2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat atau fardu di dalam fardu)

3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat atau fardu sesudah fardu)

Sesudah kita benar-benar tahu akan ketiga-tiga perkara di atas, barulah boleh dikatakan yang kita ini benar-benar sembahyang.

Barang siapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran ilmu ini bersama saya.

Pelayaran melalui bahtera makrifat itu, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam.

Gelora fitnah di lautan ilmu makrifat ini, selalunya tidak pernah sepi. Namun, barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh mari kita sama-sama mengembara.

Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, terlebih dahulu saya ingin mengajukan beberapa persoalan kepada tuan-tuan, siapakah yang bersolat sebelum kita solat?

Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang?

Bolehkah solat kita itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?

Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan”?

Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan, sebelum tuan-tuan berdiri, siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang?

Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang? Cuba jawab dengan ikhlas, bolehkah kaki kita ini berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah S.W.T?

Bolehkah kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah S.W.T? Bolehkah kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah S.W.T? Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah.

Adakah kuasa sembahyang itu, kita? Adakah yang memulai sembahyang itu, kita? Adakah yang rukuk itu, kita? Adakah yang sujud itu, kita?

Cuba jawab, mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita? Jika tidak digerakkan, dimulai dan jika tidak bermula dengan kudrat dan iradat Allah.

Jika tidak dengan kehendak, kemahuan dan cita rasa kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?

Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Luh Mahfuz.

Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, sebenarnya kita telah pun didirikan oleh Allah S.W.T untuk bersembahyang.

Berdirinya kita untuk bersembahyang, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah S.W.T dirikan.

Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk mendirikan sembahyang, semasa di dalam kitab Luh Hul Mahfuz.

Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan kita untuk bersolat, semasa di alam sebelum kita dilahirkan, Allah S.W.T sudah mendirikan kita sembahyang, semasa di dalam perut ibu lagi.

Jika tidak ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam Luh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang.

Pekerjaan sembahyang yang kita laksanakan itu, adalah pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh Allah S.W.T, sedari di alam Luh Hul Mahfuz.

Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita. Kita hanya mengikut garis yang telah Allah S.W.T tetapkan sedari dahulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah ditetapkan olehNya.

Kita hanya ikut apa yang sudah Allah S.W.T tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau bukan perbuatan baru, ianya telah sedia ada di dalam kitab Luh Hul Mahfuz.

Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkan semula skrip yang telah disiapkan oleh Allah S.W.T. Kita seolah-olah melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain.

Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya? Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu, kita? Cuba jawab.

Kuasa kaki untuk berdiri sembahyang milik orang. Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang.

Yang menggerakkan solat, milik orang. Setelah semua seisi solat itu, milik orang, mana yang dikatakan bersolat itu kita. Cuba jawab?

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua, adakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada? Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah S.W.T?

Bilamana Allah S.W.T bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud?

Menduakan sifat Allah S.W.T itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah S.W.T, dosanya tidak akan diampun olehNya?

Sekiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapakah yang mengerjakan sembahyang? Hendak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah S.W.T.

Hendak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa? Hendak kata ada, salah dan hendak kata tidak ada pun salah. Hendak kata ada, seperti tidak ada dan hendak kata tidak ada, seperti ada.

Bagaimanakah kesudahannya pegangan kita? Adakah kita perlu beriktikad seperti mana biskut Chipmore, sekejap ada dan sekejap tidak ada? Cuba jawab.

Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada? Apakah yang ada itu, kita atau yang ada itu Allah S.W.T ataupun kedua-duanya dan adakah sekejap ada kita atau sekejap ada Allah S.W.T?

Siapakah yang hendak mengerjakan sembahyang, sekiranya diri kita sudah tidak ada? Sekiranya tidak ada, ke mana perginya diri kita?

Sekiranya kita mengaku bahawa diri kita ada dan Allah S.W.T juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah S.W.T.

Di mana tempat duduknya iktikad kita? Beriktikad itu, biarlah putus. Jangan main sekejap ada sekejap tidak ada.

Bagi mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan mengunakan anggota kaki. Sekiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri? Siapakah pemilik anggota kaki kita?.

Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita, cuba jawab?

Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri? Cuba jawab. Tentu tuan-tuan takut hendak menjawab bahawasanya kaki itu, kaki Allah S.W.T.

Mana mungkin Allah S.W.T ada kaki? Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah S.W.T, kaki siapakah yang kita pakai?

Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, bagaimana pula dengan anggota-anggota kita yang lain. Apakah masih ada lagi kepunyaan kita? Jika anggota itu bukan kepunyaan dan bukan milik kita, siapakah yang berdiri untuk bersolat?

Kaki siapa, tangan siapa dan tubuh siapa yang bersolat? Sebelum, semasa dan sesudah itu, tidak sedikitpun tubuh kita ini milik kita, melainkan segalanya milik Allah. Setelah segalanya milik Allah, jadi siapakah yang bersolat?

Inilah yang hendak kita perhatikan, hendak kita tilik dan hendak kita amati betul-betul sebelum mengerjakan solat, supaya solat kita itu dikerjakan dengan kaedah yang betul (benar).

Tidak salah atau dikerjakan dengan cara sebenar-benar mengikut yang dikehendaki oleh solat, bukan hanya sekadar mengerjakan perbuatan sembahyang (mengerjakan perbuatan rukun 13).

Mari saya sebut lagi sekali, sekiranya segala anggota tubuh badan (diri) kita ini adalah hak kepunyaan Allah dan hak milik Allah, apakah lagi yang berbaki untuk kita, yang tersisa dan yang tertinggal untuk kita?

Di sini bererti bahawa segala jasad tubuh badan kita ini, adalah milik Allah, sekiranya segalanya milik Allah, bererti sebesar zarah sekalipun, tidak ada hak kita, tidak ada milik kita dan tidak ada kepunyaan kita.

Dengan itu, saya berseru kepada semua muslimin dan muslimat yang di luar sana, agar insaflah, sedarlah dan percayalah dengan sebenar-benar yakin bahawa sebenar-benar diri, sebenar-benar milik kita, kepunyaan kita itu, sebenarnya tidak ada.

Yang ada, yang wujud dan yang maujud itu, adalah hanya Allah, hanya Allah dan hanya Allah.

Bahawa sesungguhnya wal awallu, wal akhiru, wal zahiru dan wal batinu itu, adalah Allah. Setelah segalanya telah kembali kepada Allah, manakah lagi adanya diri kita?

Itulah sebabnya yang dikatakan berdiri kiam semasa berdiri solat itu, adalah dikatakan berdiri kiam (berdiri mati).

Kiam itu, adalah bererti mati. Bila saja kita berdiri solat, itu adalah bererti kita berdiri mati atau bermaksud kita mati.

Semasa berdiri untuk bersolat itu, bererti diri kita sudah mati, iaitu hendaklah dimatikan diri kita atau diserah kembali diri kita kepada Allah. Setelah segalanya telah kita serah kepada Allah, itulah yang dimaksudkan dengan perkataan kiam (mati).

Kiamkan dirimu di kala bersolat itu, adalah bererti hendaklah kita matikan diri di kala bersolat. Setelah kita berdiri kiam atau berdiri mati, mana mungkin ada lagi gerak kita.

Seandainya kita masih mengaku kita yang bergerak (mengerjakan solat), bererti kita masih hidup, sedangkan makna, maksud atau erti perkara berdiri kiam itu, adalah merujuk kepada maksud “berdiri mati”.

Bilamana berdiri mati, bererti kita mati, setelah kita mati, jadilah segala perbuatan solat itu, bukan lagi dikatakan kita, melainkan segalanya adalah kudrat dan iradat Allah. Untuk lebih jelas, mari kita ikuti bab di bawah.

RUKUN DAN HUKUM SEMBAHYANG

Selain dari rukun 13, sembahyang itu ada hukumnya. Hukum sembahyang itu ada 3 perkara, iaitu seperti berikut:

1) Hukum Fekli
2) Hukum Qauli
3) Hukum Qalbi

Di sini tidak bertujuan untuk kita membicarakan soal rukun 13, kerana rata-rata di antara kita kebanyakannya sudah maklum dan sudah mengerti perkara rukun 13.

Mari kita guna ruangan yang terhad ini, untuk memberi lorong kepada “hukum sembahyang” dalam tafsiran ilmu makrifat.

1) Hukum Fekli

Soalan:

Apakah maksud, makna atau erti hukum fekli?

Jawapan:

Makna, maksud atau eri hukum fekli itu, adalah perkara “perbuatan” dalam solat. Persoalan perbuatan atau gerak geri dalam sembahyang itu, semua orang tahu dan semua orang mengerti untuk melakukannya.

Seumpama berdiri, takbir, rukuk, sujud dan sebagainya itu, adalah dikenali sebagai perbuatan sembahyang. Apa yang kita lakukan di ketika bersolat itu, itulah yang dikatakan hukum fekli atau perbuatan sembahyang.

Perbuatan sembahyang itu, adalah suatu perbuatan atau pekerjaan gerak tubuh yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja, tidak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, oleh bangsa lain atau yang boleh dilakukan oleh agama-agama lain. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.

2) Hukum Qauli

Soalan:

Apakah maksud, makna atau erti hukum qauli?

Jawapan:

Hukum qauli itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti bacaan, iaitu bacaan surah-surah atau ayat-ayat suci Al-Quran.

Barang siapa yang hafal surah Al-Fatihah, sekalipun surah-surah lazim, ianya sudah memadai untuk dibuat sembahyang.

Dihafal bacaan rukuk, iktidal, sujud, antara dua sujud, tahayat dan salam, ianya sudah memadai untuk dibaca ketika dalam bersolat. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.

3) Hukum Qalbi

Soalan:

Apakah maksud, erti dan makna hukum qalbi?

Jawapan:

Hukum qalbi itu, adalah bererti, bermakna dan bermaksud bahawa solat itu bukan sahaja tertakluk kepada perbuatan dari anggota tubuh atau bacaan dari anggota bibir sahaja.

Bersolat (bersembahyang) dengan hukum qalbi itu, adalah bersembahyang yang berserta dengan perbuatan batin dan bacaan batin.

Berniat dengan batin (rohani), berdiri dengan batin (rohani), bertakbir dengan batin (rohani), rukuk dan sujud dengan batin (rohani).

Perbuatan (pergerakan) zahir itu, hendaklah juga berserta, bersama dan bergandingan dengan perbuatan (pergerakan) batin (perbuatan rohani).

Persoalannya di sini, manakah yang dikatakan mulut rohani, tangan rohani dan manakah yang dikatakan kaki rohani? Manakah yang dikatakan perbuatan atau pergerakan rohani?

Soalan:

Hukum qalbi itu, terbahagi kepada berapa peringkat?

Jawapan:

Hukum qalbi itu, terbahagi kepada tujuh peringkat, tujuh bahagian atau tujuh tangga. Bahagian, peringkat atau tangga itu, adalah terdiri daripada perkara:

1) Qosad
2) Takrukh
3) Takyin
4) Ehram
5) Mikrah
6) Munajat
7) Tabdi

Sabtu, 28 Mei 2016

DI SEBALIK FARDU SEMBAHYANG

DI SEBALIK FARDU SEMBAHYANG

Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang?

Tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Semua orang boleh dan semua orang tahu menunaikan atau mengerjakan rukun sembahyang (rukun 13) dengan taat.

Sayangnya, tidak ramai di kalangan kita yang tahu mengerjakan sembahyang. Perkara mengerjakan sembahyang dengan perkara mengerjakan rukun 13 sembahyang itu, adalah suatu perkara yang berbeza dan suatu perkara yang berlainan (sembahyang dengan rukun sembahyang itu berbeza).

Perkara sembahyang dan perkara rukun sembahyang, akan kita bicarakan pada tajuk di bawah nanti. Dalam bab ini, mari kita tumpukan perhatian kepada perkara, siapakah yang sebenar-benar bersolat?

Perlu diingatkan di sini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang?

Untuk menentukan siapakah yang bersolat, hendaklah kita mempelajari terlebih dahulu perkara seperti berikut:

1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat atau fardu sebelum fardu)
2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat atau fardu di dalam fardu)
3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat atau fardu sesudah fardu)

Sesudah kita benar-benar tahu akan ketiga-tiga perkara di atas, barulah boleh dikatakan yang kita ini benar-benar sembahyang.

Barang siapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran ilmu ini bersama saya.

Pelayaran melalui bahtera makrifat itu, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam.

Gelora fitnah di lautan ilmu makrifat ini, selalunya tidak pernah sepi. Namun, barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh mari kita sama-sama mengembara.

Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, terlebih dahulu saya ingin mengajukan beberapa persoalan kepada tuan-tuan, siapakah yang bersolat sebelum kita solat?

Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang? Bolehkah solat kita itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?

Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan”?

Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan, sebelum tuan-tuan berdiri, siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang?

Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang? Cuba jawab dengan ikhlas, bolehkah kaki kita ini berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah S.W.T?

Bolehkah kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah S.W.T?

Bolehkah kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah S.W.T?

Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah.

Adakah kuasa sembahyang itu, kita? Adakah yang memulai sembahyang itu, kita? Adakah yang rukuk itu, kita? Adakah yang sujud itu, kita? Cuba jawab, mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita?

Jika tidak digerakkan, dimulai dan jika tidak bermula dengan kudrat dan iradat Allah. Jika tidak dengan kehendak, kemahuan dan cita rasa kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?

Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Luh Mahfuz.

Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, sebenarnya kita telah pun didirikan oleh Allah S.W.T untuk bersembahyang.

Berdirinya kita untuk bersembahyang, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah S.W.T dirikan. Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk mendirikan sembahyang, semasa di dalam kitab Luh Hul Mahfuz.

Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan kita untuk bersolat, semasa di alam sebelum kita dilahirkan, Allah S.W.T sudah mendirikan kita sembahyang, semasa di dalam perut ibu lagi.

Jika tidak ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam Luh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang.

Pekerjaan sembahyang yang kita laksanakan itu, adalah pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh Allah S.W.T, sedari di alam Luh Hul Mahfuz.

Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita. Kita hanya mengikut garis yang telah Allah S.W.T tetapkan sedari dahulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah ditetapkan olehNya.

Kita hanya ikut apa yang sudah Allah S.W.T tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau bukan perbuatan baru, ianya telah sedia ada di dalam kitab Luh Hul Mahfuz.

Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkan semula skrip yang telah disiapkan oleh Allah S.W.T. Kita seolah-olah melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain.

Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya? Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu, kita? Cuba jawab.

Kuasa kaki untuk berdiri sembahyang milik orang. Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang. Yang menggerakkan solat, milik orang.

Setelah semua seisi solat itu, milik orang, mana yang dikatakan bersolat itu kita. Cuba jawab?

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua, adakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada?

Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah S.W.T? Bilamana Allah S.W.T bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud?

Menduakan sifat Allah S.W.T itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah S.W.T, dosanya tidak akan diampun olehNya?

Sekiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapakah yang mengerjakan sembahyang? Hendak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah S.W.T.

Hendak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa? Hendak kata ada, salah dan hendak kata tidak ada pun salah. Hendak kata ada, seperti tidak ada dan hendak kata tidak ada, seperti ada.

Bagaimanakah kesudahannya pegangan kita? Adakah kita perlu beriktikad seperti mana biskut Chipmore, sekejap ada dan sekejap tidak ada? Cuba jawab.

Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada? Apakah yang ada itu, kita atau yang ada itu Allah S.W.T ataupun kedua-duanya dan adakah sekejap ada kita atau sekejap ada Allah S.W.T?

Siapakah yang hendak mengerjakan sembahyang, sekiranya diri kita sudah tidak ada? Sekiranya tidak ada, ke mana perginya diri kita?

Sekiranya kita mengaku bahawa diri kita ada dan Allah S.W.T juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah S.W.T. Di mana tempat duduknya iktikad kita? Beriktikad itu, biarlah putus. Jangan main sekejap ada sekejap tidak ada.

Bagi mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan mengunakan anggota kaki. Sekiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri? Siapakah pemilik anggota kaki kita?.

Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita, cuba jawab?

Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri? Cuba jawab. Tentu tuan-tuan takut hendak menjawab bahawasanya kaki itu, kaki Allah S.W.T.

Mana mungkin Allah S.W.T ada kaki? Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah S.W.T, kaki siapakah yang kita pakai? Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, bagaimana pula dengan anggota-anggota kita yang lain.

Apakah masih ada lagi kepunyaan kita? Jika anggota itu bukan kepunyaan dan bukan milik kita, siapakah yang berdiri untuk bersolat? Kaki siapa, tangan siapa dan tubuh siapa yang bersolat?

Sebelum, semasa dan sesudah itu, tidak sedikitpun tubuh kita ini milik kita, melainkan segalanya milik Allah. Setelah segalanya milik Allah, jadi siapakah yang bersolat?

Inilah yang hendak kita perhatikan, hendak kita tilik dan hendak kita amati betul-betul sebelum mengerjakan solat, supaya solat kita itu dikerjakan dengan kaedah yang betul (benar), tidak salah atau dikerjakan dengan cara sebenar-benar mengikut yang dikehendaki oleh solat, bukan hanya sekadar mengerjakan perbuatan sembahyang (mengerjakan perbuatan rukun 13).

Mari saya sebut lagi sekali, sekiranya segala anggota tubuh badan (diri) kita ini adalah hak kepunyaan Allah dan hak milik Allah, apakah lagi yang berbaki untuk kita, yang tersisa dan yang tertinggal untuk kita?

Di sini bererti bahawa segala jasad tubuh badan kita ini, adalah milik Allah, sekiranya segalanya milik Allah, bererti sebesar zarah sekalipun, tidak ada hak kita, tidak ada milik kita dan tidak ada kepunyaan kita.

Dengan itu, saya berseru kepada semua muslimin dan muslimat yang di luar sana, agar insaflah, sedarlah dan percayalah dengan sebenar-benar yakin bahawa sebenar-benar diri, sebenar-benar milik kita, kepunyaan kita itu, sebenarnya tidak ada.

Yang ada, yang wujud dan yang maujud itu, adalah hanya Allah, hanya Allah dan hanya Allah.

Bahawa sesungguhnya wal awallu, wal akhiru, wal zahiru dan wal batinu itu, adalah Allah. Setelah segalanya telah kembali kepada Allah, manakah lagi adanya diri kita?

Itulah sebabnya yang dikatakan berdiri kiam semasa berdiri solat itu, adalah dikatakan berdiri kiam (berdiri mati). Kiam itu, adalah bererti mati. Bila saja kita berdiri solat, itu adalah bererti kita berdiri mati atau bermaksud kita mati.

Semasa berdiri untuk bersolat itu, bererti diri kita sudah mati, iaitu hendaklah dimatikan diri kita atau diserah kembali diri kita kepada Allah.

Setelah segalanya telah kita serah kepada Allah, itulah yang dimaksudkan dengan perkataan kiam (mati). Kiamkan dirimu di kala bersolat itu, adalah bererti hendaklah kita matikan diri di kala bersolat.

Setelah kita berdiri kiam atau berdiri mati, mana mungkin ada lagi gerak kita. Seandainya kita masih mengaku kita yang bergerak (mengerjakan solat), bererti kita masih hidup, sedangkan makna, maksud atau erti perkara berdiri kiam itu, adalah merujuk kepada maksud “berdiri mati”.

Bilamana berdiri mati, bererti kita mati, setelah kita mati, jadilah segala perbuatan solat itu, bukan lagi dikatakan kita, melainkan segalanya adalah kudrat dan iradat Allah. Untuk lebih jelas, mari kita ikuti bab di bawah.

RUKUN DAN HUKUM SEMBAHYANG

Selain dari rukun 13, sembahyang itu ada hukumnya. Hukum sembahyang itu ada 3 perkara, iaitu seperti berikut:

1) Hukum Fekli
2) Hukum Qauli
3) Hukum Qalbi

Di sini tidak bertujuan untuk kita membicarakan soal rukun 13, kerana rata-rata di antara kita kebanyakannya sudah maklum dan sudah mengerti perkara rukun 13.

Mari kita guna ruangan yang terhad ini, untuk memberi lorong kepada “hukum sembahyang” dalam tafsiran ilmu makrifat.

1) Hukum Fekli

Soalan:

Apakah maksud, makna atau erti hukum fekli?

Jawapan:

Makna, maksud atau eri hukum fekli itu, adalah perkara “perbuatan” dalam solat. Persoalan perbuatan atau gerak geri dalam sembahyang itu, semua orang tahu dan semua orang mengerti untuk melakukannya.

Seumpama berdiri, takbir, rukuk, sujud dan sebagainya itu, adalah dikenali sebagai perbuatan sembahyang. Apa yang kita lakukan di ketika bersolat itu, itulah yang dikatakan hukum fekli atau perbuatan sembahyang.

Perbuatan sembahyang itu, adalah suatu perbuatan atau pekerjaan gerak tubuh yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja, tidak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, oleh bangsa lain atau yang boleh dilakukan oleh agama-agama lain.

Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.

2) Hukum Qauli

Soalan:

Apakah maksud, makna atau erti hukum qauli?

Jawapan:

Hukum qauli itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti bacaan, iaitu bacaan surah-surah atau ayat-ayat suci Al-Quran. Barang siapa yang hafal surah Al-Fatihah, sekalipun surah-surah lazim, ianya sudah memadai untuk dibuat sembahyang.

Dihafal bacaan rukuk, iktidal, sujud, antara dua sujud, tahayat dan salam, ianya sudah memadai untuk dibaca ketika dalam bersolat. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.

3) Hukum Qalbi

Soalan:

Apakah maksud, erti dan makna hukum qalbi?

Jawapan:

Hukum qalbi itu, adalah bererti, bermakna dan bermaksud bahawa solat itu bukan sahaja tertakluk kepada perbuatan dari anggota tubuh atau bacaan dari anggota bibir sahaja.

Bersolat (bersembahyang) dengan hukum qalbi itu, adalah bersembahyang yang berserta dengan perbuatan batin dan bacaan batin.

Berniat dengan batin (rohani), berdiri dengan batin (rohani), bertakbir dengan batin (rohani), rukuk dan sujud dengan batin (rohani).

Perbuatan (pergerakan) zahir itu, hendaklah juga berserta, bersama dan bergandingan dengan perbuatan (pergerakan) batin (perbuatan rohani).

Persoalannya di sini, manakah yang dikatakan mulut rohani, tangan rohani dan manakah yang dikatakan kaki rohani? Manakah yang dikatakan perbuatan atau pergerakan rohani?

Soalan:

Hukum qalbi itu, terbahagi kepada berapa peringkat?

Jawapan:

Hukum qalbi itu, terbahagi kepada tujuh peringkat, tujuh bahagian atau tujuh tangga. Bahagian, peringkat atau tangga itu, adalah terdiri daripada perkara:

1) Qosad
2) Taaaruf
3) Takyin
4) Ehram
5) Mikraj
6) Munajat
7) Tabdi

Bersambung...

Ahad, 18 Mei 2014

SOLAT LIMA WAKTU TETAPI MASIH MELAKUKAN MAKSIAT

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Al-Ankabut : 45).

. Masih ramai orang Islam yang solat lima waktu, tetapi mereka juga menikam nombor ekor, main judi, arak, tenung nasib, zina dan sebagainya. Manusia di zaman moden ini hanya melakukan solat untuk melepaskan kewajipan sahaja dan tidak menghiraukan perintah solat yang sebenarnya iaitu solat dengan khusyuk.

Solat dari segi bahasa adalah doa dan sari segi istilah atau syaraknya ialah perbuatan yang dimulakan dengan katbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu. Dalam solat diibaratkan seolahnya hendak berjumpa dengan Allah dengan rasa lemah diri, rasa hina dan takut akan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan. Mengerjakan solat perlu khusyuk dan tawaduk kepada Allah, kerana solat bagi orang yang tidak khusyuk tidak akan diterima dan diibaratkan seperti kain buruk yang tiada gunanya lagi. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu adalah orang yang menindas dan melakukan kezaliman kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada meyempurnakan solatnya (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).” (Al-Ma’un : 1-7).

Rumusan dari ayat di atas ini, bahawa celakalah bagi orang yang solat tidak khusyuk dan lalai dalam solat mereka. Tempat bagi orang yang lalai mengerjakan solat adalah neraka wil iaitu satu lembah dalam neraka yang Allah sediakan untuk orang-orang yang lalai dalam solatnya.

Dari segala cerita di atas tidak hairanlah kalau orang yang kuat sembahyang kuat mengaji dan pakai jubah atau serban besar melakukan dosa besar, kerana itu semua bukan menjadi ukuran bagi orang Islam. Ukurannya adalah orang yang ikhlas melaksanakan ibadah kepada Allah. Sebab itu dalam Islam ada tiga konsep asas dalam Islam iaitu Akidah (ilmu yang membincangkan keesaan Allah), Fiqh (ilmu yang membincangkan hal-hal yang berkaitan ibadah) dan Ihsan (ilmu ikhlas, tasawuf dan akhlak kita kepada Allah, manusia dan alam).

Haram bagi sesiapa yang bermain judi dan perkara ini sangat ditegah dalam Islam melalui firman Allah yang bermaksud: "Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung," (Al-Maidah: 90).

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah : Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir.” (Al-Baqarah : 219)

Khamis, 8 Mei 2014

Apakah Itu Tomakninah ?

Apakah Itu Tomakninah ? (Rukun Sembahyang Yang ke 13)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Seminggu saya tinggalkan Malaysia untuk menziarah guru saya di Desa Babatan Kesamben Belitar Jawa Timur Indonisia. Seminggu juga saya tidak mengerakkan jejari daif ini melalui komputer.

Pada jam 12.04, tanggal 19 Dec, biarpun penat dari perantauan masih terasa,  saya keraskan semangat untuk terus menulis. Pada mulanya saya berhajat untuk melelapkan mata, kerana pada pagi keesukan harinya, saya ada ceramah di Kota Melaka. 

Namun memandangkan umur saya sudah begitu terpanggil untuk pulang  ke kampong asal, kesuntukan masa ini, menghambat saya untuk terus berkaria sebanyak mungkin. Saya akan gunakan kesempatan yang berbaki ini, untuk mencurahkan ilmu sebanyak-banyaknya kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Jangan kita kira panjangnya usia , mari kita kira panjangnya hidup dengan tulisan. Hidup ini hanya sekejab, untuk memenafaatkannya mari kita sama-sama panjang-panjangkan bekas tangan. Supaya dengannya membolehkan orang sesudah ketiadaan kita, sekurang-kurangnya masih boleh menatapi dan membaca, bekas atau hasil tangan kita !.

Umur tidak boleh kita panjangkan, namun kita boleh panjangkan ia dengan ilmu tulisan!. Hidup ini boleh kita panjangkan dengan ilmu!. Seumpama ulamak-ulamak terdahulu,biarpun jasadnya sudah lama kembali, namun hasil tangan beliau masih dapat kita tatapi dan masih boleh kita menafaatkan!.

Sebutan yang boleh dikenang orang sesudah pemergian kita itu, adalah tulisan tangan!. Tulisan tangan kitalah yang dikatakan hidup kali kedua, iaitu hidup sesudah mati!

Sebelum itu, ingin saya mengetuk dinding pintu hati tuan-tuan untuk mengajak  kembali semula menghayati apakah itu rukun sembahyang?. Rukun sembahyang itu, semuanya ada tiga belas perkara.

1) Niat

2) Takbir

3) Berdiri Kiam

4) Membaca Surah Al-Fatihah

5) Rukuk

6) Iktidal

7) Sujud

8) Duduk antara dua sujud

9) Duduk tahat akhir

10) Membaca tahat akhir

11) Membaca Selawat

12) Membaca Salam

13) Tomaninah

Yang hendak saya perbincangkan disini, adalah rukun yang ketiga belas iaitu tomaninah!. Apakah maksud atau erti tomaninah. Rukun lain yang bermula dari niat sampailah kepada rukun yang kedua belas, semuanya ada pergerakkan atau ada perbuatan. Sedangkan rukun yang ketiga belas, tidak ada perbuatan atau pekerjaan, kenapa?.

Sila bagi jawapan?…………………………….

Jam sudah menunjukkan 01.00 tengah malam, mata saya tidak lagi rasa megantuk, namun memandangkan esuk paginya saya hendak bertolak ke Melaka, jam selepasa subuh, rasanya sampai disini sahaja dulu, kita sambung lagi esuk, jika sekiranya ada yang memberi respon!.

Apakah itu tomaninah (tertib). Apakah tomaninah itu, hanya sekadar tertib (turutan)?. Jika kita turuti tertib, hendak saya ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan, rukun sembahyang yang pertama itu niat, yabf kedua berdiri.

Jika sekiranya kita nak ikut tertib, disini ingin saya ajukan pertanyaan, semasa tuan-tuan mengerjakan sembahyang, tuan-tuan berdiri dahulu ke atau niat dahulu?, cuba jawab?………………

Cuba perhatikan baik-baik, tuan-tuan berdiri dahulu ke atau tuan-tuan niat dahulu?. cuba jawab?………………………..

Satu lagi pertanyaan, mana dahulu antara berdiri dengan niat dan mana dahulu antara niat dengan takbir ratulihram?. Cuba jawab?……………………………..

Kita selama ini, mengerjakan sembahyang  dengan 1) dahulu berdiri, 2) Selepas berdiri kita takbir dan barulah disusuli dengan 3) niat!.

Sesudah berdiri, baru kita takbir dan didalam takbir ituah baru kita niat?. Apakah kita turut atau ikut tertib (tomaninah). Apakah sebenar-benar maksud tomaninah?……………………………

Cuba jawab?……………………………..Cuba jawab?…………………………..

Apakah semasa kita hendak bangun dari tempat duduk itu kita niat sembahyang, sesudah niat semasa hendak bangun dari tempat duduk untuk berdiri. Sesudah berdiri kiam, biasanya baru kita  takbir dan didalam takbir itu, barulah kita kosad niat!. Apakah diodalam takbir itu, tidak perlu lagi kepada niat?………………………

Dimanakah sebenarnya peranan tomaninah (yang dikatakan tertib atau ikut turutan?)?. Cuba jawab……………………………………

Selasa, 1 April 2014

Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.
Melayukini.net - Kita pada hari ini solat seperti dianggap satu perkara yang biasa. Nak buat, buat. Nak tinggal, tinggal. Kita langsung tiada alasan untuk tidak menunaikan solat, kerana di Malaysia sendiri, diRNR sudah disediakan surau untuk menunaikan solat. Berbanding dengan negara-negara luar, yang terpaksa solat di tepi jalan. Ingat, solat antara perkara utama yang akan ditanya sebelum amalan yang lain.

Jumaat, 28 Mac 2014

Apakah erti, maksud atau makna Qosad?


Soal: Apakah erti, maksud atau makna Qosad?
Jawab: Kosad itu, adalah bererti, bermaksud dan bermakna “Menyatakan Niat”.
Soal: Apakah itu yang dikatakan niat?



Jawab: Niat itu, adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Sebenar-benar qosad dan sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak terlafas melalui mulut dan tidak ternyata melalui tasdek hati (membenarkan dengan hati). Sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara (bukan dari bibir mulut dan bukan dari hati).



Adapun niat yang dinyatakan melalui ucapan kedua bibir mulut itu, menurut pandangan melalui sudut ilmu makrifat, ianya tidak dikatakan niat. Suara yang terbit (yang keluar) dari kedua bibir mulut, yang dikatakan niat itu, adalah dikatakan lafaz niat dan bukannya niat. Yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah lafaz niat dan bukannya niat.



Ilmu feqah menyatakan bahawa suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengan hati itu, adalah niat. Adapun menurut pandangan dari sudut ilmu makrifat, suara atau tasdek (membenar) dengan hati itu, masih belum dikatakan niat. Suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan dibenarkan dengan hati itu, masih belum dikatakan niat.



Sekadar melafaskan niat untuk memberi tahu Allah yang kita hendak sembahyang, seumpama “ sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala”, menurut sudut pandang ilmu makrifat, itu belum dikatakan niat, itu adalah dikatakan “lafaz niat”. Jika kita melafazkan niat dengan berkata “sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala” itu, lafaz yang keluar dari kedua bibir mulut itu, sekadar untuk memberi tahu kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, jika niat itu adalah bertujuan untuk memberi tahu Allah atau bertujuan untuk memperkhabarkan kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, adapun sebelum kita berdiri solat itu, sesungguhnya Allah sudah tahu yang kita itu hendak sembahyang maghrib.



Tanpa diberi tahu atau tanpa diperkhabarkan kepada Allahpun, Allah sudah tahu yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat. Malahan sebelum kita buka pintu rumah atau sebelum kita turun dari tangga rumahpun, Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum yang kita itu hendak sembahyang maghrib. Bilamana kita melafazkan niat dengan bibir mulut itu, seoalah-olah kita hendak memberi tahu Allah. Persoalannya di sini, apakah Allah itu tidak tahu yang kita hendak sembahyang maghrib, sehingga kena lapor, kena bagi tahu dan kena diperingati?. Jika kita tdak bagi tahu, apakah Allah tidak tahu?. Malahan sebelum kita lahir keduania ini, sesungguhnya Allah itu sudah tahu dan sudah sedia maklum yang kita itu hendak bersembahyang maghrin pada sekian hari, sekian masa dan sekian rakaat (sebelum kita lahir kedunia lagi).



Allah telah berfirman: “Allah buat kamu dan apa-apa kamu perbuat”.

Sebelum kita lahir kedunia lagi, Allah sudah tahu apa yang akan kita buat setiap saat, setip detik, setiap jam dan setiap hari. Tidak perlu kita memperingatkan Allah pada setiap kali kita hendak bersolat. Sebelum kita berniat untuk berkahwin, sebelumnya Allah sudah tahu sebelumnya. Kita masih kanak-kanak seusia 10 tahun, yang belum ada cita-cita untuk berkahwin, sesungguhnya Allah sudah tahu, kita hendak kawin dengan siapa dan bila tarikh kita kahwin, hari kahwin, saat kahwin dan berkahwin dengan siapa, Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum, biarpun kita semasa itu masih belum melafaz niat. Begitu juga dengnan perkara bersolat, Allah sudah tahu yang kita itu, akan bersolat apa, di mana dan berapa rakaat, itu semua dalam ilmu Allah yang tidak payah diperingati, seolah-olah Allah tidak tahu sembayang apa yang hendak kita kerjakan.Oleh itu, apakah dan dimanakah yang dikatakan sebenar-benar niat?.


Ingat, ingat dan ingat pesanku bahawa “niat dengan lafaz niat” itu, adalah suatu perkara yang berbeda. Lafaz niat itu, adalah yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengnan hati. Adapun yang dikatakan sebenar-benar niat itu, adalah sesutu perkara yang tidak berhuruf dan sesuatu yang tidak bersuara (tidak ada bunyi dan tidak ada terlafaz dengan suara, mahupun dengan hati).

Hukum qalbi itu, terbahagi berapa peringkat?

Soal: Hukum qalbi itu, terbahagi berapa peringkat?

Jawab: Hukum qolbi itu, terbahagi kepada tujuh peringkat, tujuh bahagian atau tujuh tangga.
Bahagian, peringkat atau tangga itu, adalah terdiri daripada perkara:

1) Qosad (menyatakan niat)
Mana yang dikatakan niat?, Niat itu adalah sesuatu yng tidak berhuruf dan tidak bersuara, sedangkan niat yang kita ucapkan (lafazkan) selama ini, adalah berupa huruf dan berupa suara yang keluar dari kedua bibir mulut. Suara yang keluar dari kedua bibir mulut itu, bukan niat, itu adalah meruju kepada lafas niat dan bukannya niat.

Sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak da huruf dan tidak ada suara (biarpun lintasan hati), itu bukn niat. Lintasan hatipun bukan dikatakan niat.

“Innamal akmal bil niat” (bermulanya amal ibadah itu, adalah dengan niat). Persoalannya di sini, dimanakah yang dikatakan niat?.

“la tatahrroku zarratun illa biiznillah” (tidak bergerak sebesar zarah, melainkan dengan izin Allah)

Ayat di atas mengatakan bahawa tidak bergerak biar sebesar zarah, jika tidak izin Allah Bermaknanya di sini setiap amal itu, hendaklah dimulai dengan niat, Persoalannya di sini, mana lebih dahulu antara niat dengan gerak Allah?. Sedangkan segala gerak kita itu, adalah digerakkan oleh Allah Taala, persoalannya di sini mana lebih dahulu antara gerak Allah dengan niat?.
Hadis bersabda, setiap amal itu, bermula dengan niat, manakala firman pula berkata bermula gerak itu bermula dengan gerak Allah. Persoalannya di sini, mana satukah yang terlebih dahulu dan manakah yang dikatakan sebenar-benar niat?…………………….
AKAN DI JAWAB DI DALAM KITAB YANG KE 6 YANG AKAN TERBIT TAK BERAPA LAMA LAGI

2) Taqrud (menyatakan yang mana wajib dan yang mana sunat)
3) Takyin (menyatakan waktu)
Manakah yng dikatakan sebenar-benar masa solat?. Apakah masa solat itu ada pada jam atau pada bayang matahari?, seandainya tidak ada jam dan seandainya tidak ada bayang matahari, bagaimana untuk mengukur waktu solat?. Tambahan pula orang zaman dahulu suka bertapa di dalam gua yang tidak ada jam tambahan pul dalam gua tidak ada bayang matahari?. Persoalannya di sini, bagaimanakah untuk mengukur waktu dan bagaimanakah sebenar-benar waktu solat?…………………………

4) Ihram (bungkus atau tutup) –
Untuk memenuhi hukum qolbi, solat kita itu hendaklah solat dengan hukum qolbi yang ditinggkatan Ihram. Ihram ertinya tutup, bungkus, persoalannya disini, pakah yang hendak ditutup dan pkah yang hendak dibungkus?. Persoalannya di sini, tutup apa dan bungkus apa?.

5) Mikraj (sampai) –
Sembahyanng dengnan hukum qolbi itu, hendaklah sampai 9mikraj), persoalannya di sini, hendak sampai kemana?
“La faelon fis solati Illallah” (Tidaklah bersolat itu, adalah Allah)


6) Munajat (melihat) –
Dalam sembahyang dengan hukum qolbi, pakah yang dimaksudkan dengnan hukum melihat (munajat), nak lihat apa?

“Faainama tuwallu fasamma wajuhullah” (mana dihadapkan muka mu, di situlah Allah)
“La maujud Illallah” (Tidak ada yang wujud itu, selain Allah)

7) Tabdi (tetap wahdah yang tidak berganjak lagi,)
Dalam sembahyanng qolbi, hendak ditetapkan apa, apakah yang hendak ditetapkan ?……………….
“la yazuk wala ya arif” (hanya yang menikmati sahaja yang tahu rasanya)
“Ana sirrri waana sirruhu”(Aku rahsiamu dan kamu rahsia Aku).

RUKUN DAN HUKUM SEMBAHYANG

RUKUN DAN HUKUM SEMBAHYANG


Selain dari rukun 13, sembahyang itu ada hukumnya. Hukum sembahyang itu ada 3 perkara, iaitu seperti berikut:-
1) Hukum Feekli
2) Hukum Kauli
3) Hukum Qolbi


Di sini tidak bertujuan untuk kita membicarakan soal rukun 13, kerana rata-rata diantara kita kebanyakannya sudah maklum dan sudah mengerti perkara rukun 13.. Mari kita guna ruangan yang terhad ini, untuk memberi lorongan kepada “hukum sembahyang” dalam tafsiran ilmu makrifat.
1) Hukum Feekli
Soal: Apakah maksud hukum feekli?

Jawab: Makna, maksud atau eri hukum feekli itu, adalah perkara “perbuatan” dalam solat. Persoalan perbuatan atau gerak geri dalam sembahyang itu, semua orang tahu dan semua orang mengerti untuk melakukannya. Seumpama berdiri, takbir, rukud, sujud dan sebagainya itu, adalah dikenali sebagai perbuatan sembahyang. Apa yang kita lakukan di ketika bersolat itu, itulah yang dikatakan hukum feekli atau perbuatan sembahyang. Perbuatan sembahyang itu, adalah suatu perbuatan atau pekerjaan gerak tubuh yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja, tidak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, oleh bangsa lain atau yang boleh dilakukan oleh agama-agama lain. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua diantara kita lulus dengan markah 100 persen.


2) Hukum Kauli

Soal: Apakah maksud, makna atau erti hukum kauli?

Jawab: Hukum kauli itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti bacaan. Iaitu bacaan surah-surah atau ayat-ayat suci Al-Quraan. Barang siapa yang hafal surah Al-Fatihah, sekalipun surah-surah lazim, ianya sudah memadai untuk dibuat sembahyang. Dihafal bacaan rukud, iktidal, sujud, antara dua sujud, tahayat dan salam, ianya sudah memadai untuk dibaca diketika dalam bersolat. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua diantara kita lulus dengan markah 100 persen.


3) Hukum Qalbi
Soal: Apakah maksud, erti dan makna hukum qalbi?.

Jawab: Hukum qalbi itu, adalah bererti, bermakna dan bermaksud bahawa solat itu bukan sahaja tertakluk kepada perbuatan dari anggota tubuh atau bacaan dari anggota bibir sahaja. Bersolat (bersembahyang) dengan hukum qalbi itu, adalah bersembahyang yang berserta dengan perbuatan batin dan bacaan batin. Berniat dengan batin (rohani), berdiri dengan batin (rohani), bertakbir dengan batin (rohani), rukuk dan sujud dengan batin (rohani).

Perbuatan zahir itu, hendaklah juga dengan perbuatan batin (perbuatan rohani). Persoalannya di sini, manakah yang dikatakan mulut rohani, tangan rohani dan manakah yang dikatakan kaki rohani?