Pages

Jumaat, 7 Mac 2014

Segala puji hanya bagi Allah


Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Tiada lain hanya Allah. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad. Bersyukur lah dan berterima kasih lah kerana di beri "RASA" hidup, di beri "RASA" ada, di beri "RASA" tahu, di beri "RASA" faham, di beri "RASA" mengalami, dan di beri "RASA" kehidupan yang dari tiada "RASA" kepada "MERASA". Jangan "MENAFIKAN RASA" yang telah di berikan "RASAI LAH" dan "SYUKURI LAH". Tiada lain "RASA" itu hanya Allah jua. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

Dunia dan kehidupan yang kita rasai dan alami sekarang ini adalah "ISTILAH" untuk menyata atau menggambarkan sahaja . Apa - apa pun tetap pada "ISTILAH". Tidak kisah apa jua ia tetap "ISTILAH". Segalanya cuma dan masih "ISTILAH"... Apa yg di kata, di tulis, di ucap, di ungkai, di kongsi, di fikir, di luah, tetap "ISTILAH". Allah itu tidak bersamaan dengan segala sesuatu dan perkataan Allah itu juga masih "ISTILAH". Maka dari bahasa "ISTILAH" nya, bersyukur itu Allah. Berterima kasih itu pun Allah. Tiada lain hanya Allah jua. Maha Suci Allah dari segala apa-apa yang kita sangka-sangka kan. Ini lah hakikat "ISTILAH". Tiada lain hanya Allah.

Tiada daya dan kekuatan hanya Allah. Tiada usaha dan ikhtiar hanya Allah. Tiada gerak dan tiada diam hanya Allah. Tiada ujian dan tiada dugaan hanya Allah. Tiada faham dan tiada tahu hanya Allah. Maka apabila segala tiada maka yang ada hanya Allah. 

Maka apa yang kita rasa, alami, fahami, tahu, dan perasan itu segalanya adalah Allah. Tiada lain hanya Allah. Apabila segalanya Allah, perlu kah kita risau, perlu kah kita takut, perlu kah kita bimbang, dan perlu kah kita gusar. Tiada lagi soal jadi atau tak jadi. Tiada lagi soal usaha dan tak usaha. Tiada lagi soal faham dan tak faham. Tiada lagi soal tahu dan tak tahu. Tiada lagi soal redha dan tak redha. 

Akui lah tiada lain hanya Allah. Hayati lah tiada lain hanya Allah. Bahkan kalau dapat akui atau tidak dapat akui juga tetap Allah. Maha suci Allah tidak bersamaan dengan segala apa-apa yang kita sangka-sangkakan. Allah tetap Allah dan memang tiada lain hanya Allah SAHAJA. Allah Hu Ahad.

Kita ini merasa, tahu dan dan faham Allah juga yang berikan rasa, tahu dan faham. Kita di jadikan sebagai kita, dan rasa "ada kita" juga Allah yang jadikan. Apa-apa pun tetap Allah juga. Ingat, bila kita telah di jadikan dan telah di beri rasa jadi macam kita, maka jadi lah macam kita dan gembira lah serta bersyukur lah jadi kita dan dapat merasa macam kita kerana perasaan dan kefahaman itu juga tetap Allah juga yang berikan. Jika kita di jadikan susah dan kurang sempurna, berbahagia lah itulah watak Allah yang dah pilih untuk kita. Jika kita di jadikan senang dan sempurna, berbahagia lah kerana itu juga telah di tetapkan Allah. Bahkan jika kita ada "KUASA" (walhal tidak) semua kita ingin di lahir sebagai raja yang kaya raya dan luas kawasan jajah tadbirnya, tapi itu semua bukan pilihan kita. Ada yang lahir Melayu, ada yang lahir Jawa, ada yang lahir India, ada yang lahir Cina, semua itu BUKAN kuasa kita. Nak hidup atau mati pun, kita tidak ada kuasa. Ingat lah tiada lain hanya Allah. Hanya Allah sahaja. Allah yang Maha Esa. Berbahagia lah atas apa jua keadaan kita kerana segalanya itu TETAP KEPUTUSAN Allah. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

Bila sudah kenal dan di beri faham akan Allah maka tiada lagi alasan dan tiada lagi kekeliruan antara yang batil dan yang benar, tiada masalah antara yang zahir dan yang batin, tiada isu akan yang ada dan yang tidak ada, tiada risau yang boleh atau yang tidak boleh. Segalanya amat sempurna dan lengkap sekali. Yang baik itu baik. Yang buruk juga baik. Yang elok itu elok. Yang tidak elok itu juga elok. Apa-apa dan segalanya yang Allah jadikan itu "SEMPURNA" tiada cacat cela dan tiada salah betul. Maha suci Allah dari segala apa-apa yang kita sangka-sangkakan. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

Bersyukurlah kita dan beradablah kita setiap saat hanya pada Allah. Jika sudah di beri faham dan tahu akan hakikat kebenaran jangan pula berakhlak seperti orang jahil. Jangan lah menuduh atau mengata yang lain salah, yang lain tak betul. Walhal segalanya tetap betul dan tetap sempurna walau macam mana sekali pun kerana segala nya berlaku tetap atas "KEHENDAK" Allah. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

Alam yang kita alami, fikiran yang kita fikirkan, rasa yang kita rasai itu semua adalah umpama dan istilah yang Allah berikan dan anugerahkan agar kita mampu mengalami, mampu berfikir, dan mampu merasa. Apabila boleh alami, fikir dan rasa maka hiduplah kita di dalam dunia "ISTILAH" dan "UMPAMA" ini. Segalanya itu adalah "ISTILAH" dan kita hidup dan "ADA" itu adalah hanya pada "ISTILAH" sahaja. Maka pada "ISTILAH" ini lah kita perlu mengikut segala peraturan dan ketetapan yang Allah tentukan. Tiada pilihan kerana pilihan kita juga masih istilah. Apabila sudah faham dan di beri faham maka tiada lagi "BAHASA" atau "ISTILAH" lagi. Maka akan terbuka lah "HAKIKAT" (walhal ini juga masih istilah). Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.