Dalam lagu "Fateh" ada lirik berbunyi:
"800 Tahun Penantian,
Konstantin Akhir di Tawan,
Panji Islam dikibar Hasan,
Tubuh Syahid Jiwa dikorban"
Siapa dia Hasan ni?
Nama penuh beliau adalah "Hasan Ulubete",
Beliau merupakan panglima tentera Muhammad Al Fateh,
Yang merupakan ara antsebaik baik tentera sebagaimana disabdakan Nabi Muhammad Saw.
Tentera fateh cuba menyerang Kota Kontantinople selama 44 hari tapi masih gagal,kemudian Sultan Muhammad Fateh mengubah strateginya dan kisah ini juga tercatit dalam lirik lagu fateh iaitu,
"Tentera Fateh pun Datang,
Hadis Nabi Kuatkan Iman,
Layar Kapal Rentas Daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan"
Dengan meriam yang dicipta oleh Urban,
tentera fatih berjaya menembak tembok besar kontatinople,
dan dalam ruang itu,
Hasan Ulubete bersama 40 tentera menyerbu masuk,
Dan hinggalah saat beliau berjaya memacakkan bendera turki di menara kota konstatinople.
Tapi adakah kejayaan itu percuma?
TIDAK sama sekali kerana beliau syahid di situ juga,
kerana panahan bertalu talu tentera Kontatinople..
Laungan takbir beliau dan syahidnya beliau menaikkan semangat tentera Fateh sehingga akhirnya,
""800 Tahun Penantian,
Konstantin Akhir di Tawan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.