setiap amalan mesti bermula dengan niat
dan niat itu mesti hanya kerana Allah
kenapa mesti kerana Allah ?
kerana " Tidak bergerak sebesar zarah pun tanpa izin Dia .. "
kerana " Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada .. "
kerana " Dia-lah yang berbuat segala sesuatu .. "
kerana " Dia-lah yang melontar .. "
kerana " Dia-lah yang menciptakan .. "
kerana " Dia-lah Tuhan kamu .. "
Dia-lah segala-gala
dan semuanya terjadi kerana Dia
atas kehendak Dia
atas kuasa Dia
Dia .. Dia .. Dia ..
" Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu , tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu , maka beribadatlah kamu kepadaNya.
Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya. "
( Al-An'aam : 102 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.