Dulu Bergelar Al-Amin, Setelah Menjadi Rasul, Dituduh Pendusta
Pada mulanya Baginda Rasulullah digelar Al-Amin (dipercayai), setelah bergelar Rasulullah, kenapa Rasulullah digelar pendusta, penipu, ahli sihir, pembelot dan perosak agama, kenapa?
Sebabnya adalah kerana Rasulullah mengajar ilmu rohani. Bilamana mengajar ilmu rohani, ramailah yang di antaranya tidak faham. Bilamana tidak faham, maka dituduhlah dengan tuduhan pendusta, pembelot, penipu, ahli sihir, sesat, salah dan sebagainya. Begitu juga dengan para guru makrifat, guru makrifat itu, adalah guru yang mengajar ilmu rohani, itulah makanya selalu dituduh sesat atau salah. Ilmu rohani itu, adalah ilmu yang hanya dapat dimengerti oleh rohani, bilamana ilmu makrifat dimengerti dengan menggunakan ilmu akal, itulah makanya dituduh sesat atau salah. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rohani, untuk itu, hanya rohani sahaja yang memahami bahasa rohani.Cuba tuan-tuan fikir, apakah setelah menjadi Rasul, Muhammad yang pada asalnya bergelar Al-Amin itu bertukar kepada Muhammad yang lain? Bukankah Muhammad dahulu itu, adalah Muhammad yang sama jua, tetapi kenapa setelah diangkat menjadi Rasul, Muhammad yang dulunya bergelar Al-Amin, tidak lagi dipanggil Al-Amin?
Antara sebab tidak lagi dipanggil Al-Amin oleh penduduk Mekah pada masa itu, adalah kerana Muhammad membawa kebenaran. Semasa tidak membawa kebenaran, mereka menggelar Baginda Rasulullah sebagai Al-Amin, tetapi setelah bergelar Rasul, mereka tidak lagi memanggil Al-Amin sebaliknya memanggil Rasulullah dengan panggilan pendusta, penipu dan sihir.
Begitu juga dengan ahli-ahli makrifat. Setelah mereka memberi kebenaran, maka itulah sebabnya dituduh sesat dan salah! Jika kita memberi kebenaran, ajaran yang betul dan ajaran yang benar, maka di situlah akan dituduh sesat, salah dan tidak benar. Jadi fenomena inilah yang dihadapi oleh pejuang makrifat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.