Pages

Memaparkan catatan dengan label rasulullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rasulullah. Papar semua catatan

Khamis, 26 Januari 2017

Diri sebenar diri inilah Roh, Muhammad, atau Rasul

Assalamualaikum...

Sahabat-sahabat yang dihormati. Sesungguhnya di luar sana jutaan "manusia" dan "jin" ingin mempelajari serta mengetahui ilmu makrifat.

Dari jumlah tersebut hanya berapa ramai yang Allah tentukan untuk mempelajari, memahami, menyakini dan mengenali Haq dan Bathil.

Ingat bathil itu adalah segala persangkaan atau segala yang bersifat makhluk, termasuk sesuatu yang lahir, terbit serta anggapan "keakuan". Itulah bathil. Dan bathil sifatnya adalah binasa serta tiada.

Adapun yang Haq pula adalah Wujud selain atau selepas tiada/binasanya sekelian makhluk termasuk keakuan itu tadi.

Setelah binasanya diri bathil atau keakuan itulah, maka diri atau batang tubuh yang sama sama ada tubuh zahir atau batin, Berubah atau bertukar kepada Diri
sebenar Diri.

Dan inilah yang Haq. Diri sebenar diri inilah Roh, Muhammad, atau Rasul . Roh inilah yang sebelum binasa atau makrifat merupakan Diri Bathil yang terhasil dari Lupanya si Roh pada dirinya sendiri lantaran terpesona dlm penjara tubuh jasad atau alam kasar.

Sehingga menyangka dirinya ada seperti adanya Allah. Maka itulah jalan Tarekat, Hakikat dihidang sebagai landasan untuk kembali mengenal diri seperti fitrahnya yang Adom atau Tiada.

Setelah sempurna mengenal serta memahami hakikat diri atau roh, maka dari yang bathil, roh yang mengenal menjadi Yang Hidup.

Mengapa Roh, Diri sebenar diri atau Yang hidup "menjadi Allah"??

Sesungguhnya:
* Tiada wujud selain Allah.
* Diri itu Roh, roh itu Hayat, hayat itu Hidup dan hidup itulah Allah.

Sempurna mengenal, faham serta yakin serta dapat membezakan antara yang bathil dan yang haq, itulah maknanya "Telah memperolehi Al Furqan".

Ditegaskan lagi, kemusnahan kebathilan itu hendaklah dengan cara total atau menyeluruh... afaalnya, sifatnya, asmanya serta zatnya. Hendaklah meliputi tanpa ada bathil yang tertinggal untuk dibinasa atau dinafikan.

Sesungguhnya menNyatanya yang hak adalah setelah binasa semua kebathilan.

Setelah diri yang haq nyata, **Jangan pulak lupa apa yang selalu disebut-sebut dengan sifat Maani diambil semula**

Kerana gagal untuk kembali mengambilnya, itu yang masih bersangka boleh Itu dan ini biarpun macam dah makrifat. Masih bersangka dah mati masih boleh untuk itu dan ini.

Hendaklah diambil semula 7 sifat maani yang dinafikan sewaktu dijalan belajar atau kenal diri.

Diambil dan digunakan semula. Jika dulu diri bathil yang tiada disangka yang menggunakannya, kini diri yangg hiduplah yang menggunakannya.

Maka bermulalah yang berjalan, melihat,mendengar dan lain2 sifat maani tersebut, digunakan oleh Yang Hidup.

Berkekalan dalam menggunakan sifat maani inilah BAQO. Maka baqolah yang hidup dalam kandung atau pangkuan Allah. Hidup dan tidak ada lagi kematian.

Ingat beza antara Qadim dan Baqo.
Seperti bezanya antara Alim dan Ariff.

Setelah baqo inilah baru "LAYAN". Layan pulak dari kandung Allah, kamar Allah, pangkuan Allah. Maka bermulalah kepatuhan Yang Hidup terhadap " Syariat".

Jika sebelum Baqo, syariat yang wajib dipatuhi adalah Syariat Nabi atau jika ilmunya adalah Feqah.

Tetapi syariat yang wajib dipatuhi atau dilayan oleh yang hidup atau roh yang mengenal adalah Syariat Allah. Yang dimaksudkan dengan syariat Allah adalah semua gerak Roh. Dan inilah juga maksud "sunah rasul" atau perbuatan Roh.

Setelah tercapai kedudukkan ini, maka cukupkah apa yg perlu dikenal dan tersingkaplah sudah "rahasiaNya" yang menjadi amanah. Maka kenallah, bertemulah diri yang bathil akan diriNya sendiri. Dan itulah Allah.

Maka jasad hanya patuh taat syariat atau arahan roh.

Manakala roh patuh taat akan perintah dari yang tidak berhuruf tidak bersuara iaitu Tuhan semesta Alam.

Roh dalam menyampaikan arahan kepada jasad, berlaku tanpa adanya arahan dalam bentuk bersuara atau bertulis. Tanpa keduanya, arahan roh tajali pada jasad.

Berbeza dengan Roh, arahan dilaksanakan dari yang tidak berhuruf tidak bersuara dama bentuk "suratan takdir" ketentuan terperinci yang telah Allah siapkan.

Kun... tinggal lagi fayakun mengikut bentuk, corak, masa dan ketika yang juga telah Allah siapkan.

Bertemu kenalnya (makrifatnya)

Selasa, 1 Julai 2014

Biodata Ringkas Nabi Muhammad s.a.w

Biodata Ringkas Nabi Muhammad s.a.w
NAMA : 
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manap bin Qusai bin Kilab bin Ka'ab bin bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Nazar bin Kinanah bin Khuzaman bin Mudrikah bin Ilyas bin Mazar bin Ma'ad bin Adnan.

TARIKH LAHIR : 
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
TEMPAT LAHIR : 
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

NAMA BAPA : 
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

NAMA IBU : 
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

PENGASUH PERTAMA : 
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

IBU SUSU PERTAMA : 
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

IBU SUSU KEDUA : 
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

IBU SUSU KEDUA : 
Al-Amin atau yang dipercayai.

NAMA ISTERI PERTAMA : 
Siti Khadijah.

UMUR KETIKA BERKAHWIN : 
25 tahun.

NAMA DATUK : 
Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.

NAMA BAPA SAUDARA : 
Abu Talib.

UMUR DIANGKAT MENJADI RASUL : 
40 tahun.

MULA MENERIMA WAHYU : 
610 Masihi.

BERDAKWAH SECARA SEMBUNYI : 
3 tahun.

BERDAKWAH SECARA TERANG : 
10 tahun.

TARIKH HIJRAH KE MADINAH : 
Khamis 1 Rabiulawal tahun ke 13 selepas diangkat menjadi Rasulullah s.a.w. Berumur 53 tahun / 624 Masihi.

TARIKH WAFAT : 
Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi.

UMUR KETIKA WAFAT : 
63 tahun.

KUBUR : 
Madinah Al-Munawarah

Isnin, 19 Mei 2014

Dulu Bergelar Al-Amin, Setelah Menjadi Rasul, Dituduh Pendusta


Dulu Bergelar Al-Amin, Setelah Menjadi Rasul, Dituduh Pendusta



Pada mulanya Baginda Rasulullah digelar Al-Amin (dipercayai), setelah bergelar Rasulullah, kenapa Rasulullah digelar pendusta, penipu, ahli sihir, pembelot dan perosak agama, kenapa?
Sebabnya adalah kerana Rasulullah mengajar ilmu rohani. Bilamana mengajar ilmu rohani, ramailah yang di antaranya tidak faham. Bilamana tidak faham, maka dituduhlah dengan tuduhan pendusta, pembelot, penipu, ahli sihir, sesat, salah dan sebagainya. Begitu juga dengan para guru makrifat, guru makrifat itu, adalah guru yang mengajar ilmu rohani, itulah makanya selalu dituduh sesat atau salah. Ilmu rohani itu, adalah ilmu yang hanya dapat dimengerti oleh rohani, bilamana ilmu makrifat dimengerti dengan menggunakan ilmu akal, itulah makanya dituduh sesat atau salah. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rohani, untuk itu, hanya rohani sahaja yang memahami bahasa rohani.

Cuba tuan-tuan fikir, apakah setelah menjadi Rasul, Muhammad yang pada asalnya bergelar Al-Amin itu bertukar kepada Muhammad yang lain? Bukankah Muhammad dahulu itu, adalah Muhammad yang sama jua, tetapi kenapa setelah diangkat menjadi Rasul, Muhammad yang dulunya bergelar Al-Amin, tidak lagi dipanggil Al-Amin?

Antara sebab tidak lagi dipanggil Al-Amin oleh penduduk Mekah pada masa itu, adalah kerana Muhammad membawa kebenaran. Semasa tidak membawa kebenaran, mereka menggelar Baginda Rasulullah sebagai Al-Amin, tetapi setelah bergelar Rasul, mereka tidak lagi memanggil Al-Amin sebaliknya memanggil Rasulullah dengan panggilan pendusta, penipu dan sihir.

Begitu juga dengan ahli-ahli makrifat. Setelah mereka memberi kebenaran, maka itulah sebabnya dituduh sesat dan salah! Jika kita memberi kebenaran, ajaran yang betul dan ajaran yang benar, maka di situlah akan dituduh sesat, salah dan tidak benar. Jadi fenomena inilah yang dihadapi oleh pejuang makrifat.

Rabu, 7 Mei 2014

Mengadakan Pengakuan Untuk Mendapat Pengakuan

Mengadakan Pengakuan Untuk Mendapat Pengakuan: 

Untuk mendapat pengakuan hendaklah kita mengadakan pengakuan. Siapa yang mengadakan Pengakuan, kepada siapa pengakuan diadakan dan dari siapa pengakuan itu kita perdapat?

Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan niat. Setelah kita mendapat kepastian tentang Diri kita, maka hendaklah kita me-ada-kan “Pengakuan” terhadap ALLAH , TUHAN YANG MAHA ESA dengan mengucapkan “Dua kalimah syahadat” berulang ulang tiga kali: 

“ASYADUANLAILAH ILLALLAH WAASYADUANNA MUHAMMADARRASULLAH”
Yang ertinya: Naik saksi Aku bahawa tiada NYATA melainkan hanya ALLAH – Muhammad Rasul ALLAH.

Rasul ALLAH, utusan TUHAN, maka adalah hikmah yang terkandung dalam dua kalimah syahadat antara lain ialah: 

“PENGAKUAN DAN PANGKAT ATAU MARTABAT” 

Untuk me-ada-kan pengakuan terhadap TUHAN yang kita sembah itu, kita harus berjalan (bertarikat) dan yang berjalan itu bukan badan kita, melainkan Dia, Diri yang telah kita temui dan kita berjalan menurutkan jalannya, kalau kita yang diluar yang mencari TUHAN, kemana akan kita pergi mencari nya? 

Masuk kah di akal, kita yang berupa dan bertempat, dapat mencari dan menemuinya yang tidak berupa dan bertampan?? Kita ketahui Dia ada dimana mana, maksudnya di mana mana sahaja, Dia ada tapi tiada, ke-ada-annya di dalam TIDAK ADA, bagi orang yang mahu berfikir, dapat membenarkan dan mengakui akan ke-ada-annya dengan tanda tanda yang telah ditemuinya dan kitab kitab banya menyakinkan akan keada-annya. 

Bagi orang yang mau memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya yang maha kuasa itu. Akan dapatkah si badan kasar menemui yang Maha Ghaib?? Tentu tidak dan pasti tidak. Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan Diri lah yang tahu jalan untuk kesana, kerana Dia berasal dari sana dan kesana pula tempatnya kembali. 

Lain hal nya badan, yang dijadikan dari yang telah dijadikan NYA, yaitu dari tanah barang yang mati, dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati atau meninggal badannya dikembalikan keasalnya yaitu ketanah. 

Dan adalah bagi kita setelah menemui Diri sendiri, jalan untuk ke SANA telah terbuka, mencari yang GHAIB HENDAKLAH DENGAN YANG GHAIB, para ariffin dan budiman mengatakan siapa yang mengenal Diri akan mengenal TUHAN dan siapa yang menemui Diri nya akan menemui TUHAN dengan sendirinya. 

Sekarang kita telah menemui Diri kita, sudahkan kita menemui TUHAN yang kita sembah?? Bagaimana kita menemui dan dalam keadaan bagaimana kita menemuinya??

Ahad, 6 April 2014

ORANG YANG MUFLIS DI AKHIRAT.


Di laman sosial hari ini, manusia tanpa segan silu mencaci maki sesiapa jua yang mereka rasa patut dimaki. Kita patut merasa kesal dengan perbuatan itu kerana kita sebenarnya sedang memberi pahala kebaikan yang pernah kita perolehi kepada yang dimaki. Beruntunglah orang yang dimaki.

ORANG YANG MUFLIS DI AKHIRAT.

Apa yang kita cakap dan taip berkenaan orang lain bukan sahaja akan didedahkan pada Hari Pembalasan kelak, tetapi ia bakal menjadikan kita muflis. Perhatikan hadith berikut. Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah bertanya: “Tahukah kalian siapa orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Bagi kami muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta.”

Lalu (Rasulullah) menjelaskan: 

“Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan (membawa pahala) solat, puasa, zakat, akan tetapi (semasa di kehidupan dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang (tanpa bukti), memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang.

Maka akan diberikan kepada orang yang dia pernah zalimi itu dari pahala kebaikannya sendiri (pahala solat, puasa zakat) dan begitulah seterusnya kepada orang lain yang dia pernah zalimi itu. Jika telah habis pahala kebaikannya sementara masih berbaki kesalahannya kepada orang-orang yang pernah dia zalimi di dunia dahulu, maka akan diambil dosa kesalahan orang yang dia zalimi itu dan dibebankan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka. (Sahih Muslim, no 2581)

Jumaat, 4 April 2014

Rasulullah bersabda tentang sesuatu yang lebih menakutkan daripada kedatangan dajal


Rasulullah bersabda: "Mahukan aku khabarkan kepada sekalian sesuatu yang lebih aku takutkan terhadap kalian daripada kedatangan dajal?

"Bahkan,kami mahu!" Maka Rasulullah bersabda, "Syirik khafi; iaitu seseorang solat,lalu menghiasi solat,kerana ada orang yang memperhatikan solatnya."
(Riwayat Ibnu Majjah)

Selasa, 1 April 2014

Subhanallah! Replika Rekaan Dalaman Rumah Rasulullah SAW

Subhanallah! Ini adalah gambar yang memaparkan replika rekaan dalam rumah Rasulullah SAW. Jika kita lihat, rasulullah SAW hidup serba kekurangan dan sangat berbeza dengan kehidupan kita pada hari ini. Kita dihidangkan dengan makanan yang lazat, kediaman yang mewah, tetapi kehidupan Rasulullah SAW penuh dengan keserderhanaan. Antara contoh yang perlu ikuti iaitu hidup dalam keadaan sederhana dan bukan bermewah-mewahan kerana kita hanya hidup sementara di dunia ini.
rumah rasulullah
Subhanallah. Ini adalah replika rumah Nabi yang mulia Rasulullah SAW yang bersandarkan hadis yang sahih.Replika ini dipertontonkan di Jeddah. Betapa ‘ringkas’nya kehidupan Rasulullah SAW.
Disaat kita merengek-rengek mahukan rumah yang mewah dan selesa bagaikan mahu tinggal di dunia buat selama-lamanya. Lihatlah bagaimana rumah junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW yang hanya menjadikan rumah di dunia ini sebagai sebuah ‘pondok’ persinggahan menuju ke dunia yang satu lagi.
Usah kita sibuk mencari dan bertanyakan kepada orang lain, mengapa mereka tidak boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sebaliknya tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita tak mampu bertindak seperti Rasulullah SAW.

Sabtu, 29 Mac 2014

Iman ada pasang surutnya


Iman ada pasang surutnya

Sa’id bin Abdul Aziz mengkhabarkan kepada kami dari Bilal bin Sa’ad, bahawa Abu Ad-Darda berkata, “Ibnu Rawahah memegang tanganku sambil berkata, ‘Kemarilah, kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati itu lebih cepat berbolak-balik daripada periuk yang sedang mendidih.” [Hadist ini bersanad Shahih, dalam Buku Zuhud Ibnu Al Mubarak, Juz 3, hal. 236]


Rasulullah s.a.w bersabda: "perbaharui iman kamu!!", baginda ditanya: "wahai Rasulullah bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami?", baginda bersabda: "perbanyakkan ucapan lah ilaha illa Allah". (Hadis riwayat Ahmad).

Khamis, 27 Mac 2014

Apabila seorang hamba berwudhu

Menghapuskan kesalahan-kesalahan yang diperbuat oleh jasad.
Dari Abdulla Ash-Shanaji radiallahuanhu, Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : “Apabila seorang hamba berwudhu, lalu berkumur, maka dikeluarkanlah (dihapuskan) kesalahan-kesalahan itu dari mulutnya. Apabila ia memasukkan air ke rongga hidung, maka keluarlah kesalahan-kesalahan itu dari hidungnya.
Apabila ia membasuh wajahnya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan yang pernah ia perbuat dengan wajahnya, sehingga kesalahan-kesalahan yang pernah terjadi keluar dari bawah tempat tumbuhnya rambut dari kedua matanya.
Apabila ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan itu dari kedua tangannya, sehingga kesalahan-kesalahan yang pernah terjadi dari bawah (celah) kukunya.
Apabila ia mengusap kepalanya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan itu dari kepalanya, sehingga kesalahan-kesalahan itu keluar dari kedua telinganya.
Apabila membasuh kedua kakinya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan tersebut dari kedua kakinya, sehingga kesalahan-kesalahan yang pernah terjadi dari bawah kuku-kuku kedua kakinya. Kemudian perjalanannya ke masjid dan shalatnya merupakan nilai ibadah tersendiri baginya” HR Ibnu Majah

Dari sayyidina Umar RA, dari Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : Maaminkum min ahadin yatadhou fayablaghul wudhu, tsumma yaquulu “Tidaklah seseorang dari kalian berwudhu secara sempurna, lalu mengucapkan : Asy-hadu allaa ilaaha illallooh wahduu laa syarika lah wa asy-hadu anna Muhammadan abduhu wa rosuuluh", "illaa futihat lahu abwaabul jannatitstsamaaniyaH" melainkan kelak akan dibukakan untuknya 8 pintu syurga yang kepadanya dipersilakan untuk masuk melalui pintu mana saja yang ia sukai”
Dari berbagai keutamaan yang telah diuraikan di atas perlu digarisbawahi bahwa keutamaan tersebut hanya dimiliki oleh wudhu yang telah sempurna. Kesempurnaan wudhu ini tentu saja dikembalikan kepada syarat ibadah secara mutlak yakni ikhlas karena Allah dan ittiba (mengikuti contoh dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam),
** (SAAB) **®™.سيد أحمد بين الوعي بركبه
Menghapuskan kesalahan-kesalahan yang diperbuat oleh jasad.
Dari Abdulla Ash-Shanaji radiallahuanhu, Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : “Apabila seorang hamba berwudhu, lalu berkumur, maka dikeluarkanlah (dihapuskan) kesalahan-kesalahan itu dari mulutnya. Apabila ia memasukkan air ke rongga hidung, maka keluarlah kesalahan-kesalahan itu dari hidungnya.

Apabila ia membasuh wajahnya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan yang pernah ia perbuat dengan wajahnya, sehingga kesalahan-kesalahan yang pernah terjadi keluar dari bawah tempat tumbuhnya rambut dari kedua matanya.

Apabila ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan itu dari kedua tangannya, sehingga kesalahan-kesalahan yang pernah terjadi dari bawah (celah) kukunya.
Apabila ia mengusap kepalanya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan itu dari kepalanya, sehingga kesalahan-kesalahan itu keluar dari kedua telinganya.

Apabila membasuh kedua kakinya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan tersebut dari kedua kakinya, sehingga kesalahan-kesalahan yang pernah terjadi dari bawah kuku-kuku kedua kakinya. Kemudian perjalanannya ke masjid dan shalatnya merupakan nilai ibadah tersendiri baginya” HR Ibnu Majah

Dari sayyidina Umar RA, dari Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : Maaminkum min ahadin yatadhou fayablaghul wudhu, tsumma yaquulu “Tidaklah seseorang dari kalian berwudhu secara sempurna, lalu mengucapkan : Asy-hadu allaa ilaaha illallooh wahduu laa syarika lah wa asy-hadu anna Muhammadan abduhu wa rosuuluh", "illaa futihat lahu abwaabul jannatitstsamaaniyaH" melainkan kelak akan dibukakan untuknya 8 pintu syurga yang kepadanya dipersilakan untuk masuk melalui pintu mana saja yang ia sukai”

Dari berbagai keutamaan yang telah diuraikan di atas perlu digarisbawahi bahwa keutamaan tersebut hanya dimiliki oleh wudhu yang telah sempurna. Kesempurnaan wudhu ini tentu saja dikembalikan kepada syarat ibadah secara mutlak yakni ikhlas karena Allah dan ittiba (mengikuti contoh dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam),
** (SAAB) **®™.سيد أحمد بين الوعي بركبه

Isnin, 24 Mac 2014

KEUTAMAAN MENJENGUK ORANG SAKIT

KEUTAMAAN MENJENGUK ORANG SAKIT

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Tidaklah seorang muslim yang menjenguk muslim yang sedang sakit di pagi hari, kecuali ada 70 ribu malaikat yang mendoakannya hingga sore hari. Dan jika ia menjenguknya di sore hari, ada 70 ribu malaikat yang mendoakannya hingga pagi hari, dan baginya sebuah taman di surga”. (HR. Tirmidzi, Shahih).

“Siapa yang menjenguk orang sakit, maka ada seorang yang berseru dari langit: “kamu adalah orang baik, dan langkahmu juga baik dan engkau berhak menempati satu tempat di surga.” (HR. Ibnu Majah, al-Tirmidzi, dan ahmad, Shahih).

Semoga kita bisa mengambil pelajaran dan mengamalkannya. Aamiin.
KEUTAMAAN MENJENGUK ORANG SAKIT

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Tidaklah seorang muslim yang menjenguk muslim yang sedang sakit di pagi hari, kecuali ada 70 ribu malaikat yang mendoakannya hingga sore hari. Dan jika ia menjenguknya di sore hari, ada 70 ribu malaikat yang mendoakannya hingga pagi hari, dan baginya sebuah taman di surga”. (HR. Tirmidzi, Shahih).

“Siapa yang menjenguk orang sakit, maka ada seorang yang berseru dari langit: “kamu adalah orang baik, dan langkahmu juga baik dan engkau berhak menempati satu tempat di surga.” (HR. Ibnu Majah, al-Tirmidzi, dan ahmad, Shahih).

Semoga kita bisa mengambil pelajaran dan mengamalkannya. Aamiin.
_________________________
Kisah Nyata - Sebagai Bahan Renungan Bagi yang Ingin Segera Hamil :

Baca yuk di FP ini : @[425791027517103:274:Kaligrafi]

Insya Allah bermanfaat

Rabu, 19 Mac 2014

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH


KISAH IBLIS BERTEMU

DENGAN RASULULLAH




"Ketika kami sedang bersama
Rasulullah SAW di kediaman seorang
sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar
panggilan seseorang dari luar
rumah:"Wahai penghuni rumah,
bolehkah aku masuk? Sebab kalian
akan memerlukanku. "Rasulullah
bersabda : "Tahukah kalian siapa
yang memanggil?"Kami menjawab :
"Allah dan rasulNya yang lebih
tahu."Beliau melanjutkan, "Itu iblis,
laknat Allah bersamanya.




Umar bin Khattab berkata: "Izinkan
aku membunuhnya wahai
Rasulullah"
Nabi menahannya :" Sabar wahai
Umar, bukankah kamu tahu bahwa
Allah memberinya kesempatan
hingga hari kiamat? Lebih baik
bukakan pintu untuknya, sebab dia
telah diperintahkan untuk ini,
fahamilah apa yang hendak ia
katakan dan dengarkan dengan
baik."




Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu
dibuka, ternyata dia seperti seorang
tua yang cacat satu matanya. Di
janggutnya terdapat 7 helai rambut
seperti rambut kuda, taringnya
terlihat seperti taring babi, bibirnya
seperti bibir sapi..




Iblis berkata: "Salam untukmu
Muhammad.... Salam untukmu para


hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab :
"Salam hanya milik Allah SWT,
sebagai mahluk terlaknat, apa
keperluanmu? "
Iblis menjawab : "Wahai Muhammad,
aku datang ke sini bukan atas
kemahuanku, namun kerana
terpaksa."




"Siapa yang memaksamu? "
"Seorang malaikat utusan Allah
mendatangiku dan berkata:
"Allah SWT memerintahkanmu untuk
mendatangi Muhammad sambil
menundukkan diri. Beritahu
Muhammad tentang caramu dalam
menggoda manusia. Jawablah
dengan jujur semua pertanyaannya.
Demi kebesaran Allah, andai kau
berdusta satu kali saja, maka Allah
akan jadikan dirimu debu yang
ditiup angin."




"Oleh kerana itu aku sekarang
mendatangimu. Tanyalah apa yang
hendak kau tanyakan. Jika aku
berdusta, aku akan dicaci oleh setiap
musuhku. Tidak ada sesuatu pun
yang paling besar menimpaku
daripada cacian musuh."
ORANG YANG DIBENCI IBLIS
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada
Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah
manusia yang paling kau benci?"
Iblis segera menjawab: " Kamu,
kamu dan orang sepertimu adalah
mahkluk Allah yang paling aku
benci."




"Siapa selanjutnya? "
"Pemuda yang bertakwa yang
memberikan dirinya mengabdi
kepada Allah SWT."
"Lalu siapa lagi?"
"Orang Alim dan wara'"
" Lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci."
"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak
pernah mengeluhkan kesulitannnya
kepada orang lain."
"Apa tanda kesabarannya? "




" Wahai Muhammad, jika ia tidak
mengeluhkan kesulitannya kepada
orang lain selama 3 hari, Allah akan
memberi pahala orang - orang yang
sabar."
"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur."
"Apa tanda kesyukurannya ?"
"Ia mengambil kekayaannya dari
tempatnya, dan mengeluarkannya
juga dari tempatnya ."
"Orang seperti apa Abu Bakar
menurutmu?"
"Ia tidak pernah menurutiku di masa
jahiliyah, apalagi dalam Islam."
"Umar bin Khattab?"
"Demi Allah setiap berjumpa
dengannya aku pasti kabur. "
"Usman bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang
malaikat pun malu kepadanya ."
"Ali bin Abi Thalib?"
" Aku berharap darinya agar kepalaku
selamat, dan berharap ia
melepaskanku dan aku
melepaskannya. Tetapi ia tak akan
mahu melakukan itu." (Ali bin Abi
Thalib selau berdzikir terhadap Allah
SWT)


AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI

IBLIS
"Apa yang kau rasakan jika melihat
seseorang dari umatku yang hendak
solat?"
"Aku merasa panas dingin dan
gementar. "
"Kenapa?"
"Sebab, setiap seorang hamba
bersujud 1x kepada Allah, Allah
mengangkatnya 1 darjat."
"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia
berbuka ."
"Jika ia berhaji?"
"Aku seperti orang gila. "
"Jika ia membaca al-Quran?"
"Aku merasa meleleh laksana timah
di atas api."
"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut
membelah tubuhku dengan gergaji."
"Mengapa jadi begitu? "
"Sebab dalam sedekah ada 4
keuntungan baginya... Iaitu
keberkahan dalam hartanya,
hidupnya disukai, sedekah itu kelak
akan menjadi hijab antara dirinya
dengan api neraka dan segala
macam musibah akan terhalau dari
dirinya."
"Apa yang dapat mematahkan
pinggangmu?"
"Suara kuda perang di jalan Allah."
"Apa yang dapat melelehkan
tubuhmu?"
"Taubat orang yang bertaubat."
"Apa yang dapat membakar hatimu?"
"Istighfar di waktu siang dan malam."
"Apa yang dapat mencoreng
wajahmu?"
"Sedekah yang diam - diam. "
"Apa yang dapat menusuk matamu?"
"Solat fajar(subuh)."
"Apa yang dapat memukul
kepalamu? "
"Solat berjamaah."
"Apa yang paling mengganggumu? "
"Majlis para ulama."
"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."
"Dimanakah kau menaungi anak -
anakmu di musim panas?"
"Di bawah kuku manusia."
Subhanallah ,Semoga Kita
Termasuk Orang-Orang Yang Diberi
Hidayah Oleh ALLAH SWT, Aamiin...