Kisah Barsiso
Ada sebuah kisah juga berlaku di zaman Bani
Israil, seorang 'Abid yang bernama Barsiso.
Dia merupakan seorang mahaguru dan
mempunyai 60 000 orang murid yang boleh
terbang di atas angin kerana berkatnya.
Barsiso merupakan seorang yang kuat
beribadat sehingga malaikat takjub
melihatnya.
Oleh kerana itu berkatalah Allah SWT kepada
para malaikat,
“ Mengapa kalian semua takjub melihat
Barsiso beribadat? Sesungguhnya Akuamat
mengetahui apa kamu tidak ketahui. Barsiso
yang kamu takjub itu akan mati kafir dan
kekal di dalam neraka buat selama-lamanya".
Hal kematian Barsiso yang akan mati dalam
keadaan kafir telah didengari oleh syaitan.
Maka syaitan pun bersegera menuju ke
tempat Barsiso sedang beribadat dalam
keadaan menyamar dirinya sebagai manusia
yang abid lagi soleh.
Setelah syaitan itu sampai ke tempat Barsiso
beribadat, lantas dia menyeru Barsiso dari
luar. Barsiso yang mendengar namanya
dipanggil terus menyahut seruannya dan
bertanya"Siapakah tuan?"
Maka syaitan pun menjawab,
"Aku seorang Abid datang untuk menemani
tuan beribadat kepada Allah SWT".
Apabila mendengar jawapan si syaitan,
Barsiso lantas menjawab "barang siapa yang
datang ke sini untuk beribadat kepada Allah,
Allah akan mengadakan teman baginya,
silakanlah wahai abid untuk beribadat
bersama-sama denganku"
Maka syaitan tadi pun beribadat 3 hari 3
malam, tidak tidur, tidak makan dan tidak
pula minum . Ini menyebabkan Barsiso
berasa kagum dengan teman barunya itu
keranaia lebih kuat beribadat daripadanya.
Maka berkatalah Barsiso,
"Aku beribadat kepada Allah SWT 220 tahun
lamanya tetapi aku tidak pula sanggup untuk
meninggalkan tidur, makan dan minum
seperti tuan. Bagaimanakah aku hendak
beribadat seperti tuan?"
Apabila mendengar soalan Barsiso, maka
berkatalah Syaitan
"Wahai tuan, lakukanlah maksiat kepada
Allah, kemudian engkau bertaubat kepada-
Nya, sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang”.
Barsiso terkejut lantas bertanya "Mengapa
pula aku mesti mengerjakan maksiat kepada
Allah, sedangkan aku telah lama beribadat
kepadaNya?"
Maka syaitan pun menjawab,
"Manusia apabila melakukan dosa, mereka
sangat berhajat untuk meminta keampunan
daripada-Nya hingga engkau boleh merasai
betapa lazatnya melakukan ketaatan kepada
Allah SWT setelah melakukan dosa".
Barsiso bertanya lagi,
"Apakah dosa yang tuan maksudkan ?"
Jawab syaitan,
"Cubalah engkau berzina"
Barsiso bertegas untuk tidak melakukannya.
Lantas syaitan berkata,
"Kalau engkau tidak mahu berzina, maka
bunuhlah seorang muslim".
Sekali lagi Barsiso menolak nasihat syaitan
tersebut.
Tanpa berputus asa, syaitan berkata lagi,
"Kalau engkau tidak mahu membunuh, maka
minumlah minuman yang memabukkan"
Lantas Barsiso menjawab,
"Ya! itulah yang lebih ringan"
Maka baryiso bertanya kepada syaitan,
" Di manakah aku boleh mendapatkan
minuman itu?"
Jawab syaitan,
“Pergilah ke kampung sekian-sekian".
Maka Barsiso pun pergi ke kampung yang
dimaksudkan untuk mendapatkan minuman
tersebut. Sampai di kampung tersebut, dia
berjumpa dengan seorang wanita cantik yang
sedang menjual khamar.
Barsiso membeli minuman tersebut dan
meminumnya.Tidak lama kemudian, dia pun
mabuk Dalam keadaan mabuk dia berzina
dengan perempuan penjual khamar itu.Tiba-
tiba suami perempaun itu pulang ke rumah.
Oleh kerana merasa takut rahsianya
terbongkat, maka Barsiso telah membunuh
suami perempuan tersebut.
Sesudah itu Syaitan menyerupai dirinya
sebagai manusia antas bertemu dengan raja
untuk menberitahukan kisah Barsiso yang
telah melakukan kesalahan membunuh. Raja
telah memerintahkan agar Barsiso ditangkap.
Setelah sabit kesalahan, maka Barsiso dipukul
80 kali kerana kesalahan meminum khamar,
100 kali sebatan kerana kesalahan berzina
dan juga dijatuhkan hukuman sula kerana
membunuh suami perempuan itu.
Ketika Barsiso sedang berdiri terpacak di
tiang sula.Lantas syaitan berjumpa dengannya
menyamar menjadi Raja dan bertanya,
"Wahai Barsiso, bagaimanakah keadaanmu
sekarang?"
Jawab Barsiso,
"Beginilah keadaanku apabila terpedaya
dengan seorang teman yang jahat lagi
pengkhianat".
Syaitan berkata lagi, "Ketika saat engkau
mahu disula ini, mahukah engkau jika aku
lepaskan dengan satu syarat ? ”
Jawab Barsiso,
" Apakah syarat tersebut, aku sedia
memenuhinya”.
Lantas jawab syaitan ,
“Sujudlah kepadaku satu kali ".
Barsiso menjawab,
“Bagaimanakah aku hendak sujud kepadamu
sedangkan aku terpaku di tiang sula ini?"
Kata syaitan,
“Cukuplah dengan isyarat menganggukan
kepala sahaja".
Barsiso pun patuh, dia melakukan sujud
kepada syaitan(iblis ma'un) dengan cara
menganggukkan kepalanya terhadap iblis,
Ketika itulah Raja yang sebenar mengarahkan
hukuman dilaksanakan ke atas Barsiso. Maka
matilah Barsiso dengan bertuhankan syaitan.
Surah An-Nur ayat 21 juga menjelaskan
sekiranya Allah SWT tidak mengurniakan
nikmat dan rahmatNya kepada manusia yang
berupa pengampunan daripada-Nya, nescaya
manusia akan terus berada dalam dosa dan
kemaksiatan. Justeru Allah SWT hamba-
hamba-Nya daripada sifat putus asa dalam
dalam memohon keampunan daripada Allah
SWT. Allah mengabarkan pula bahawa Dia
akan mengampuni sesiapa sahaja yang
bertaubat kepada-Nya, baik dari dosa-dosa
kecil mahupun yang besar.
Dalam sebuah hadis shahih, Rasulullah s.a.w.
bersabda,
"Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai
anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa
kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku
akan mengampunimu atas semua dosa yang
kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai
anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu
sampai ke puncak langit kemudian kamu
meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku
ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku
dengan dosa yang besarnya seisi bumi
seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku
dan tidak menyekutukan Aku dengan yang
lain nescaya Aku akan datang kepadamu
dengan ampunan yang besamya seisi bumi
seluruhnya."
Wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.