Pages

Ahad, 18 Mei 2014

Tiada NYATA hanya Allah. Allah Hu Ahad


Tiada NYATA hanya Allah. Allah Hu Ahad. Allah Hu Akbar. Allah yang Zahir. Allah Yang Batin. Allah Yang Awal, Allah Yang Akhir. Bila mana hanya Allah, maka tiada lagi yang menyembah dan tiada lagi yang di sembah. Bila mana hanya Allah, maka tiada lagi yang mengingat dan tiada lagi yang di ingat. Bila mana hanya Allah, maka tiada lagi yang mengenal dan tiada lagi yang di kenal. Maha Suci Allah dari segala sangkaan-sangkaan kita. Segalanya Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah.


Bagi mereka-mereka yang makrifatullah (mengenal Allah), sebenar dan sesungguhnya Allah itu, tidak ada hijab. Lagi kita adakan hijab, lagi ternampak Allah, lagi kita adakan dinding, lagi terpandang Allah dan lagi kita adakan penghadang, sesungguhnya lagi tertilik Allah!. Tidak ada alasan, tidak ada ruang, tidak ada sebab dan tidak ada penyebab untuk tidak tertilik Allah!. Kerana alasan itu Allah, ruang itulah Allah, sebab itulah Allah dan penyebab itulah Allah. Lebih tepat lagi, bolehlah disimpulkan bahawa “Allah itu adalah segala-galanya dan segala-galanya itu, adalah Allah”.

Allah itu, adalah Allah. Maka tidak ada ruang lain lagi untuk mengisi ruang, melainkan Allah. Allah menempatkan diriNya Allah, sehingga tidak ada ruang lagi untuk sifat-sifat lain memasuki dicelah-celah antara keduanya!. Sudah tidak ada ruang lagi untuk diisi oleh selain Allah!. Wujud, ujud dan maujudnya diri Allah itu, sehingga tidak ada tempat dan tidak ada ruang lain lagi untuk yang lain selain Allah. Melainkan engkaulah engkau, ya Allah. Tidak ada yang lain selain diri mu ya Allah. Allah Hu Akhbar. Allah Hu Ahad.

Allah itu tidak bersamaan dengan segala sesuatu. Allah itu tidak bersamaan dengan apa-apa pun yang kita mampu fikir dan tercapai akal. Jika kita mampu fikir dan mampu capai itu bukan Allah. Bahkan perkataan Allah atau huruf Allah itu cuma ISTILAH. Istilah agar kita mampu guna untuk berbicara atau mengenal. Kenalnya Allah bukan pada huruf, sifat, afaal atau zat. Jika bersifat, berhuruf, berafaal dan berzat maka itu sifat baharu dan sama dengan makhluk. Maha suci Allah dari segala sangkaan. Kita tidak mampu untuk melihat Allah hanya Allah boleh melihat Allah. Allah Hu Akhbar. Allah Hu Ahad.

Tiada lain hanya Allah. Allah yang Awal. Allah yang Akhir. Segalanya Allah. Bagaimana untuk mengakui, merasai dan menyatakan Allah itu segala-galanya dalam hidup kita ? Yang pertama-tama, niatkan dan benar-benar mahu dan ingin kenal Allah itu. Kerana bukan semuanya yang mahu kenal Allah kerana Allah. Ramai yang mahu kenal Allah bersandarkan selain Allah. Ada yang mahu kan kehebatan. Ada yang mahu keistimewaan. Ada yang mahu kelebihan. Ada yang mahu ganjaran. Sehingga Allah itu di katanya tuhan. Tiada tuhan hanya Allah. Allah itu Allah. Bahkan Allah itu juga masih pada istilah bagi yang faham.

Marilah kita hayati hidup kita ini dengan tiada lain hanya Allah. Bagaimana ? Setiap kali kita merasa, ingat lah tiada lain hanya Allah yang merasa. Setiap kali kita melihat, ingat lah tiada lain hanya Allah yang melihat. Setiap kali kita bergerak, ingat lah tiada lain hanya Allah yang bergerak. Tidak pernah kita dan tidak akan kita hanya Allah.

Mungkin timbul persoalan siapa kita ini ? Jika kita tidak "ada" yang ada hanya Allah jadi siapakah yang hidup ini, siapakah yang makan dan minum, siapakah yang bekerja mencari nafkah, siapakah yang membuat posting di FB, siapakah yang beribadah, siapakah yang berusaha, siapakah yang berdakwah ? Jawapannya memang tiada lain hanya ALLAH. Ingat Allah itu tidak bersamaan dengan segala yang baru dan apa-apa yang di jadikan sifatnya itu baru. Allah itu Allah tidak sama dari segala sesuatu baik dari zat, sifat, afal dan nama. Allah Hu Ahad.

Mengenal Allah itu setelah tidak terlihat diri sendiri atau apabila tidak terlihat lagi kita. Bila tidak terlihat lagi diri sendiri atau diri kita sendiri maka yang ada hanya ALLAH. Jangan salah faham atau keliru dengan mengaku "AKU ALLAH" kerana menyangka semua Allah maka membuat keputusan mengaku diri sendiri ALLAH. Jika masih mengaku ada diri dan boleh mengaku Allah maksudnya "MASIH TERLIHAT DIRI SENDIRI DAN MENGAKU" maka belum lagi dia kenal Allah. Ingat Allah hanya boleh di kenal apabila tidak lagi terlihat diri sendiri hanya Allah. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

Untuk merasai dan mengakui Allah, hendaklah kita setiap saat bila merasa, kita lafazkan dalam hati yang beri rasa dan merasa itu Allah. Yang bagi tahu dan faham itu Allah. Yang mengerakkan dan menjalankan itu Allah. Yang membuat segala-galanya itu Allah juga dan tiada apa dan siapa yang terlepas dari Allah kerana tiada lain hanya Allah. Kita ingat segala yang kita rasa dan buat itu tetap kerja Allah bukan gerak kerja kita.

Tanamkan dalam hati setiap saat hanya Allah. Bila terasa aku nampak, cepat-cepat pulangkan yang beri nampak dan nampak itu Allah, bukan aku. Rasakan yang nampak itu Allah. Yang fikir aku nampak itu Allah. Yang merasakan keadaan nampak itu Allah. Pulangkan segala aku. Hanya bila tiada aku hanya itu dapat kenal Allah. Oleh itu selagi kita ada rasa kita, maka kita di hijab akan Allah.

Memang lah agak pelik dan janggal jika segalanya Allah tapi itulah hakikatnya mana mungkin ada tuhan lain selain Allah. Mana mungkin segalanya berlaku sendiri aje. Segalanya adalah Allah. Allah itu maha tahu dan lebih tahu dari kita yang perasan tahu ini. Bila kita pulangkan segala kepada Allah itu bermaksud kita AKUI dan BENAR-BENAR YAKIN bahawa Allah itu benar-benar BERKUASA dan memilik segala-galanya. Bukan cakap mulut atau tulis FB aje. Semua boleh cakap dan tulis Allah tapi menyakini belum tentu!

Tidak lagi kita takut jatuh miskin kerana jatuh miskin juga kerja Allah. Tidak lagi kita takut syaitan dan hantu kerana itu juga masih kerja Allah. Tidak takut lagi akan syurga neraka kerana itu juga urusan Allah. Yang kita patut takut ialah kita mesyarikatkan Allah atau menyekutukan Allah dengan bersandar dan bergantung kepada selain Allah. Bukankah Allah it Maha Cukup dan Mencukupkan ? Apakah tak cukup Allah itu Allah. Apakah tak yakin lagi Allah itu Allah ? Mahu macam mana lagi ? Dari azali Allah itu Allah dan tiada lain hanya Allah. Tiada kita dan tiada aku. Ada kita itu pun hanya Allah. Maha suci Allah dari apa-apa yang kita sangka-sangkakan. Allah Hu Akhbar.

Ingatlah tiada lain hanya Allah. Segalanya telah tersedia dan telah berlaku terlebih dahulu di Luh Mahfuz. Apa-apa yang kita lihat, yang kita rasa, yang kita dengar, yang kita alami, yang kita lalui, yang kita ingat, yang kita perasan dan kesemuanya itu telah berlaku dan telah di tetapkan termasuk segala doa-doa dan segala ikthiar-ikthiar serta segala usaha. Maha sempurna Allah itu tiada bandingan langsung, dengan sekali KUN maka terjadilah segala sesuatu tanpa terkurang sikit pun dengan sempurna dan lengkap dengan segala jalan ceritanya masing-masing. Bila kita mahu mengenal Allah, maka akan di lorongkan dan di mudahkan untuk melihat di sebalik segala sesuatu itu dan di beri faham apakah yang berlaku sebenarnya. Belajarlah untuk mengenal Allah dan mudah-mudahan di beri hidayah untuk memahami segala kejadian itu tiada lain hanya Allah. Untuk memahami tiada kuasa atau daya lain hanya Allah. Untuk memahami tiada gerak dan mampu gerak hanya Allah. Tiada makhluk lain, tiada tuhan lain, tiada apa-apa pun yang berkuasa hanya Allah. Allah Hu Ahad. Allah Hu Akbar.

Tidak pernah daya kita dan tidak pernah usaha kita. Tiada kekuatan pun pada kita ini pada setiap masa, waktu dan saat. Kita cuma perasan kita berdaya, kita berusaha, dan merasa kuat dan merasa mampu walhal segalanya tetap Allah jua. Allah telah menetapkan dan menentukan segala-galanya dari awal hingga ke akhir cerita kita ini. Ingat tiada lain hanya Allah. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

Ingat lah tiada lain hanya Allah dalam segala perkara dan dalam segala apa-apa pun. Itu lah iktikad yang satu dan tiada lain lagi hanya Allah. Itu lah segala kekuatan dan daya, tiada lain hanya Allah. Bawa lah keadaan itu sampai bila-bila. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad.

Sesungguhnya tiada lain lagi hanya Allah. Tiada tuhan hanya Allah. Tiada kita hanya Allah. Apabila di sebut hanya Allah terasa agak janggal bagi sesetengah kita ini kerana hakikat itu telah tiada di dalam jiwa sanubari. Kita sering perasan kita dan mengaku kita sehingga Allah itu hampir tiada atau ada pada nama sahaja. Kita mengaku segala dan merasa segala. Bongkak dan takabur dan merasa kita yang berusaha dan berdoa. Mana iman kita akan Allah ? Mana akhlak kita akan Allah? Apa kah sangkaan kita akan Allah?

Al Quran kita baca tapi Allah nya tiada. Perbuatan solat kita lakukan tapi kita masih tidak bersolat. Perbuatan wuduk kita lakukan tapi masih belum berwuduk. Segala apa kita panggil ibadah ... tapi Allah kita tepikan. Ingatlah tiada lain hanya Allah. Siapa yang menggerakkan kita mengkaji Al Quran dan merasai kebesaran Allah. Tiada lain hanya Allah. Bukan di gunakan quran untuk menunjuk siapa lebih pandai. Bukan di gunakan hadis untuk merasakan dia terlebih betul Bukan di gunakan hujah ulama untuk kepentingan diri. Jika benar kita kenal Allah dan berakhlak Nabi Muhammad s.a.w kenapa kita masih mengenepikan Allah.

Yang kenal Allah pasti kenal Nabi Muhammad s.a.w. Yang kenal Allah pasti suka akan syariat yang di bawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Yang kenal Allah tentu menyukai sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Yang kenal Allah pasti menegakkan syariat Allah dan rasulnya.

Cuma yang belum kenal itu mungkin masih duduk di tahap ILMU TAHU SEMUA tapi masih belum kenal Allah. Tapi apa-apa pun itu adalah ketetapan Allah semata-mata. Allah Hu Ahad. Allah Hu Akbar.

Ingatlah tiada lain hanya Allah dalam segala perkara itu. Kekalkan ingatan itu dalam segala fikiran kita, perbuatan kita dan perkataan kita. Jangan sekali kita merasa kita yang fikir, kita yang buat dan kita yang cakap. Hanya Allah yang menggerakkan segala sesuatu. Tiada bergerak sezarah pun hanya Allah. Cuba kita renung-renung dan kita fikir-fikirkan. Di mana kita dan mana fungsi kita ? Kena benar-benar faham siapa kita ini agar mudah segala urusan kita. Bila kita jelas akan diri kita ini, akan cara kerja kita dan atur cara "HIDUP" kita ini, maka tiada masalah lagi dan tiada lagi sengketa sesama kita. Kerana HAKIKAT nya tiada lain hanya Allah.

Ingatlah, Allah yang menjadikan malam. Allah yang menjadikan siang. Allah yang menjadikan syurga. Allah yang menjadikan neraka. Allah yang menjadikan malaikat. Allah yang menjadikan syaitan. Allah yang menentukan Qada dan Qadar. Allah yang memiliki kesemuanya dan yang menetapkan kesemuanya mengikut kehendak Allah semata-mata.

Perlu kah marah dan tidak bersyukur jika Allah menetapkan kita miskin dan hina ? Perlu kah bongkak dan takabur jika Allah yang menetapkan kita kaya dan miskin ? Marilah kita mula melihat dan merasai segala kehidupan ini adalah urusan Allah dan adalah kesempurnaan Allah. Tapi jangan di jadikan alasan oleh kerana semua Allah, maka kita tak perlu buat apa-apa lah. Bagi mereka yang ambil jalan mudah ini, dia masih belum faham dan kenal diri nya sendiri dan masih belum kenal Allah dengan nyata. Pada nya masih pada sangka-sangka sahaja. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad. Tiada lan hanya Allah.

Segala puji hanya bagi Allah. Tiada lain hanya Allah. Allah Hu Akbar. Allah Hu Ahad. Kita sering di lalai kan dan di alihkan akan perkara pokok dan perkara utama perihal hidup di dunia. Kita di sogokkan dengan perkara-perkara yang mengalihkan perkara utama tadi sehingga kita tidak lagi tahu apa lagi yang utama dan amat penting sekali di dunia ini. Kita hidup dalam sangka-sangka dan mengenepikan perkara yang paling utama ini walaupun dalam perkara kebaikan dan perkara agama.

Secara tidak sedar, cara hidup kita, cara fikir kita, segala cara kita itu sudah lagi tidak lagi bertuhankan Allah. Allah itu di kesampingkan dan di letakkan semacam .... hanya di guna pakai ketika waktu-waktu beribadat sahaja. Yakni masa berdoa adalah Allah. Waktu solat adalah Allah. Waktu zikir adalah Allah. Waktu haji adalah Allah. Waktu mati adalah Allah. Waktu lain Allah nya mana ? Itupun masih tidak kenal Allah. Tidak kenal Allah masa solat. Tidak kenal Allah masa doa. Tidak kenal Allah sewaktu selain solat dan doa atau di waktu-waktu lain tidak kenal Allah. Sudahlah tidak kenal Allah ... bercita-cita nak kenal Allah pun tidak atau pun tiada hajat dan cita-cita nak kenal Allah.

Kita ini sebenarnya telah di ajar untuk kenal Allah dahulu, iaitu di ajar Rukun Iman kemudian barulah Rukun Islam ..bukan sebaliknya ... Rukun Islam tanpa Rukun Iman. Rukun Iman itu perlu di titik beratkan dan fahamkan agar Rukun Islam yang pertama itu dapat di laksanakan. Apakah solat jika tiada di kenal kepada siapa yang di solatkan. Apakah syahadah jika tidak di kenal yang nak di syahadah kan. Setakat sebut-sebut atau ajuk-ajuk budak kecik 2 tahun pun boleh sebut dan ajuk syahadah tu. Budak kecik pun boleh ikut-ikut perbuatan solat itu juga. Pernah fikirkah ? Apakah itu solat ? Yang kita buat tu berdiri, rukuk, sujud, dan duduk tahiyat itu baru - "Perbuatan Solat BUKAN Solat". Apakah solat sebelum solat, solat semasa solat dan solat selepas solat ? ....

Agama Islam sudah di ADAT kan dan bukan menjadi CARA HIDUP dengan mengenepikan ALLAH dalam keadaan beragama. Bila Allah nya di tepikan maka ISLAM jadi adat atau rutin harian dan tidak lagi menjadi ibadah. Islam itu tidak kuat lagi. Amalan Islam itu tidak dapat membantu pengamalnya lagi kerana KOMPONEN UTAMA sudah tiada lagi. Ustaz-ustaz nya pula secara membuta tuli menekankan perbuatan beragama (syariat) itu tanpa memberikan isinya ( mengenal Allah) dan mahu di pandang beragama lebih dari yang lain sehingga menuduh sesama Islam itu sesat. Sifat dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w tidak lagi di ikut. Walhal sudah hafal banyak ayat Al Quran dan terjemahannya. Hadis pula tidak kurang banyak yang di hafalnya. Cuma agak sibuk menghafal tapi tidak di amalkan dalam kehidupan seharian. Tumpuan lebih di berikan untuk menegakkan hujah dan bukan untuk di amalkan untuk diri sendiri. Lebih untuk melabel dan menghukum yang lain salah dan yang lain tak betul.

Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak balik diri saya, diri sahabat2, diri rakan2, diri tuan2, diri puan2 untuk kembali kita mengenal Allah. Marilah kita mengenal Allah dalam masa hidup kita ini. Gunakanlah peluang hidup ini mengenal Allah. Amalan ibadah yang lain dah cantik dah dan dengan mengenal Allah akan lagi cantik lah dan lagi murni lah ibadah kita dan kehidupan kita di dunia ini. Tiada lain hanya Allah. Allah Hu Akbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.