MAKRIFAT vs AGAMA BARU @ New Age !
Makrifat atau ‘KENAL’ atau " Manunggal", atau " Enlightement" atau "Gnostic" atau "Prabuddh" atau apa jua namanya, adalah cabang ilmu yang telah lama cuba diselewengkan oleh "Pihak-Pihak Yang Berkepentingan".
Kenapa?
Kerana dengan ilmu makrifat, seseorang dapat mengenal akan Hakikat Diri. Bila kenal akan Hakikat Diri, maka akan AMAN lah manusia. Keamanan adalah musuh bagi "Pihak-Pihak Yang Berkepentingan" ini.
Demi untuk "Survival individualistik mereka", maka "mereka" cuba memesongkan pemikiran manusia dengan mencipta pelbagai fahaman dan kepercayaan. Set-set fahaman dan kepercayaan inilah yang dikatakan "DOKTRIN".
Kaedah mengembangkan doktrin yang paling berkesan adalah melalui agama. Maka, lahirlah pelbagai fahaman, pelbagai mahzab, pelbagai aliran dan pelbagai iktiqad dalam setiap agama ! Bahkan kini terdapat pelbagai agama baru di seluruh dunia yang sedang perlahan-lahan berkembang tanpa kita sedari. Ia bermula sebagai Dogma (sistem kepercayaan)dan kemudian perlahan-lahan telah bertukar menjadi agama.
Antara agama baru yang paling berpengaruh dan berkembang dengan cepat adalah agama ‘NEW AGE’. Daripada agama New Age ini, kemudiannya berkembang pula beberapa agama kecil lain yang masih berlandaskan pegangan ‘New Age’, seperti agama Yeezianity, yang mengganggap penyanyi rapper popular, Kanye West sebagai Tuhan (Kanye West pernah membuat persembahan di Kuala Lumpur pada tahun 2007).
Antara kepercayaan UTAMA lain yang beransur-ansur atau telah menjadi agama ialah:
1. Agama NOI (Nation of Islam):
Agama ini bermula di Chicago, USA, Pengasanya Wallace D. Fard (Wallace Fard Muhamad). Fard menganggap ‘Diri individu manusia’ itu adalah penjelmaan Tuhan. Fahaman ini disambung oleh Elijah Muhammad yang lebih fokus kepada 'individu kulit hitam'. Jurucakap yang paling menonjol dalam NOI ini ialah Malcom-X.
2. Freemansory :
Gerakan yang menentang doktrin dalam agama lama, terutama agama Abrahamic (Islam, Kristian, Yahudi). Gerakan ini berpegang kepada prinsip kepercayaan Moral yang sebahagian besarnya berasal dari kepercayaan ‘pagan’ (percaya kuasa selain Tuhan) Kepercayaan ini disampaikan melalui penggunaan pelbagai simbol-simbol, maksud tersirat dalam tulisan dan kod komunikasi tertentu sesama jemaah.
3. Jehovah Witnesses :
Gerakan yang mencabar kitab Bible dengan mengatakan Tuhan itu adalah manusia yang bernama ‘Jehovah’ dan menzahirkan diriNya dalam setiap manusia.
4. Mormons :
Serpihan dari agama Kristian yang percaya hanya satu gereja suci sahaja yang benar iaitu - ‘ The Church of Jesus Christ Latter Day Saint (LDS). Mormons mengatakan bahawa Manusia itu asalnya Tuhan yang datang dari alam lain dan menjelmakan dirinya sebagai manusia sejak dari alam embrio (lembaga dalam kandungan) lagi.
5. Postmodernism (‘ Melangkau Kepercayaan Moden’) :
Kepercayaan yang berpegang kepada prinsip ‘Pluralisme’ atau Persamaan dalam semua hal. Tidak ada baik, tidak ada buruk, semua sama dan menjangkau kebenaran. Apa yang dikatakan dalam agama, boleh dicabar dan kebenaran itu sebenarnya TIADA! Betul dan Salah itu cuma berbeza dari hal perspektif atau sudut pandangan.
6. Scientology :
Kepercayaan yang mengatakan manusia itu adalah ‘immortal’ (tidak pernah mati) tetapi telah lupa akan kuasa mereka. Maka untuk kembali kepada diri hakikat mereka, manusia itu perlu kembali kepada ‘Thetan’ (roh). Bila roh ini, dikenali, maka manusia itu boleh menguasai segalanya kerana ‘thetan’ itu adalah KUASA yang ada dalam diri yang berkuasa melakukan segalanya.
Scientology merupakan antara agama baru yang paling cepat berkembang. Ini kerana agama ini disokong oleh banyak pemerintah-pemerintah dunia. Melalui ‘Church of Scientology’ (rumah ibadat rasmi Scientology) mereka telah melaksanakan ‘Project Celebrity’ dengan melantik celebrity/artis terkenal untuk mempromosikan agama ini.
Antara artis-artis yang menganut agama ini ialah :
Tom Cruise, John Travolta, Kelly Preston, Jason Lee, Kirstie Alley, Catherine Bell dan ramai lagi.
PENYEBARAN AGAMA BARU
Di kalangan para penganut agama Islam, doktrin agama baru ini disebarkan dengan kaedah "Meng-ARAB-kan" para penganutnya.
Kenapa?
Kerana, "Arab" itu sesuatu yang TABOO bagi penganut Islam. Arab, berkait dengan Rasulullah s.a.w. , Arab berkait dengan Al-Quran. Arab berkait dengan para nabi, sahabat dan anbiya'. Arab juga berkait dengan pusat pendidikan tinggi Islam dan Arab berkait dengan Agama !
Faktor Arab ini mudah untuk mengelirukan !
Justeru itu, gerakan meng-ARAB-kan ini perlu dilakukan demi mencapai hasrat "mereka" kerana faktor Arab ini mudah di "camouflage" (disamarkan/dikelirukan) dan mudah diterima oleh penganut Islam.
Maka fahaman agama baru ini pun dicampur adukkan dengan agama Islam. Kenapa? Agar penganut agama ini keliru ! Bila keliru, akan memberontaklah umat Islam sesama Islam demi menegakkan fahaman masing-masing.
Untuk memudahkan proses pemberontakan itu, maka dilahirkan pelbagai Universiti, pelbagai Yayasan, pelbagai badan agama yang berkonsepkan ARAB untuk membiarkan penganut agama ini "terkial-kial" mencari kebenaran.
Demi mengelakkan ummat berterusan terkial-kial, akhirnya, pelbagai Fatwa diwartakan oleh "pemerintah". Fatwa menjadi senjata yang paling ampuh untuk menghukum ! Namun, adalah menghairankan, setiap fatwa Islam itu berbeza mengikut tempat atau negeri atau negara! Ijmak ulama (kesepakatan pendapat ulamak) tidak sama di antara satu negeri dengan negeri yang lainnya.
Makrifat mula dilihat sebagai sesuatu yang "janggal" dan mula dimusuhi. Segala yang berkaitan ilmu ini dikelirukan. Banyak kitab-kitab perihal ilmu ini diselewengkan baik secara sengaja atau tidak sengaja. Kitab al-quran "versi ayat-ayat Israeliat" dan pelbagai riwayat hadis mula timbul.
Semuanya ini untuk mengelirukan ! Bila keliru, matlamat "mengenal" melalui ilmu makrifat tidak akan dicapai. Bila "mengenal" ini tidak dicapai, maka, misi "mereka yang berkepintingan” ini berjaya !
Maka, tidak hairanlah, di saat pihak lain sibuk berbicara tentang kenikmatan makrifat, di saat itu juga ada pihak lain berbicara tentang kemudharatan makrifat ! Pihak ini kata benar, pihak itu kata salah !
Buktinya, lihat saja di ruang FB ini, pengikut aliran makrifat sering saja meremehkan pendapat aliran syariat atau tarikat. Manakala aliran syariat dan tarikat itu pula sering meremeh-remehkan pendapat golongan aliran makrifat.
Bahkan sesama golongan sesama aliran pun masih bertelagah menegakkan kefahaman masing-masing. Baca saja pelbagai status up-date di FB ini. Ada sesetengah golongan makrifat mengatakan SEMUANYA ALLAH. Itu Allah, ini Allah. Begitu Allah, begini Allah.
Ada pula golongan makrifat lain, mengatakan Begini perbuatan Allah, begitu pula perbuatan manusia. Itu Allah, Ini manusia... dan terdapat banyak lagi banyak fahaman-fahaman yang bisa saja membuat kita keliru !
FIKIR-FIKIRKAN
Wahai pencari ilmu KENAL !
Marilah kita sama-sama teliti dan perhalusi.
Apakah fahaman ‘makrifat’ yang kita faham sekarang ini ada persamaan dengan AGAMA-AGAMA BARU yang disebutkan di atas? Jika sama, di mana persamaannya dan kenapa boleh sama? Jika tidak sama, di mana ketidaksamaannya dan kenapa? Apa asas pegangan fahaman kita?
Ada benar, ada salah. Ada baik, ada jahat. Ada faham, ada keliru. Ada malaikat ada Iblis. Ada syariat, ada makrifat. Semuanya berpasang-pasang !
Semuanya telah ada skrip?
Melalui kuasa Internet. Melalui medan Facebook, Twitter, E-mail dan melalui Segala-Bala Apps, kita dikelirukan ! Fikiran kita dikawal ! Pergerakan kita dipantau dan Agama kita juga di-FINE TUNE-kan mengikut rentak irama yang mereka mahukan! Kita sedang menari dan menyanyi ikut rentak mereka !
Siapakah mereka itu?
Mereka adalah PUAK-PUAK YANG BERKEPENTINGAN !
Siapa ? ...
Mereka, Dia, Kita, Engkau dan Aku !
Selagi ada Kepentingan... Selagi itu MASIH TERLIHAT DIRI !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.